02 March, 2016

[iklan berbayar] : Khidmat Gubahan Hantaran

by on March 02, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Harga Upah Sangat Rendah!! FIRNA TOUCH menyediakan perkhidmatan gubahan hantaran perkahwinan dan pertunangan. Berminat untuk mendapatkan khidmat gubahan hantaran untuk majlis anda dengan kos upah yang serendah RM10- RM 30/hantaran boleh hubungi EMA 010-8998720. Selain dari itu, sekiranya anda mempunyai bajet yang terhad jangan bimbang, FIRNA TOUCH boleh membantu anda menghasilkan gubahan hantaran mengikut bajet anda.. Tempahan hanya untuk mereka yang berada di PENANG dan KEDAH. 

Jom kita tengok lagi gambar gubahan hantaran yang terbaru dari FIRNA TOUCH.








Tempahan gubahan boleh dibuat atleast 2 minggu awal dari tarikh anda pick up..Tempoh untuk menyiapkan tempahan seawal 2 minggu ke sebulan bergantung kepada jumlah tempahan yang diterima.

Berikut antara testimoni customer yang berpuas hati dengan hasil gubahan hantaran dari FIRNA TOUCH .Anda bila lagi??Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat FIRNA TOUCH, boleh hubungi EMA 010-8998720. (whatsapp/sms/call). 

Jangan tunggu lagi, jimat dan cantik :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Takkan Kurus Kalau Buat 5 Perkara Ini Lepas Makan

by on March 02, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Patutlah rasa diri ini tak nak kurus²
Rupanya amalkan 5 perkara yang di larang buat selepas makan..
Tapi ramai tak tahu ia sebenarnya menyebabkan tubuh lambat kurus walau sudah mengurangkan kuantiti makanan. Ini juga faktor lemak di bahagian perut makin bertimbun dan tubuh rasa lemah lemau. 

1. Buka butang seluar atau tali pinggang 
Bila kenyang, perut rasa besar. Ramai yang akan membuka sedikit ikatan di pinggang kononnya untuk rasa lebih selesa. Tapi awas ya, tindakan ini akan membuat otot perut anda kendur dan perut makin buncit. Sebaiknya biarkan saja ikatan pinggang kerana lama kelamaan rasa perut yang penuh itu akan reda. 

 2. Tidur 
Perut yang kenyang memang buat mata mengantuk tapi tahan dulu. Tidur setelah makan akan memperlambat proses pencernaan malah boleh mengakibatkan perut kembung. Anda boleh tidur tapi paling kurang dua jam selepas makan agar proses pencernaan berjalan normal. 

 3. Mandi Elakkan
 kebiasaan mandi selepas makan.Perkara ini selalu dipesan oleh orang-orang tua kita. Mandi selepas makan akan menurunkan suhu tubuh sekali gus menurunkan proses metabolisme. Ia turut melambatkan proses pencernaan yang berisiko untuk menggemukkan tubuh. Oleh itu ambil masa beberapa jam sebelum mandi setelah makan. 

4. Senaman berat 
Menyesal makan banyak, ada yang terus buat senaman berat dengan harapan lemak yang diambil tadi. Hati-hati ya melakukan senaman berat selepas makan boleh meningkatkan suhu dalam tubuh dan tekanan darah. Ia akan menyebabkan sakit perut dan kekejangan. 

 5. Merokok 
Ini ketagihan biasa kaum lelaki. Merokok selepas makan akan meningkatkan kadar asid dalam tubuh. Bila kadar asid tinggi proses pencernaan akan terganggu lantas turut menyebabkan risiko penambahan berat badan. Rasanya sebahagian besar daripada perkara di atas selalu kita buat kan. Selepas ini sama-sama kita elak bukan saja untuk kurus tapi agar tubuh lebih sihat.

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Pagi yang bahagia

by on March 02, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


InsyaÁllah...selalu cakap pada diri...
sentiasa maafkan orang lain...

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

01 March, 2016

[Personal Review] Matahari by SR

by on March 01, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Kalau semalam dah share tentang gorgeous..
hari ini nak share satu lagi perfume baru yang nieyl try..

Apa Yang Best Dengan MINYAK WANGI 🌻 ini? 

Pastinya 'BOLEH' dipakai untuk Dibawa SOLAT 
Selamat,tidak perlu risau nak solat bila dah pakai wangi²..

"Baunya 'LEMBUT' "MENENANGKAN" 
Baunya sememangnya lembut,tidak keras..
bila orang yang bau pun..sakit hidung..hihi..

"Baunya DIJAMIN tahan LEBIH LAMA" 
ketahanan bau dia tu sehari suntuk tau...
tak payah nak pakai berkali²..

Tapi apa yang penting..
HARGA MAMPU MILIK :)


Tambahan info : kalau berminat dengan perfume ni..
boleh contact Faezah 019-7759298 service tiptop..




  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Slot Iklan Berbayar

by on March 01, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Selamat petang..
Ada orang tanya..boleh tak kalau buat 1 slot iklan berbayar..
lama jugak berfikir nak buat ke tidak nie tau...
sebab blog bukan hebat sgt pun kan..
tapi orang kata kalau kita tak cuba..kita tak tahu kan..betul tak?
jadinya..ianya bermula hari ini.. :)

Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar :)
#supportnieyl
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Bahan Dapur Ini Boleh Ganti Sabun Pembersih Wajah

by on March 01, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Tak dapat dinafikan bila salah memilih pembersih wajah, masalah kulit seperti jerawat boleh jadi makin serius. Atas sebab ini jugalah ada wanita yang mengalami masalah kulit ragu-ragu menggunakan sabun pembersih wajah yang ada di pasaran.

 Namun masalahnya wajah tetap perlu dibersihkan setiap hari. Jadi apa alternatifnya? Jangan susah hati, pergi dapur dan cari empat bahan ini kerana ia mampu bertindak membersihkan wajah tanpa kesan sampingan.

 1. Minyak zaitun 
Kalau diperhatikan, banyak produk pembersih wajah menggunakan bahan asas minyak. Tapi paling selamat sudah tentu menggunakan yang semula jadi seperti minyak zaitun atau minyak kelapa. Minyak ini berkesan untuk menanggalkan kotoran pada kulit termasuklah mekap, dari maskara yang paling gelap hinggalah gincu.

 2. Susu 
Mungkin bagi setengah kita minum susu boleh menyebabkan masalah jerawat namun menggunakannya dengan cara dioles pada wajah mampu meredakan radang akibat jerawat. Susu juga boleh digunakan untuk membersihkan mekap malah harganya mungkin jauh lebih murah dari pembersih yang anda beli. Salah satu caranya adalah dengan mengambil satu sudu makan minyak almond dan masukkan dalam semangkuk susu. Gosok campuran ini ke seluruh wajah, kemudian bersihkan.

 3. Timun 
Ada banyak produk kecantikan yang menggunakan timun untuk membantu menghapus kotoran wajah. Ini kerana timun memiliki sifat anti-inflamasi yang menenangkan iritasi dan jerawat pada wajah. Bagi membersihkan wajah menggunakan sayuran ini, ambil sebiji timun lalu kisar hingga halus. Gosok pada kulit wajah untuk membersihkan kotoran. Anda juga boleh menambah sedikit susu atau minyak zaitun ke dalam campuran tersebut.


4. Yogurt 
Yogurt bukan saja boleh membersihkan kotoran wajah, malah boleh meredakan kulit wajah yang terbakar akibat sinar matahari. Caranya, ambil kapas bersih, celupkan ke dalam yogurt kosong lalu gosok ke seluruh wajah dalam gerakan bulat. Kemudian bilas hingga bersih. Empat bahan yang disenaraikan ini mudah saja diperoleh malah murah. Tak perlu risau juga tentang kesan sampingan kerana 100 peratus semula jadi.

sumber : Medical Daily
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png