Tema Hijau Menjadi Pilihan
by
Nieyla Nadia
on
April 15, 2025
Tema Hijau Menjadi Pilihan | Hari tu nieyl terlupa nak share gambar-gambar family sempena majlis pertunangan adik ipar nieyl. Tahun ni raya memang nieyl dah bagitahu adik-adik ipar nieyl yang kita nak pakai baju color hijau. Masing-masing pun ok, sebab nanti majlis tunang boleh pakai tema hijau, ambil gambar sekali untuk raya hihihi.. So, cantiklah dalam gambar macam-macam hijau ada.
Bila majlis dah selesai, kitaorang ambil kesempatan untuk bergambar. Ini gambar nieyl bersama husband dan anak -anak buah belah husband. Adam, Eric, Ellsa dan Putri.
Kenangan bergambar dengan bakal pengantin insyaÁllah hujung tahun ni perancangannya. Semoga dipermudahkan.
Kesayangan adik ipar dan biras nieyl yang sebaya dengan nieyl. Doakan kitaorang jadi keluarga sampai akhir hayat...Amin...
Gambar girl's sahaja wajibnya sekarang ni sebab anak-anak dah besar sekarang ni.
Kami bertiga ini terpaling penat bila majlis dah selesai. Rasa macam nak terbaring dah dekat karpet bila semua tetamu dah balik. Seawal 6.30 pagi nieyl start masak , tutup rumah pukul4 petang. Memang terpaling sibuk dan penat..
Kahwin nanti katering je tak larat nak masak dah...penat ya masak banyak-banyak mcnie..hehe..tak mo dah hehehe
.jpeg)


.jpeg)







