12 November, 2015

purple menjadi pilihan

by on November 12, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Selamat Pagi...
ramai yang cakap blog nieyl cun..cantik..
terima kasih...Rasa lama pulak tak update pasal deco rumah nieyl kan..
last week plan mengecat bilik yg nak di jadikan opis..
tempat yg boleh dikatakan nieyl byk abiskan masa depan pc kat rumah...

lelagi la pasnie kalau xde rezeki sambung kontrak..
Bilik nie la yang akan menjadi tempat nieyl bekerja dr rumah kan..
so,sementara bekerja nie..setup elok²..

Terlupa nak snap gambar sebelum cat..huhu..
sebelum nie bilik nie warna coklat..:)
skrg nie blik nie dah di cat..dah dipasang wallpaper...
Masih berselerak lagi...time baru siap pasang wallpaper...
okey x?
Dinding masih kosong lagi..
belum beli barang n rak untuk deko...
meja² tu pun untuk sementara...sbb dalam plan nak beli rak fail ngan meja komputer..:)

Skrg nie bila masuk bilik nie..
aura dia lain macam sikit..
rasa sangat ceria n bersemangat :)




-LOVE nieyl-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

11 November, 2015

watermark bertukar

by on November 11, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Petang nie nak rasmikan dulu...
watermark nieyl yang baru..
#homemade
Simple..yang penting warna pink okey...
okey tak?

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Garam laut

by on November 11, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bila kulit berminyak,jerawat mudah tumbuh kan..
tahukah kita jika membasuh wajah dengan air garam boleh normalkan
 pertumbuhan sebum, yang menyebabkan munculnya jerawat?

Air garam yang mengandungi anti bakteria dan alkali secara luar biasa
boleh bebaskan kulit wajah dari serangan jerawat.
Tapi garam yang digunakan bukan garam dapur (table salt),
 ya. Garam yang digunakan adalah garam laut (sea salt).

hihihihi...


Bahan-bahan: 
100 gram garam laut 
250 air 

 Cara membuat: 
Didihkan air 
Masukkan garam laut, 
adun rata hingga larut 
Biarkan hingga suhu air sejuk


1. Sebelum membasuh wajah dengan air garam, bersihkan dulu wajah dengan pembersih yang biasa anda pakai. Biarkan pembersih meresap selama 30 saat. Kemudian basuh wajah dengan air sejuk untuk menghilangkan sabun di wajah.

 2. Masukkan tangan ke dalam air garam yang sudah dibuat. Sapu ke wajah. Biarkan 10 saat, kemudian sapukan air garam ini lagi ke wajah hingga air habis. Bilas dengan air, keringkan wajah dengan tuala bersih. Air garam ini boleh buat kulit kering, atasi dengan menggunakan pelembab yang tak mengandungi minyak (oil-free moisturizer) setelah kulit dikeringkan.

 3. Bagi kita yang mempunyai kulit terlalu kering atau kusam, anda tidak digalakkan guna cara ini. Jenis kulit tertentu boleh mengalami iritasi setelah membasuh wajah dengan air garam. Petua ini lebih sesuai untuk anda yang kulit berminyak.


selamat mencuba



-LOVE nieyl-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

:wednesday:

by on November 11, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Ada yang terlupa ke...hari ini hari apa?hihihi
Bukan isnin tau....
semalam cuti ke mana saja?




-LOVE nieyl -

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

09 November, 2015

Nak makan tapi takut gemuk

by on November 09, 2015

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bagi yang sedang berdiet, makan malam memang amat menggerunkan. Seboleh-bolehnya akan cuba menghindarkannya. Tapi macam mana kalau diserang kelaparan yang teramat sangat sampai memudaratkan diri?

1. Sebelum makan, pastikan anda minum segelas air kosong terlebih dahulu. Ini akan membantu perut anda kenyang serta mengelakkan anda daripada makan berlebihan.


2. Kalau kita terpaksa mengambil nasi, pilihlah sayur dahulu sebelum mengambil nasi dan lauk. Pastikan juga makanan yang anda ambil adalah sihat seperti sup sayur.

 3. Bukanlah sampai tak makan malam, tapi cuma perlu kurangkan ambil menu berat seperti sajian tengah hari. Misalnya makan malam diganti dengan sepotong sandwich yang berisi protein dan serat. Janji tetap mengandung nutrisi.


4. Nak diet macam mana pun anda kena pastikan sajian yang diambil mengandungi karbohidrat, protein, dan serat.

 5. Lebih elok jika menu yang diambil mengandungi 1/2 karbohidrat, 1/4 protein, dan 1/4 serat. 6. Kalau nak lagi bagus, anda kena ada batas waktu makan malam iaitu dari jam 7 hingga 8 malam. Pastikan 2 hingga 3 jam sebelum tidur.

-LOVE xoxo-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png





  

Taman Hijau Dalam Rumah

by on November 09, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ntah siapa lah yang rindu ko tu nieyl oii..prasan aje..hahaha...
okeylah..rasa lama pula tak up story dalam blog nie...
niat tu ada...bahan nak di cerita pun banyak...
cuma xde keizinan masa laaahhh...

InsyaÁllah...
kalau boleh setiap story yang di share tu..
ada manfaat untuk orang yang membaca :)

Ingat lagi tak nieyl ada cerita pasal pergi beli pokok tu...
ha..petang nie nak tunjuk sikit...n kat mana en.husband tu letak..

Satu pasu diletakkan di tengah² antara bilik..

Sudut tepi tingkap
Sudut tempat santai
Yang ini paling tinggi dia beli..
letak kat luar...:)

Tahu tak kebaikan tanam pokok hijau dalam rumah..

1.Berdasarkan kajian NASA pokok yang di tanam dalam rumah dapat membersihkan toxin dalam udara sebanyak 87% dalam tempoh 24 jam (bergantung jenis pokok dan keluasan rumah). Ianya menapis toxic seperti ammonia, formaldehyde, carbon monoxiside,, benzene, xylene dan trichloroethyene

 2. Membuatkan orang rasa gembira dan lapang (menurut Bruno Cortis, M.D., Chicago). Kajian menunjukkan pesakit hospital yang memandang keluar tingkat melihat tumbuhan di taman lebih cepat sembuh

 3.Menurut kajian University of Agriculture di Norway, pokok yang ditanam dalam rumah dapat membantu mengurangkan batuk, sakit tekak, selsema serta masalah berkaitan sebanyak 30% iaitu dengan meningkatkan kualiti udara

 4.Didapati kebanyakan tempat kerja serta badan kerajaan yang meletakkan pokok didalam pejabat. Kesannya, ianya meningkatkan lagi kreativiti dan produktiviti para pekerjanya (persekitaran hijau/pokok diletakkan dalam linkungan 45 kaki dari para pekerja)

-LOVE xoxo-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Rindu Tak?

by on November 09, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


-LOVE xoxo-


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png