07 March, 2025

Rezeki Ramadhan

by on March 07, 2025


Assalamualaikum...
Selamat pagi jumaat..
selalunya bila nak tiba bulan ramadhan..
preparation yang wajib ada adalah kurma..
Alhamdulillah tahun ni rezeki kurma..
Tahun ni tak sempat nak beli sendiri kurma..
Pejabat ada bagi kurma untuk semua staff..
Lepas tu abg-abg nieyl pun ada bagi kurma..

Dalam rumah nieyl ni..
Nieyl suka kurma yang tak basah dan tak kering sangat..
Macam mak pula suka yang kurma hitam tapi tak manis sangat..

Jadi, dekat rumah sekarang ni masing-masing ada kurma fav sendiri..
nieyl tahun ni memang ramadhan suka makan kurma..
setiap kali sahur mesti ambil 3 biji kurma..Alhamdulillah...

Happy working semua..

 

06 March, 2025

Menu Berbuka Puasa

by on March 06, 2025

 

Menu Berbuka Puasa | Saja je nieyl ni kan post gambar makanan menjelang tengah hari ni kan hehehe. Sekarang ni tak ada benda nak share, yang ada gambar makanan je hahaha.. Tak apa la, mana tahu boleh bagi idea menu berbuka korang hari ni kan. Alhamdulillah, setakat samoai 4 ramadhan semalam nieyl masih masak lauk berbuka di rumah. 

Menu berbuka 3 Ramadhan, nieyl masak ikan tonggol masak kicap, sayur kobis + kacang panjang, telur dadar dan cucur kentang + sambal tumis. Kuih muih tu husband nieyl beli dekat bazaar. 


Waktu berbuka sekarang, nieyl macam susah nak makan nasi jadi semalam nieyl buat Bihun sup untuk berbuka. Terlebih rajin semalam buat bergedil kentang dan ayam racik, kalau ada nasi impit dah jadi soto dah tu hehehe, lepas tu nieyl tambah goreng cendawan. Bos nieyl belanja nasi arab untuk berbuka juga. Alhamdulillah..rezekii...

Semoga menu-menu nieyl share ni boleh bagi idea dekat korang untuk buat menu berbuka hari ini..





Ole-Ole Dari Dubai

by on March 06, 2025

 

Ole-Ole Dari Dubai |  2 minggu selebum Ramadhan , salah seorang bos nieyl ada lawatan kerja di Dubai bersama Ketua Pengarah, lawatan di Duhai seminggu. Balik dari Duhai macam biasalah bos nieyl panggil ke bilik, dia hulurkan 1 paper bag yang berisi kotak gift dan untuk nieyl dia bagi lain sikit kotaknya hehehe.. PA kena lebih sikit kan hehehe.. dalam paperbag tu bos nieyl minta bagi ole-ole kepada staff dia 3 orang. Nak tengok tak apa nieyl dapat dalam kotak ala-ala wedding tu hehehe..

Tadaaa...coklat-coklat dan paling nieyl nak rasa tu pistachio Kunafa tu yang viral tu kan cuma ni versi cute hihihi..dan bos mesti tahu apa PA dia suka kan hehehe...bos nieyl bagi keychain juga. Actually, rezeki bos nieyl dapat singgah jeddah untuk buat umrah.. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan bos nieyl dekat sana hari tu..Dia pun cakap dia macam tidak percaya yang dia dapat buat umrah.. Itulah Allah kalau dah pilih hambanya, InsyaÁllah segalanya dipermudahkan..

05 March, 2025

Morning Ramadan

by on March 05, 2025

Assalamualaikum..
Salam 4 ramadhan..
Sekarang ni lewat nak wish morning...
sebab bulan ramadhan ni nieyl sampai pejabat sebelum 7.30
sampai-sampai pejabat , take 5 dulu hahaha..
sebab lepas sahur pukul5 tu tak tidur..
terus siap-siap pergi kerja..
sebab takut terlajak bangun nanti..
Tapi tak ada lah lama, dalam 5-10 minit cmtu je..
buat syarat lepas tu dah segar sampai petang...

Happy working semua..



 

04 March, 2025

Menu Berbuka Puasa

by on March 04, 2025



Menu Berbuka Puasa | Kalau bulan Ramadhan tak sah kalau tak ada entry lauk bersahur ataupun lauk berbuka puasa kan. Awal-awal ni tengah rajin lagi ni nak ambil gambar sebulum makan nanti dah last-last dah malas hehehe. So, sementara rajin ni, nieyl share la dalam entry ya. 

Menu di atas tu menu first Ramadhan nieyl. Simple je nieyl masak ada je kuih muih juga tapi yang tu nieyl tak beli jiran-jiran keliling rumah bagi. 


Semalam nieyl teringin betul nak makan bihun goreng, walaupun nieyl tak berapa pandai sangat nak goreng tak lembik bihun tu tapi gigih jugalah masak sebab nak makan kan. Alhamdulillah jadi tu jadi tapi tak sesedap kakak nieyl yang masaklah.  

Hari ni Ramadhan ke 3 kan, ni tengah berfikir-fikir lagi nak masak apa untuk menu berbuka hari ini..



 

03 March, 2025

Nasi Lemak Lobster JB

by on March 03, 2025

Nasi Lemak Lobster JB | Siapa ada acc TikTok?ha..kalau ada mesti tahu kan restoran Nasi Lemak Lobster JB ni dah banyak kali viral dan juga boleh dikatakan setiap hari akan fyp punya. Nieyl kalau scroll TT ni, memang asyik keluar je geram pula rasanya hahaha..disebabkan asyik lalu je kan. Kitaorang pilih makan malam di sini. Ala korang jangan la fikir T20 je yang boleh makan nasi lemak dekat sini tau. B40 pun kalau nak rasa nasi lemak dia pun boleh sebab banyak pilihan yang korang boleh ambil.

Masa ni nieyl beratur nak bayar dekat kaunter. Ok konsep restoran ni kita orang melalui kertas dan bayar terus dikaunter dan barulah kita akan dapat makanan. Cuma cashier akan maklumkan awal, penyediaan ambil masa 45-1 jam. So, korang decide lah sendiri korang boleh tunggu atau tidak. Sebab rata-rata nieyl tengok pelanggan abg lobster ni dieorang tak kisah makanan sampai lambat, relax dan santai je sembang-sembang dengan family sementara menunggu makanan sampai.

Anak buah nieyl dengan tunang dia teringin nak makan king crab alaska cuma nasib tak menyebelahi dieorang king crab Alaska habis yang ada Kaki Alaska so, tak apalah sebab memang datang sini nak rasa pun. Setiap set akan didatangi dengan 2 nasi lemak. Untuk kaki Alaska ni serius besar gila dan isi dia sungguh sedap, padat dan masin-masin laut. Untuk kaki Alaska ni kan boleh makan 3-4 orang. Jadi, kiteorang order 1 je dan makan 4 orang. 

Kemudian, kita ada juga order nasi lemak lobster. Ok untuk lobster ni kan tak pastilah restoran ni terlebih masak ke apa ke atau memang rasa dia sebegitu, sebab nieyl pun tak pernah rasa dan ini first time rasa, rasa dia macam liat, getah macam tu hahaha, so..nieyl tak berapa suka sangat. 

Nieyl order Nasi lemak udang galah, sedap udang dia fresh dan sekali masuk mulut je guys hahaha..rasa macam kau makan udang biasa tapi gred AA besar sikit je dari udang biasa hahaha dan satu lagi nasi lemak sotong, gambat tak snap terlupa. 

Keseluruhannya bak kata abg lobster "Rindu boleh, kembali jangan "hahaha.. Nasi lemak sangat sedap, cukup lemak masin, dia guna beras basmathi dan sambal dia macam sambal mak-mak kita zaman dulu-dulu. Korang jangan tanya habis berapa ya malam tu, lobster dan kaki alaska tu memang mahal, untuk sotong dan udang galah hanya Rm29.90/set 

Alhamdulillah, Allah beri rezeki untuk merasa isi king Crab Alaska. Tapi kalau tanya lagi, nak makan lagi tak Alaska tu?kalau ada orang nak belanja, boleh try tapi kalau duit poket sendiri macam lambatttt lagi la sis..hahaha..Mana tahu seumur hidup , sekali je kan..

InsyÁllah, semoga ada rezeki orang lain juga untuk merasa..Amin.

Salam Ramadan 2025

by on March 03, 2025

Assalamualaikum..
Salam 2 ramadan..
Semoga ramadan kali ini membawa seribu makna dan nikmat untuk kita semua..

Alhamdulillah..
1 Ramadan tahun ni jatuh pada hari Ahad..
Di mana semua orang cuti dan boleh bersahur dan berbuka bersama keluarga..

Hari ni 2 Ramadan kita dah bekerja..
Pagi tadi bukan main awal kereta berada atas jalan raya..
Nieyl gerak dari rumah pukul7 tu dah jem..
nampaknya ramai hari ini yang masuk pejabat sebelum 7.30 pagi..
Petang ni berebutlah balik pukul4 petang ni hahaha..

Happy working semua