10 December, 2018

Silkgirl OMG Powder Matte Lipstik

by on December 10, 2018
Nieyl memag suka selfie lagi-lagi setiap kali keluar rumah berjalan-jalan. Ada yang selalu tanya nieyl guna lipstik apa selalu tengok dalam gambar cantik je warna-warnanya. So, seperti biasa nieyl masih lagi setia menggunakan lipstik dari brand Silkgirl . Kalau tempoh hari nieyl ada share lipstik balm dari Silkygirl KLIK SINI 


Lipcolor matte ini tidak seperti yang lain - ia meluncur halus dan selesai dengan pelembut cahaya untuk memakai ultra selesa. Di dalam casing klik untuk terbuka, lipcolor ini mengandungi minyak Abocado Oil, Chamomile dan Aloe Vera untuk melindungi, menenangkan dan melembapkan bibir.

  • Casing dalam casing klik-terbuka
  • Avocado Oil, Chamomile and Aloe Vera extract
  • Percuma Paraben
  • Bebas karmin
  • Bebas haruman




Review ikhlas 
  • Casing klik terbuka yang lain dari yang lain membuatkan nieyl suka sebab penutup lipstik sukar untuk terbuka sendiri.
  • Warna- warna yang light sangat sesuai untuk nieyl, contohnya nieyl gunakan code sakura , sakura ni dia light pink tau, jadi bila diluar kena cahaya terang..warna dia sangat cantik.
  • Harga mampu milik
  • Yang paling penting ianya tidak membuatkan bibir nieyl hitam ataupun kering sebab ia mengandungi Aloe Vera.



07 December, 2018

Cara Elak Kutu Beras Menyerang

by on December 07, 2018
Beras yang disimpan dengan cara yang tidak betul ataupun beras sudah terlalu lama boleh meninggalkan bau hapak serta boleh diserang kutu beras. Masa nieyl tinggal berdua dengan husband kalau beli beras 5 Kg tu susah sangat nak habis dalam masa sebulan, jadi memang akan ada kutu beras ni. Kalau nak buang beras tu macam sayang kan, beras bukan murah ya.. Apa yang nieyl buat? Jom nieyl share 


Letak Cili Kering
  • Setiap kali nieyl beli beras, nieyl akan masukkan beras dalam bekas dan nieyl akan letakkan cili kering ke dalam bekas simpanan tu. Bau menyengat cili kering ini boleh menghalau kutu. Alhamdulillah petua ni menjadi pada nieyl.So, sekarang nak jumpa kutu beras pun susah..rindu pula..hehehe

Selain dari itu juga ada kawan-kawan yang syor gunakan daun asam jawa, daun limau purut, daun belimbing , bawang putih  dan kulit kayu manis. Mungkin korang yang ada masalah kutu beras ni di rumah boleh lah cuba salah satu cara ni okay.






05 December, 2018

Terima Kasih Ya Allah , Syukur Sangat

by on December 05, 2018
Tersangat bersyukur sentiasa di kurniakan kawan-kawan, sahabat-sahabat, rakan sekerja yang baik dan penyayang. Rakan PA seangkatan dengan nieyl baru-baru ni bercuti selama 2 minggu ke Surabaya. Baru naik kerja semalam, dan dia bagi ole-ole kain pasang jawa corak jawa dari sana untuk nieyl..Wah!serius terharu sangat tau.. dan tidak dilupakan keychain dari Surabaya untuk koleksi nieyl. 

Terima kasih Ya Allah selalu murahkan rezeki nieyl , dan kepada yang memberi juga nieyl doakan mereka semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa di redhai oleh Allah swt..


04 December, 2018

Tarikh Permohonan Bantuan Sara Hidup 2019

by on December 04, 2018
Tarikh Permohonan Bantuan Sara Hidup 2019 , dahulunya lebih dikenali sabagai BRIM iaitu Bantuan Rakyat 1 Malaysia tetapi kini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup ataupun BSH. Ramai di luar sana yang tertanya bila tarikh permohonan di buka, bila boleh kemaskini permohonan. 

Berita baik untuk mereka -mereka yang layak untuk memohonan bantuan ini, pendaftaran permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dibuka mulai JANUARI 2019 . Pemakluman rasmi akan di buat oleh Kementerian Kewangan Malaysua dalam tempoh terdekat.

sumber : astro awani

Untuk Maklumat Lanjut korang boleh ke website : https://bsh.hasil.gov.my

Random Photo Hari Selasa

by on December 04, 2018
Assalamualaikum semua..ha..tak jawab dosa..hihihi...morning. Hari ni dah pun hari selasa sekejap je kita tinggalkan ISNIN kan..semoga hari ini lebih baik dari semalam. Insya'Allah.. Oklah pagi selasa yang cerah lagi indah ini nieyl seperti biasa nak random photo yang ada dalam fon nieyl ni cumanya semua gambar makanan hihihi.. pagi-pagi dah buat korang meleleh tengok gambar makanan ya. 


Weekend hari tu adik -adik ipar nieyl dari kedah dan melaka balik rumah MIL , jadi pakat-pakat nak makan tengah hari sama-sama. Dieorang masak ikan kari, nieyl masak sayur, tauhu goreng tu cicah dengan sos , Ayam goreng tu untuk adik ipar nieyl yang lelaki dia tak makan ikan. Alhamdulillah..licin semua..♥


Bila dah hujung-hujung tahun ni biasalah buat mesyuarat cawangan sekali dengan jamuan akhir tahun. Cawangan nieyl buat sarapan kuih dan mee kari..yumyum pagi-pagi kaw makan mee kari hehehe


Depan balik Pengarah nieyl ada satu bilik Kaca. Orang-orang dalam bilik kaca tu semuanya rajin -rajin belaka la..selalu sangat buat makan-makan tau..kadang-kadang tu naik segan pula selalu di ajak makan. Jumaat lepas, dieorang buat makan saja-saja je tengok tu ada tomyam campur, sambal belacan, burung puyuh goreng ..semuanya baru masak panas-panas lagi..semoga murah rezeki dieorang ni..



Bila tekak nak makan sambal belacan pukul 10 malam ko rasa?aduhai...tak tahu la kenapa hari tu nieyl memang teringin sangat nak makan sambal belacan yang dibuat sendiri. Dah tu nak pakai lesung tumbuk ...nampak tak mengada-ngada , padahal sendiri yang buat. Nieyl-nieyl..


Ini lagi satu, kebelakangan ni nieyl suka sangat makan biskut letak susu pekat. Kadang-kadang dekat 10 keping biskut tau..aduhai...nikmat dia sedap sangat, sampai tak sedar diri sampai kena tegur dekat pejabat jangan banyak makan benda manis-manis. hihihi..


Ini astronaut pasta goreng versi nieyl. hahaha..malas nak buat kuah-kuah di pagi hari. Kita kasi goreng je , licin juga makan sebab sedap ada telur, ada crab , rasa pedas-pedas..yumyum..


Last sekali ni kakak PA pejabat nieyl belanja nieyl makan lunch hari jumaat. Nasi putih, tomyam dan burung puyuh goreng kunyit. Simple tapi sedap. Semoga mereka ini sentiasa dimurahkan rezeki. Nieyl waktu kerja jarang makan di luar tau, memang isnin -jumaat bawa bekal breakfast dan lunch sekali. So, selalu orang ajak pergi makan luar nieyl tak pergi. Cuma kalau dah plan nak pergi, nieyl tak bawa lah bekal untuk lunch tu pun kena bagitahu sehari awal. Kalau last minit tu minta maaflah,memang tak dapat nak pergi. ♥






03 December, 2018

Terima Kasih Semua, Nieyl Dah Sihat

by on December 03, 2018


Assalamualaikum dan Selamat Pagi..
Nieyl nak ucapkan terima kasih kepada korang yang mendoakan kesihatan nieyl..
Tak kurang juga ada yang DM,PM, Whatsapp personal..
Terima kasih tau...Alhamdulillah..
Selepas dua kali jumpa doktor yang berlainan...
Semalam sakit dan bengkak dah hilang..♥
Dah boleh senyum lebar ..