05 November, 2018

Top Commentator Bertuah OKTOBER

by on November 05, 2018
Top Commentator Bertuah OKTOBER Alhamdulillah, bulan oktober 2018 dah melabuh tirainya kini tirai bulan November 2018 pula dibuka. Terima kasih kepada yang sudi dan tidak jemu-jemu komen entry-entry nieyl yang tidak seberapa ini. 
Kepada kak Shahida, jangan lupa email no h/p untuk nieyl TOP UP .. kepada yang baru baca blog nieyl ni, boleh la kalau rajin singgah dan komen...Mana tahu?ada rezeki bulan depan ♥ 

Hasil Tanaman Kacang Botor

by on November 05, 2018
Hari tu nieyl dah share dengan korang hasil tanaman nieyl pokok bendir kan, so hari ini nieyl nak share satu lagi pokok tanaman yang di tanam di keliling rumah nieyl. Korang mesti kenal pokok apa ni kan..


Ini pokok kacang botor ataupun orang panggil kacang botol. Kebelakangan ni hujan panas setiap hari Alhamdulillah hasilnya korang boleh tengok berbuah tak berhenti. Yang bestnya bila terasa nak makan buat ulam, just keluar rumah petik , cuci dan boleh makan dengan sambal belacan uolls.. Tak payah dah nak beli dekat kedai.

Dan lagi satu, bila kita tanam sendiri tanpa sebarang baja bila makan rasa dia sangat fresh dan sedap.  Selain dibuat ulam makan bersama sambal belacan, kacang botol ni juga korang boleh buat kerabu tau..pun sedap juga rangup-rangup gituu..


Ini hasil yang nieyl petik pagi sabtu yang lepas, fresh tau nieyl buat ulam sahaja. Ha..nampak tak kenapa kulit muka nieyl bersih dan licin je..hahaha..sebab banyak makan makanan yang fresh dari tanaman sendiri..hehehe..kononnya..hihihi.. 

Alhamdulillah, bila dah banyak hasilnya nieyl akan bawa bagi pada bos jiran sebelah bilik pejabat nieyl ni sebab dia pun selalu bagi nieyl hasil belimbing buluh dia tu.. Jangan lupa, berbakti pada tanah, ini lah hasilnya... ♥

02 November, 2018

Drama Mencari Qiblat

by on November 02, 2018
Drama Mencari Qiblat - Sebelum ini nieyl memang ada ternampak iklan drama ni cumanya dah lama tak menonton drama melayu di malam hari. Last week nieyl tertengok dekat rumah MIL drama ni rasanya episode ke-2, terus memikat hati nieyl untuk tengok the next episode.

Drama mencari Qiblat ini bertemakan kerohanian di mana jalan penceritaannya berbeza setiap episode. Setiap episode menceritakan tentang kebaikan-kebaikan yang mungkin kita terlepas pandang dalam hidup kita. 


Seperti contoh yang nieyl tengok episode hari rabu, tentang SEDEKAH. Sepasang suami isteri berusia , setiap pagi dan malam akan masak dan edarkan makanan untuk golongan gelandangan. Mereka tidak kaya,tidak mewah kehidupannya tetapi dengan adanya rezeki duit kelapa sawit,duit pencen setiap bulan, mereka bersedekah tanpa mengeluh. Tapi ada segelintir manusia hidup dengan kemewahan, kekayaan rezeki Allah beri tapi tidak bersedekah sebab pada mereka kemewahan,kekayaan hanya untuk dirinya dan keluarga. Kena ingat ya..setiap rezeki yang kita perolehi dalamnya ada rezeki orang lain juga. 

Terlalu banyak pengajaran yang nieyl perolehi dari episode malam tadi terutamanya peringatan untuk diri sendiri juga. 

So,korang masih boleh menonton setiap hari rabu - Jumaat jam 9.00 Malam di Tv3..

Jika hari Esok Masih Ada

by on November 02, 2018

Assalamualaikum semua...
Pagi ni langit sangat cantik kemerahan...
Kalau kita rasa diri kita baik, apa kata kita jadikan diri kita LEBIH baik...
Kalau kita rasa diri kita tidak pandai, apa kata kita usaha menjadi LEBIH pandai..
Kalau kita rasa diri kita tidak cukup sempurna, apa kata kita usaha menjadi LEBIH sempurna..


01 November, 2018

Mini Wet Wipes Floral Scent

by on November 01, 2018
Mini Wet Wipes adalah benda yang wajib ada didalam handbag walau ke mana sahaja pergi. Terlalu banyak faedahnya bawa benda ni, terutama mereka yang ada anak kecil yang kadang-kadang makan coklat ke comot-comot, boleh lap ..Tak perlu lagi nak bawa wet tissu yang berat dan besar tu lagi.

Sebelum-sebelum ni nieyl memang suka beli brand Watsons punya mini Wet Wipes , sebab dia ada pelbagai flavour yang best. Kebetulan stok dalam handbag nieyl dah pun habis last weekeed hari tu nieyl pergi Watsons dan ternampak Moni Wet Wipes flavour floral..

Tengoklah packaging design dia cantik kan?ada flower, actually kalau korang nak tahu..bau dia lebih wangi dari yang brand watsons biasa tu. Bau bunga-bungaan yang fresh..  Ok dalam ni ada 3 packs dimana setiap pack ada 8 helai wipes yang wangiii..