28 April, 2025

Baru nak breakfast

by on April 28, 2025

Assalamualaikum...
Selamat pagi isnin..
Hari ini lambat betul nieyl nak breakfast..
11.30 baru dapat suap nasi dalam mulut...

Biasalah hari isnin kan..
mana-mana pun sibuk...
Malam tadi flight nieyl delay sampai rumah pukul12 tgh malam..

Lepas tu pukul5 pagi blackout pulakk..
Panas gila tidur..alih-alih terjaga lewat weh..
macam lipas kudung bersiap hahaha..

huru hara pagi isnin nieyl..
tapi ni dah cool dah, kerja-kerja nieyl settelkan dah...
tinggal yang tak urgent je..


 

24 April, 2025

Dugaan Pagi Khamis

by on April 24, 2025

Assalamualaikum...
Selamat pagi korang...
Dugaan nieyl pagi ni..
Nak pergi kerja before 7.30 kononnya...
sekali start kereta, tak mo hidup pulak..
beteri kongggggg...
Sudah!pepagi nak cari bengkel memang tak ada la..
nasib baik ada syida..
nieyl call dia, dia dekat kedai area rumah nieyl..
tengah breakfast...
Nieyl minta nak tumpang dia pergi kerja pagi ni..
so, pergilah ngan syida pagi ni...
Balik kerja nanti anak buah nieyl pick up..

sabar jela dugaan betul..




 

23 April, 2025

Jamuan Raya Di Pejabat

by on April 23, 2025
Jamuan Raya Di Pejabat | Dua hari nieyl tak sempat nak buat entry sebab sibuk deko untuk majlis jamuan raya peringkat jabatan. Bahagian nieyl no. 2 yang akan dilawati Ketua Pengarah. Lepas tu persiapan untuk deko dah dimulakan seawal seminggu yang lepas sebab bukan senang ya nak buat deko kali ini. Tahun ni nieyl tak join sangat untuk deko sebab nama dah masuk dalam kerja lain. Walau macam mana pun nieyl still tolong sikit-sikit buat deko..

Cantik tak backdrop untuk selfie dan photoshoot untuk para tetamu yang singgah ke bahagian nieyl.. Bahagian nieyl ni orang panggil kayangan sebab duduk tingkat atas, jadi beraya di kayangan barulah ada bulan bintang kan hehehe..

Disediakan juga drop-drop comel untuk digunakan semasa bergambar di bulan bintang. Rugi kalau tak guna kan. Semalam pun memang tetamu yang datang beraya sangat teruja untuk bergambar di awan bulan bintang ini. 

Ini bahagian luar, kitaorang gantung ketupat 3D, bulan dan bintang untuk naikkan suasana hari raya.

Seksyen kuih dan biskut raya untuk tetamu yang datang beraya ke Open House kami. Macam-macam jenis biskut raya yang ada baru dan lama. 

Kitaorang order air balang je 1 balang Rm150 , air limau kasturi asam boi dan air jagung. Ha..kalau orang putrajaya nak order, dm nieyl nanti nieyl boleh bagi no contact.

Selain itu kita ada juga sediakan rojak buah yang sedap, kita dah masukkan siap2 dalam cawan supaya mudah tetamu nak bawa balik kalau tak nak makan dekat situ kan. Ada buah jambu, nanas, timun, sengkuang, jambu madu.

Kita ada macam-macam jenis kuih talam( sorry tak ada gambar) , yang ini ada kek pisang dan kuih koci pun ada. 

Popia basah juga ada paling laku juga ni sebab sedap sangat, nieyl pun makan sampai 2 hihihi...makan ni pun dah kenyang sebab besar.

Menu yang paling rare adalah tapai. Ha..ini bukan sebarang tapai tau, kami sediakan sekali dengan aiskrim vanilla untuk makan bersama tapai ni tau. Tapai ni terhad siapa cepat dia dapat.. 

Menu utama kami adalah lontong tau, yang lain-lain tu hanyalah sampingan je tapi biasalah yang sampingan itulah yang habis hehehe..Ok nanti nieyl share lagi eh gambar jamuan raya semalam..

Breakfast Di Kedai Kopi Sudin

by on April 23, 2025

Breakfast Di Kedai Kopi Sudin | Pernah tak bangun tidur tiba-tiba rasa teringin nak makan sesuatu? ha..nieyl jumaat lepas rasa macam tu, terus je subuh tu whatsapp kak milah kebetulan kak milah reply, kasi on..

Nieyl order roti bakar dengan teh tarik. Asalnya memang nak dine in tapi tempat duduk dah full, so nieyl pun order untuk tapau je mee kolok tu. Alih-alih tengah mengunggu tu, ada meja kosong dekat luar, so..decide untuk makan situ jela kan, itu yg order dlu roti tu..

Inilah mee kolok goreng daging yang selalu dirindui hihihi...Sangat sedap makan dengan cili potong memang power lah..skali pandang macam meggi gorengkan. Tapi rasa dia sedap, nieyl kalau pergi sini tak ada dah order lain hehehe..Harga dia RM10 je.. 

18 April, 2025

PA Yang Multitasking

by on April 18, 2025

 

PA Yang Multitasking | Kalau dah namanya PA automatik kau kena jadi seorang yang multitasking. Kau boleh jadi Tea Lady , Kau boleh jadi Driver. Kau boleh jadi tukang angkat barang, kau boleh jadi cleaner juga macam nieyl. Hahaha.. Since beberapa minggu ni pejabat tak ada cleaner tapi tempat kau dah berhabuk dan ada sampah dekat karpet, rimas rasanya.

Nieyl pergi pinjam penyapu ngan penyodok tadi dekat cleaner toilet, nieyl sapu karpet bilik ni aduhai walaupun nampak macam tak ada apa-apa sampah, bila sapu macam-macam keluar dari karpet tu. Selalunya seminggu or 2 minggu sekali cleaner akan datang vacuum..tapi takkan nak bawa dari rumah pula vacuum kan, jenuhlah...so, kita sapu je lah mampu setakat ini. Tadi dengar next week dah ada cleaner hopefully bukan harapa palsu la..

17 April, 2025

Doakan Rayhana ya

by on April 17, 2025


Assalamualaikum..
Selamat Pagii..
Meh belanje gambar budak kecik ni..
Dia memang suka betul datang rumah nieyl..
Tengoklah tu bila dapat berdiri sendiri..
belum 1 tahun lagi tu..

Korang yang baca entry ni..
Doakan Rayhana ya..
Start semalam dia kena kurantin kena Hfmd..
Malam jenuk dia di balik pagar rumah je..
kaki dia penuh dah naik merah-merah...
air liur meleleh je sebab dalam mulut ada macam ulser ..
semoga Rayhana cepat sembuh..

Happy working..

 

16 April, 2025

Good Morning

by on April 16, 2025


Assalamualaikum..
Selamat Pagi..
laluan ke opis nieyl kalau dah pukul7.40 tu mesti jem..
bukan jem apa..trafik light je bulatan..
Kang kalau petang pun sama juga kalau lebih 4.45 petang..
dia dah start jem dah..

Happy working untuk semua...