22 November, 2018

MAHA 2018 Jangan Lupa Datang!

by on November 22, 2018
MAHA singkatan bagi Malaysia Agriculture Horticulture & Agrotourism Show. Ianya dibuat hampir setiap tahun dan bertempat di MAEPS Serdang akan berlangsung selama 11 hari mulai 22 November 2018  di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini mensasarkan lebih 3.5 juta pengunjung dari dalam dan luar negara.


Tema untuk tahun ini masih mengekalkan "MAKANAN KITA MASA DEPAN KITA" untuk mempertahankan kedaulatan makanan sebagai asas kekuatan negara. Selain kekuatan ketenteraan dan diplomatik, kemandirian masa depan Malaysia bergantung kepada kebolehan kita mencapai kemerdekaan dalam aspek pengeluaran makanan.

Untuk tahun ini lebih banyak khemah dibuka iaitu 1,500 khemah jualan dibuka dan sejumlah 70 peratus daripadanya sudah mendapat tempahan daripada peniaga memasarkan produk dan hasil pertanian mereka.Wah!mesti lebih meriah dari tahun-tahun sebelum ini. 

Jangan lepaskan peluang membawa anak-anak bersama merasai sendiri kemeriahan di MAHA 2018

Desto melancarkan pertukaran kripto berasaskan pemegang amanah, DestoCX

by on November 22, 2018
KUALA LUMPUR: Seperti setiap perkahwinan, mana-mana sistem kewangan memerlukan kepercayaan. Peningkatan mata wang digital kripto sebagai kelas aset baru yang muncul juga bersandarkan kepada kepercayaan – bahawa urus niaga yang dilakukan adalah selamat, tepat, dan pertukaran itu dilindungi. 

Disebabkan itu, firma fintech DESTO telah dibangunkan dan baru-baru ini melancarkan DestoCX, pertukaran kripto berasaskan pemegang amanah yang diilhamkan oleh pihak yang tidak berhubungan dengan bank. Pertukaran itu adalah bahagian pertama daripada ekosistem fintech DESTO yang akan dilancarkan. DestoCX menyasarkan untuk menyediakan perkhidmatan pertukaran mata wang digital kripto yang luar biasa kepada semua masyarakat di seluruh dunia. Pertukaran itu berlangsung secara langsung pada 22 Oktober lalu. 



Apa yang membuatkannya menonjol adalah menerusi ciri penjaga yang ditampilkan, Satoshi Trust, di mana DESTO mencipta firewall untuk mengasingkan wang kliennya, supaya syarikat atau kakitangan tidak dapat menggunakan syiling (coin) dalam pertukaran atau wang klien. Dan DESTO juga telah menggariskan ciri keselamatan sebagai nilai terasnya di samping memastikan kepuasan pelanggan.

DzSatoshi Trust menyediakan beberapa lapisan tahap keselamatan tambahan, agar pelanggan kami boleh menggunakan platform kami dengan lebih yakin, serta mengetahui bahawa dana atau aset digital mereka dilindungi,dz menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DESTO, Samuel Law, seorang rakyat Malaysia yang berada di luar pesisir industri fintech lebih dari 10 tahun.  

DzDestoCX adalah penting untuk pembangunan kami kerana ia memberikan peluang kepada peniaga, pembeli atau pelabur aset kripto untuk saling bertukar di platform ini, selain menjadi tempat untuk bertukar dan mencairkan dana secara berpusat. DestoCX juga begitu penting kerana ia memberi sokongan yang diperlukan untuk pengaliran mata wang DEO,dz kata Samuel. DestoCX pada asasnya menyediakan platform untuk kecairan yang dikumpulkan, untuk mengesahkan transaksi yang berlaku serta disahkan dan dipertimbangkan dengan tepat. DzDan dana mereka sudah pasti terjamin kerana dilindungi,dz ujar Samuel. 



Pertukaran berkenaan sebenarnya berlangsung dalam teknologi sistem teragih iaitu teknologi yang sama digunakan oleh Google, Twitter dan Facebook. DzKami mampu menampung trafik yang sangat tinggi dan mengekalkan kecekapan sistem pada tahap yang sangat memuaskan. Ia boleh melaksanakan sehingga 100,000 pelepasan perdagangan sesaat, dengan kemampuan mencapai satu juta sesaat,dz kata Samuel. 

Menurut Samuel, semuanya adalah mengenai masa, sebelum pasaran mata wang digital kripto yang dikuasai oleh teknologi blockchain menjadi standard baru dalam ekonomi dunia. DzKami sudahpun menyaksikan evolusi yang berlaku pada masa ini yang menggunakan kaedah pembayaran semasa semakin menjadi berlebihan, sebelum ia menjadi lama dan usang. Dengan alasan ini juga, DestoCX wujud dan akan terus wujud bagi memenuhi keperluan evolusi kewangan,dz beliau berkata. 

Beliau turut menyatakan bahawa DEO belum lagi disenaraikan pada masa ini, berikutan DESTO sedang membina peneroka rantaian DEO (DEO Chain Explorer) iaitu platform yang membenarkan carian maklumat mengenai blok, alamat dan transaksi di blockchain COIN DEO, bersama kod sumber yang tersedia di Github. DzKami juga menyelaraskan ia dengan platform dagangan bagi memastikan aliran itu tepat dan seperti yang ditetapkan. 

Kemungkinan ia akan mengambil tempoh sekurang-kurangnya sebulan atau setengah bulan. Yang paling awal mungkin pada November atau Disember ini, bagaimanapun kami berharap ia akan berjalan secepat yang mungkin,dz kata Samuel. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai DESTO, DestoCX dan DEO coin yang akan disenaraikan tidak lama lagi, boleh melayari www.destocx.com, atau emel kepada support@desto.io.

Fattah Amin - Isterimewa [OST Isteri Untuk Disewa] (Official Lyric Video)

by on November 22, 2018
Siapa tengok drama Isteri Bukan Untuk Disewa, ini adalah OST drama tersebut. Fattah Amin yang nyanyi, actually lagu ni pada nieyl nampak vokal Fattah makin matang banyak kemajuan dari yang lepas. Dan single kali ni memang best, lagu dan lirik pun sedap didengar..


(1st Verse) Pilihlah aku Pilihlah aku Jadi kekasihmu Akan ku beri Sepenuh kasih ku Hanya kepada mu Tiada yang lain Yg ku mahu hanya kamu Kau wanita misteri pujaan lelaki (Chorus) Engkau yang selalu Yang hadir dalam mimpiku Saat bila aku rindu Lihat wajah mu selalu Akulah lelaki Yang terbaik untuk kamu Tak kan ku persiakan mu Bila kau jadi isteri ku (2nd Verse) Izinkan aku Izinkan aku Temani hidup mu Akan ku beri Sepenuh jiwa ku Hanya kepada mu Tiada yang lain Yg ku mahu hanya kamu Kau wanita misteri pujaan lelaki (Chorus) (Bridge) Kau pemilik separuh jiwaku Yang ku cinta selalu.. (Chorus) (Outro) Ohh Pujaan Hati.. Bila kau jadi milik ku Yang Teristimewa.. Bila kau jadi isteri ku..

21 November, 2018

Selamat Tinggal Kepada Watak Captain America

by on November 21, 2018
Siapa yang minat menonton filem-filem Marvels mesti Watak Captain America menjadi salah satu watak yang korang suka kan termasuklah nieyl. Watak Captaion America yang di pegang oleh Chris Evans .


Baru-baru ini dalam satu post twitter, Chris mengumumkan bahawa Avengers 4 merupakan watak Captain America yang terakhir beliau. Dia akan melepaskan watak caption America untuk selama-lamanya. 


Chris berumur 37 tahun telah melakonkan watak favorite,iaitu Steve Rogers atau lebih dikenali sebagai Captain America. Antara filem yang menaikkan nama beliau seperti ;-
  • The First Avengers (2011)
  • The Avengers (2012)
  • Captain America : The Winter Soldier (2014)
  • Avengers : Age of Ultron ( 2015)
  • Captain America : Civil War (2016) 
  • Avengers : Infinity War (2018).
Dan banyak lagi filem Marvels yang lain.Agak-agak siapalah yang akan menggantikan Chris Evans nanti ya...kena tunggu dan lihat....Tak sabar nak tunggu Avengers 4



16 November, 2018

Ikea Tempat Terapi Yang Best

by on November 16, 2018
Ikea merupakan salah satu tempat terapi untuk golongan wanita seperti nieyl ni setuju tak? Baru-baru ni nieyl ke Ikea bersama anak-anak buah nieyl ni saja je nak jalan-jalan sambil tu nak cari Wall Shelving untuk letak dekat dapur. Dah lama nak cari sebab nak deco dapur sikit untuk nampak lebih kemas. 

Nieyl gerak pun time tu dah tengah hari, perut pun dah lapar, sampai Ikea tak sah kalau tak singgah food court dia okay. Menu wajib seperti biasalah meatball hehehe.. Cuma rasanya makin kecil pula meatball ni. 


Selain meatball nieyl ada beli garlic bread, mushroom soup, popia dan air mineral . Harga dia pun pada nieyl okaylah tak adalah mahal sangat.


Nieyl ada 3 orang anak buah perempaun yang rapat dengan nieyl. Sorang lagi time ni masih di politeknik sedang exam, yang dua ni form 4 dan seorang student politeknik juga. Jadi bila berjalan dengan nieyl nampak kami sebaya je..hahaha.. 



Ha..ha..ha..nak juga port viral ni, ala..saje je layan budak-budak ni kita pun terlayan sekali. Nasib baik time kiteorang jalan-jalan ikea ni tak ramai orang sangat.Mungkin bukan minggu gaji kot.


Lepas Ikea, boleh pula budak-budak ni ajak pergi Paradigm Mall pula katanya nak cari hadiah untuk birthday kawan. Mak cik dia ni pun ikutkan jelaa..sambil tu boleh la nieyl survey-survey frame untuk dapur, ada beberapa frame yang nieyl nak beli nanti untuk deco dapur...


Sementara dieorang cari hadiah tu, nieyl pusing-pusing sambil tengok anak patung , bear yang comel-comel ni , masa anak dara tu minat lah juga anak patung ni, sekarang dah kahwin dah tak ada semua tu sebabnya kang semak atas katil dengan bantal, anak patung lagi..hahaha.. 

15 November, 2018

Drama Isteri Bukan Untuk Disewa

by on November 15, 2018
Selepas drama Villa Ghazara tamat, nieyl ada layan beberapa drama yang sedang ditayangkan salah satu daripadanya adalah Drama Isteri Bukan Untuk Disewa karya Syamnuriezmil. Drama terbitan produksi Nuansa Sdn Bhd dibawah arahan Osman Ali. Title asalnya adalah ISTERI UNTUK SEWA, walau bagaimanapun tengah di upgrade kepada ISTERI BUKAN UNTUK DISEWA..

                        

Sinopsis :-

Nur Adreiana seorang gadis yang sukakan warna merah jambu dan minat kepada Remy Ishak. Nur menawarkan perkhidmatan menyelesaikan masalah hubungan percintaan. Noah Ryzal pelanggan pertamanya ingin menyewa Nur menyamar menjadi isteri untuk sehari dengan bayaran lumayan. Tujuannya supaya Noah tidak perlu berkahwin dengan pilihan keluarga. Namun sewaan sehari menjadi dua minggu. Noah mula jatuh hati pada Nur. Bukan Noah sahaja, Putera Raiyan, CEO tempat Nur Bekerja, Imtiyaz Irdad kawan baik dari kecil, Suffi Naufal muka seiras Remy Ishak turut manaruh hati pada Nur. Keempat mereka melamar Nur, siapakah yang bakal menjadi pilihan Nur?


Pelakon :-

  • Tiz Zaqyah sebagai Nur Adreiana 
  • Fattah Amin sebagai Noah Ryzal 
  • Halim Radzi sebagai Suffi Naufal 
  • Zaki Azeman sebagai Imtiyaz Irdad 
  • Harris Annuar sebagai Putera Raiyan 
  • Lia Natalia sebagai Rhianna 
  • Daniella Sya sebagai Natasya 
  • Shah Kimin sebagai Bob 
  • Daaim Jailani sebagai Ray 
  • Zul Helmy sebagai Adnan 
  • Nelissa Edreena sebagai Irdina 
  • Aleza Shadan sebagai Tengku Rhaniah 
  • Sherry Aljeffri sebagai Tok Nek 
  • Rashidah Jaafar sebagai Irma 
  • Kazar sebagai Imran

** nieyl suka tengok drama yang ringan macam ni, tak serabut kepala otak nak fikir-fikir dan yang paling best ada moment yang sweet, kelakar ..so,sesuailah untuk kita yang bekerja seharian..malam nak relax-relax kan...