25 November, 2015

Pembelajaran Taman Pokok

by on November 25, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Semalam balik rumah..
Tetiba ada budak nie kat rumah maklong...
rinduuunyaaa...lepas rindu...
smlm dia ikut paklong dia pergi beli pokok lagi...
rajin teman paklong sekarang nie..
Pose wajib...10 peace.. :)
En.suami sekarang nie tgh hantu taman pokok..
sampai mak nieyl ckp..lepas nie taman umah mak kalah laa...huhu..
Menantu dgn mak mertua boleh geng..huhu..
Dah penat tengok paklong kat luar..
Sebelum mandi..minum vitagen dlu...
tengoklah tu..si mieka nie memang dah jadi kawan khalish dah skrg nie...
Khalish nie susah nak amek gambar dia senyum..
Semalam baru la dapat..huhu..

Okeylah nanti kita sembang lagi...
skrg nie nak kena keluar lunch jam 1 baru boleh..
kalau tak kang kena tangkap susah..huhu...:P

-LOVE nieyl-


     Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Terbaiklahh followers nieyl

by on November 25, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

 Selamat Pagi...
Hujan lebat pagi tadi time nak pergi kerja...
Alhamdulillah..cerah semula dah skrg nie...

Semalam nieyl ada bagi test IQ kan..
Alhamdulillah...followers nieyl semua nya bijak² pandai tau...

Actually,hari isnin hari tu time nak masak tu..
pecahkan la telur...eh..kembar la..
pecah kan 1 lagi..eh..kembar lagi..
pecahkan sebiji lagi..eh..kembar lagi laaa...wow!

Alhamdulillah...dah selamat masuk dalam perut..hihi...
dan yg lagi bestnyer...pagi tadi nak dtg rumah nieyl..
dia ckp mcnie....

MAK : Manja,pagi tadi mak nak pecahkan telur..ada kembar lagi
NIEYL: wah!bestnya....banyak ke?
MAK: 1 papan rasanya kembar...mak dah simpan kan..1 papan..
nanti belikan telur baru untuk mak yea..:P

hahaha..alala...sweetnyer mak pepagi nie... :)
Sanggup dia simpan untuk anak kesayangan dia nie..:)
LOVE U mak...


-LOVE nieyl-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

24 November, 2015

Cuba teka

by on November 24, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Kalau tengok jam skrg nie pun..
mesti uolls dah terbayang² nak makan apa lunch nant kan..
okey la..

nieyl just nak uji ketajaman mata dan IQ  siapa yang lebih peka..
cehhhh...tapi xde hadiah laaa...


Soalan dia..

Apa yang pelik dalam bekas di bawah?
dan berapa biji telur?


Setiap gambar,mesti ada sebab kenapa kita snap...:P

-LOVE nieyl-


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Hantaran Perkhawinan

by on November 24, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

gambar pinjam sat dgn en.google

Okey semalam nieyl ada share tentang Mas Kahwin..
rasanya mana² yg belum kahwin tu..
dapat sedikit ilmu tentang Mas Kahwin...

Hari ini nak share sikit tentang HANTARAN..
kalau sebut hantaran nie semua orang faham..

Hantaran berbeza daripada mas kahwin di mana ianya tidak diwajibkan 
tetapi terpulang kepada pasangan untuk memberinya mengikut kadar yang dipersetujui.
 kalau ikut adat Melayu, wang hantaran bertujuan bagi mengurangkan beban isteri dan keluarga dalam membuat persiapan majlis perkahwinan. 

Selain itu, ia juga dianggap sebagai hadiah kepada isteri yang tersayang. 
Jumlah duit hantaran yang ditawarkan pihak lelaki sebenarnya ditetapkan oleh keluarga pihak perempuan semasa perbincangan bersama keluarga pihak perempuan.

Bilakah masa yang sesuai untuk pemberian wang hantaran? 

1.Selepas ikatan pertunangan atau dua bulan sebelum akad nikah
dengan memberikan separuh wang hantaran.
 Ini bertujuan untuk membeli barang persiapan kenduri.
Selepas majlis akad nikah diberikan yang selebihnya lagi.

2.Memberikan kesemua wang hantaran dua bulan sebelum majlis akad nikah.

3.Memberikan kesemua wang hantaran pada majlis akad nikah.

*wang hantaran nie sebenarnya kalau boleh, biarlah mengikut kemampuan,
pihak lelaki...dan yang penting sekali...please ye..jangan buat pinjaman bank
semata² buat duit hantaran dan kenduri besar²...nanti anak dah 4 5 hutang
tak habis-habis bayar lagi :)

Allah paling suka kalau hamba bersederhanaan :)


-LOVE nieyl-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

23 November, 2015

Vitamin C jawapannya

by on November 23, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Selamat petang semua..
petang² nie mesti mata asyik kuyu je kan..
lelagi kalau kena aircond sejuk kat office.. :)

Bukan nak paksa beli..
bukan nak paksa untuk makan..
okey..nieyl just share benda yang boleh kita berkongsi bersama...
Bukan nak riak atau bangga..

Ramai yang bertanya pada nieyl..
pakai produk apa?makan produk apa?
sebab kulit tak ada jerawat..tak ada jeragat..
tona sekata lepas tu cerah...

Okey petang nie nieyl nak share apa yang nieyl pakai..apa yang nieyl makan..
 nie gambar time nak pi kenduri sepupu belah en.husband..

Actually,kulit muka nieyl nie dlu bukan mcm skrg nie okey..
Jerawat kat pipi tu biasa lah kan...
Lepas tu berbelang²...sun burn lagi...pakai tudung kan..

Yang pertama sekali, kena rajin cuci muka sebersih²nya okey...
gunakan produk yang bersesuaian dengan kulit muka kita...
sebelum nie nieyl dah share jenis kulit..so, boleh jadikan ia nya panduan..
kalau terlepas entry tu (klik sini)

Yang kedua,jangan terlalu makan benda² yg bergoreng atau berminyak..
sebab sangat tak sesuai untuk kesihatan badan n muka kita :)

Yang ketiga,amalkan makan vitamin C..
sebab kulit kita perlukan vitamin c yang secukupnya seharian..

Kalau nak lebih info atau harga yang meletop kebabom..
boleh like Page nieyl ( SINI) 


Dan kalau rasa tak nak makan apa² supplement Vitamin..
kalau rajin makan buah yang mengandungi vitamin c yang banyak...
contoh dia Oren :)

Jom amalkan vitamin C dalam hidup seharian kita :)


-LOVE nieyl-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Apa dia Mas Kahwin?

by on November 23, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

pinjam gambar kat en.google sat :)

Mas kahwin atau ‘mahar’ yang dipetik daripada bahasa Arab merupakan sesuatu pemberian yang WAJIB diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.
Di Malaysia, pemberian mas kahwin adalah berbeza-beza di setiap negeri dan mengikut perundangan syariah di bawah bidang kuasa setiap Sultan yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Mas kahwin juga boleh berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat. 
Mas kahwin adalah wajib dibayar semasa akad nikah pasangan pengantin.

Sebagaimana Firman Allah:
“Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu Mas Kahwin mereka.” [Surah al-Nisa, ayat 4]

Pemberian mas kahwin juga dibolehkan dengan pemberian senaskah al-Quran kepada isteri di mana, Rasulullah S.A.W pernah mengahwinkan seorang lelaki dengan bermas kahwinkan surah (ayat-ayat al-Quran) di mana lelaki tersebut tidak memiliki barangan untuk dijadikan mas kahwin.


Sabda Rasulullah S.A.W: “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Allah telah berfiman di dalam al-Quran: “Apabila kamu telah memberikan kepada mereka itu (isteri) sepikul mahar, maka jangan kamu ambil walau sedikit daripada mahar itu” - surah al-Nisa : 20 -

Hikmah senaskah al-Quran sebagai mas kahwin: 

1. Al-Quran merupakan kitab suci dan melambangkan cinta sejati bersyariatkan agama kepada isteri.
 2. Ayat-ayat al-Quran akan dibaca dan dimanfaatkan kegunaannya hingga ke akhir hayat.
3. Ilmu yang berguna dan membantu dalam meningkatkan amalan dunia dan akhirat.
4. Mendapat kebaikan pahala kepada isteri dan suami apabila membaca al-Quran.
 5.Mendapat keberkatan dalam rumahtangga.



-LOVE nieyl-


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

20 November, 2015

Kenapa rezeki susah nak masuk?

by on November 20, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Salam jumaat semua...
pagi nie jom sama² kita renung..kita kaji...
sedikit ilmu tentang rezeki...

Kita check di mana kurangnya..di mana lebihnya..
sama² kita perbaiki.. :)


-LOVE nieyl-





  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png