19 November, 2015

Kenali jenis kulit muka kita

by on November 19, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Wanita..kesihatan..kecantikan..
Tak boleh di pisahkan... tapi ada kalanya kita menghadapi masalah..
bila beli produk yang kita sendiri tak tahu..
sama ada ianya sesuai atau pun tidak dengan jenis kulit..
terutamanya kulit muka..
Even nieyl sendiri pun kalau nak beli apa² produk...
nieyl akan make sure jenis kulit nieyl dlu...
sebab pernah beli produk yg agak mahal harga dia...
bila pakai..muka jadi lebih teruk..

So,nieyl bukan nak jual produk apa² okey..
just nak share supaya kita tidak membazirkan duit beli produk yg mahal...
tapi tidak sesuai dengan jenis kulit muka kita..

"yang mahal tidak semestinya sesuai ngan kulit kita"
"mungkin yg murah itu lebih sesuai,macam kulit nieyl nie"

1. Normal 
Untunglah wanita yang memiliki jenis kulit ini. Kulit wajah seimbang dari segi kelembapan, ketahanan dan minyak. Tidak sukar untuk golongan berkulit normal memilih rangkaian produk yang sesuai. Kategori kulit normal adalah pilihan produk yang paling tepat. 

 2. Berminyak 
Kulit mudah berminyak dan tumbuh jerawat. Walaupun baru beberapa jam dicuci, kulit berkilat dan berminyak. Wanita akan rasa kurang selesa, solekan pudar. Pilih pencuci muka dengan PH yang rendah agar memudahkan minyak dibuang. Anda juga boleh pilih sebarang produk yang dikategorikan untuk kulit berminyak. 

 3. Kering 
Liang roma kulit jenis kering agak sukar dilihat selepas wajah dicuci. Kulit cenderung kering, melupas dan mudah ditumbuhi jeragat atau pigmentasi. Elakkan pencuci muka yang mengandungi alkohol. Ini membuatkan kulit wajah bertambah kering. Jangan memilih produk kecantikan yang mengandungi minyak. Pastikan selepas menggunakan penyegar, sapukan pelembap agar kulit terpelihara cantik. 

 4. Kombinasi 
 Jika sebahagian wajah berasa kering dan sensitif manakala sebahagian lain berminyak, itu lah petanda kulit anda jenis kombinasi. Biasanya kulit di Zon T berminyak manakala bahagian wajah lain cenderung kering. Elakkan pencuci wajah jenis sabun, gunakan gel pembersih yang lembut pada kulit, bilas dengan air suam. Inilah amalan terbaik untuk anda yang mempunyai kulit kombinasi. 

 5. Sensitif 
Golongan berkulit sensitif sering mengalami iritasi. Kulit juga selalunya gatal dan berasa tegang apabila menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia. Ada juga yang mengalami alahan kulit yang teruk. Elakkan produk penjagaan wajah terutama pencuci yang mempunyai pewangi, bahan kimia yang boleh merengsakan kulit.


Semoga tips yang nieyl share nie...
boleh beri sedikit pengetahuan pada semua :)

-LOVE nieyl-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Nak berjaya perlu USAHA

by on November 19, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Pagi² kalau nasi lemak masuk ke dalam perut...
akibatnya mata redup terbayang bantal dan tilam di rumah..haha..
Selamat pagi Semua!
 Kalau kita tanya sesiapa pun..
semua orang ada impian..ada cita²...
Tapi bagaimana kita nak jadikan semua tu menjadi kenyataan?
dah tentulah kita kena usaha :)
itulah..kalau dah ratu selfie nie..
Tak mampu kata apa² lah kan..hihi
Cermin amat memainkan peranan yg penting dalam hidup nieyl..
bukan sahaja untuk kecantikan je...
bila berdiri depan cermin nie...
terbit satu aura...confident..keyakinan...
*cermin besar tu betul² depan workstation nieyl nie..



-LOVE nieyl-

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

18 November, 2015

nobody knows

by on November 18, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


-LOVE nieyl-
     Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Berkat Usaha UPSR

by on November 18, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Syukur Alhamdulillah...
Semalam mendapat khabar berita dari abg nieyl..
Tahun nie anak buah ada ambil upsr..
Berdebar jugak nak tahu result dia kan...
Seperti yang dijangka...
5A dalam genggaman...:)

Berkat usaha dan pantauan mak dia..
actually anak buah nieyl yang seorang nie..
tak pernah pun nampak dia balik kampung bawa buku ke apa tau...

Kerja dia main game...main laptop je...
sampai mak dia pun asyik bising aje...
cuma bila exam biasa atau exam bulanan...
result WOW!

Mungkin dia nie jenis yang fokus dalam kelas rasanya..
so,bila kat rumah dia banyak main...
start awal tahun hari tu...
laptop dn game telah di rampas sepenuhnya oleh mak dia..

Hanya Fokus dengan study..tuisyen...
lagipun kakak ipar nieyl sgt garang kalau bab belajar nie...
berkat usaha,doa ibu bapa..Alhamdulillah...
Setakat ini rekod paling tinggi dalam kalangan anak² buah..
yang pernah amek upsr..tahun lepas anak buah perempuan 4A 1B..

Seorang terus success di alam sekolah menengah jugak..

-LOVE nieyl-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

17 November, 2015

Strom Color Diamond Pan

by on November 17, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

 Setelah sekian lama menanti dieorang restok..
makan bulan jugak la menunggu..
Tapi alhamdulillah..penantian berakhir..hihi

Selalu kalau tengok drama korea..
nampak la kuali dieorang tu...
Cantik² pastu masak tak melekat langsung...

Skrg nie kita pun boleh dapatkan kuali macam dalam drama tu...



kenapa nieyl beria sangat nak beli kuali ni..?
Sebabnya adalah kuali ni tak melekat langsung...
senang di bersihkan...
tak perlu nak berus pakai berus dawai tu...
Lepas tu dia sangat ringan..
Sangat tidak menyesal beli...

Harga hanya lah RM149 sahaja...
Dapatkan selagi masih ada stok okey :)




-LOVE nieyl-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Monumen Alaf Baru

by on November 17, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Moh kita sambung story tempat yg nieyl pergi last week..
lepas pergi kat skyrides tu..nieyl ke Monumen Alaf Baru 
kat mana siapa tahu??hihi...masih lagi kat Putrajaya..
Monumen Alaf Baru atau Tugu Milenium (Millennium Monument) terletak di Presint 2, Putrajaya, . Ia merupakan monumen negara yang pertama dibina khas untuk Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Di bawah tugu ini telah ditanam oleh Tun Dr Mahathir, semasa menjadi Perdana Menteri, kapsul masa yang akan dikeluarkan pada tahun 2020 nanti. Menara Tugu Milenium ini tingginya 68 m. Jalan naiknya berbentuk pelantar tinjau ala beranda yang dibahagikan kepada 4 pecahan yang bersambung iaitu bagi menggambarkan era Malaysia pra kemerdekaan (sebelum tahun 1957), pasca merdeka (1957-1970), Malaysia kini (1971-2020) dan Malaysia akan datang pada tahun 2020 dan ke atas.

 Dilihat dari atas, menara ini seakan-akan membentuk bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya yang berwarna emas berkemilauan. Di pelantar tertinggi, pengunjung dapat melihat bangunan berhampiran seperti Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Jambatan Seri Wawasan. Pada waktu malam menara tugu yang diperbuat dari aluminium ini akan memancarkan cahaya terang ibarat rumah api yang membuatkan ia tampak lebih eksklusif dan indah.



Gambar masjid nie nieyl snap masa naik Monumen tu...
Rasa luas sangat permandangan kat situ...

Apa yang nieyl perhatikan sepanjang naik monumen tu..
setiap pagar kaca ada tercatat tahun dan peristiwa sejarah pada tahun tersebut...
bermula pembukaan Melaka..

Dan mungkin orang tak perasan, pada tiang monumen tu..
Terukir rukun negara kita..
nieyl naik tak sampai atas pun sebab gayat laaa..huhu...

So,tempat nie wajib dilawati bila sampai kat Putrajaya nie...
sebab sambil kita nak naik kemuncak tu...
kita boleh baca sejarah² ringkas negara kita :)


Okey berakhir sudah story nieyl last week lepak kat putrajaya :)
Semoga ianya memberi gambaran la apa yang ada kat putrajaya nie serba sedikit :)



-LOVE nieyl-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Wanita..Lapar..Waktu Malam

by on November 17, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat pagi semua...
semua dah breakfast ke?Alhamdulillah...
so,pagi ni nak share info bab makan...
wanita..wanita...sila baca yea :)


Kenapa kita kerap lapar bila tiba waktu malam ??

1. Stress
 Ketika kepala penuh masalah, alternatif dicari untuk menimbulkan rasa gembira. Makanan akan membuatkan seseorang berasa kenyang dan puas hati. Lama-kelamaan makan menjadi tabiat dan akan menyebabkan kenaikan berat badan yang banyak. 

 2. Salah tafsir 
rasa haus dengan lapar Otak tak dapat membezakan rasa haus dengan lapar. Jadi sebelum mencari makanan pada waktu malam, minumlah air kosong dahulu. Jika masih juga lapar, barulah mencari makanan yang sesuai pula.

3. Waktu makan tak tetap 
Makan tidak tetap atau makanan yang diambil pada waktu siang tidak memuaskan kehendak diri. Ya, inilah jadi dorongan buat anda rasa lapar pada waktu malam. Cara atasi, anda perlu sediakan makanan dari rumah atau beli makanan yang disukai dan bawa sebagai bekalan di pejabat. Aturkan juga untuk makan lima kali sehari dengan jumlah kalori sebanyak 400 kalori sahaja setiap kali makan.

 4. Suka makan gula 
Jika anda suka makanan manis pada waktu pagi, tengah hari dan petang, badan anda pasti akan ketagih gula. Akibatnya pada waktu malam, ibu hamil teringin makanan manis atau berkarbohidrat. Gantikan gula dalam makanan dengan buah-buahan dan mengunyah gula-gula getah ataupun mendisiplinkan diri untuk elak makan makanan yang bergula.

 5. Amalan ringan elak makan malam 
Amalkan makanan berserat tinggi, minum air kosong secukupnya dan lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki setiap hari. Percayalah amalan ini boleh melawan rasa lapar pada waktu malam hari.
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png