ada sesiapa cari tak sepanjang hari ini? sunyi blog 4 hari...hari ni kat office pulak tak boleh nak access.. mati kutu di buatnya...rasa lambat je nak 4.30 ptg tadi..huhuhu...
Hopefully,esok back to normal laaa.. klu nieyl senyap je esok..tu tandanya x boleh access lagi laaa... terpaksa la prepare entry lebih awal...huhu.. :)
Senyuman merupakan salah satu ungkapan yang mencerminkan
kesihatan jiwa dan reaksi seseorang ketika sedang gembira.
Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding
43 ketika mengerutkan dahi.
Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu,
malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
5 kesan baik dari senyuman untuk kesihatan.
1. Melambatkan proses kedutan di wajah
2. Menghilangkan Stres
3. Meningkatkan Kekebalan Tubuh
4. Menormalkan Tekanan Darah
5. Menghilangkan Rasa Sakit
Selamat pagi jumaat... pagi ni nieyl ada majlis bacaan yassin dan tahlil... semoga apa sahaja yang kita lakukan hari ini dan hari² mendatang... sentiasa di berkati...Aminn...
Ramai follower nieyl yang tak tahu... nieyl pun ada jual shaklee... cuma kalau dekat blog nieyl memang jarang² update pasal shaklee.. nieyl lebih fokus di FB dan page..
Hai semuaaa.... selamat pagi khamis.. Kak lieya tanya nieyl breakfast apa pagi ni..
Pagi nie makan roti telur + kepingan ayam... simple je pagi nie sebab pagi nie tadi ada perhimpunan bulanan.. so,semua kena cepat turun ke auditorium.. :)
Apa yang paling best bila tiba hari perhimpunan setiap bulan.. adalah goodies bag.. so,untuk kali nie dalam goodies bag ada air kotak,roti,coklat n keychain comel nie..:) Setiap bulan akan dapat benda yang berlainan tau.. seronok..:)semangat nak pergi perhimpunan mcm nie..hihi..
*to kak lieya : akk nieyl masih kerja tempat yang sama...:) alhamdulillah..rezeki masih di sini :)