09 November, 2015

GIVE AWAY PARTAY!!

by on November 09, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Come n Join...click Banner..

Happy birhday....Selamat hari jadi...
Selamat Hari Lahir..selamat Hari Tua...

Semoga meningkatnya usia 1 tangga lagi, perbaiki segala kelemahan dan
kekurangan semoga ianya menjadi lebih baik dan terbaik...:)
Semoga dipanjangkan umur dan usia...dimurahkan rezeki....

Semoga berjaya dalam hidup!!

-LOVE from Kak Nieyl-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

06 November, 2015

Pecah rekod

by on November 06, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Hari jumaat nie...seawal 6.20 pagi nieyl dah sampai kat depan pintu masjid putra...
kalau yang duduk area putrajaya tahu la kot kan..
Formula E l akan berlangsung esok..
so,jalan utama semua di tutup...
Sedih betul,parking jauh..
dugaan pagi nie kena berjalan sampai hujung tu...:(
Penat...letih...rasa nak mandi..nak tidur boleh??

-LOVE xoxo-

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

05 November, 2015

Kesihatan Telinga

by on November 05, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Telinga juga perlu penjagaan rapi dari segi kebersihan luaran dan dalaman.
Telinga yang bersih akan bebas daripada kuman.


Bahaya Fon Telinga 

Penggunaan fon telinga yang terlalu lama melebihi satu jam dan kerap adalah sangat berbahaya terutama dengan nada yang kuat. Ini kerana telinga anda hanya menumpukan kepada satu bunyi sahaja untuk difokuskan, salah satu sebab yang lain kerana fon telinga mempunyai beribu-ribu bakteria yang melekat padanya dari salah seorang pemakai. Cuba anda bayangkan jika anda berkongsi fon telinga itu dengan orang lain? Elakkan Lagu/Muzik Yang Kuat Kurangkan berada di kawasan yang mempunyai bunyi yang bising atau nyaring, pasti kan ketika majlis perkahwinan anda nanti pihak ‘deejay’ tidak memasang muzik yang terlalu kuat untuk diperdengarkan kepada tetamu.

 Bersihkan Telinga Dengan Kerap

 Selepas mandi bersihkan kawasan telinga dengan sempurna untuk memastikan tiada bakteria terlekat. Basahkan tuala dengan air suam kemudian bersihkan telinga serta kawasan sekelilingnya. Untuk mengeratkan lagi kasih sayang anda dan si dia, anda boleh membersihkan kawasan telinga si dia. Jadikan ia rutin bulanan atau mingguan. Dengan cara ini akan lebih membuatkan si dia senang dan merasa dihargai. 

 Jangan Guna Benda Tajam 

Elak gunakan benda yang tajam sebagai alat untuk mengorek telinga anda, sebaliknya gunakan kapas telinga yang boleh didapati dikedai serta berkualiti. Tetapi jangan gunakan kapas telinga ini terlalu kerap kerana dikhuatiri akan menyebabkan tahi telinga anda terkumpul lebih banyak di kawasan itu dan pasti kan anda tidak memasukkan kapas telinga melebihi 1sm dari telinga luar ke telinga dalam. Sebelum menggunakan kapas telinga ini, pasti kan ia baru dan tidak terdedah tanpa penutup. Kapas telinga yang berkualiti tidak akan menanggalkan kapas di hujung atau mudah patah ketika digunakan. Tegur pasangan dan nasihati dia untuk menjaga kesihatan telinga.

 Keluarkan Air Dengan Segera 

Kadangkala jika anda mandi, air akan memasuki lubang telinga. Segera keluarkan air yang berada di dalam telinga anda itu untuk mengelakkan jangkitan bakteria dan juga kesan sampingan yang lain. Jika ada lelehan cecair yang tidak jernih atau berwarna, segera ke klinik berhampiran kerana mungkin ada jangkitan dalaman. Ini kerana telinga sangat berkait rapat dengan keseimbangan badan.


-LOVE xoxo-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Semangat baru

by on November 05, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Rasanya cukup² la semalam beremosi...
Hari ini semangat baru...
Teruskan perjuangan...Usaha..
Tak nak ingat benda² yg sedih daaahhh...

ye betul kontrak nieyl akan tamat Dis 2015...
sentiasa mengharap akan ada keajaiban berlaku...

dah²...tak nak share yang sedih² dah...
doakan yang terbaik yea...

-LOVE xoxo-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Sad....

by on November 05, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bukan sesuatu yang mudah untuk menerima kenyataan ini..
Tapi sesungguhnya perjalanan hidup ku ini telah tertulis sebegini...
Tinggal 1 bulan 5 hari sahaja lagi..
perkhidmatan ku diperlukan di sini...
Selepas pada itu,kemana arah hendak di tuju...ntah laaa...
6 tahun rasa seperti sia²...

-LOVE xoxo-






  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

04 November, 2015

Ole² dari Italy Dubai

by on November 04, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Rezeki manusia tu berbeza kan...
mungkin belum tiba masanya nak melancong ke negara orang jauh² nie..

Dlm group,nieyl la paling bongsu..
so, yang paling excited pun nieyl laaa..haha..
2 minggu lepas seorang kakak group nieyl ni..
terbayang ke negara orang selama 2 week..
Italy n dubai...

Sepanjang kat sana...sambil berjalan...
die sempat share beberapa gambar yang cantik dr sana...
 Cantikkan...rupanya bangunan²..rumah² ni dibina atas air..
so,kalau nak menyeberang memang kena naik bot...
 walaupun nieyl x pegi kat sana...tapi terasa macam diri ni kat sana laaa...
selalu tengok kat majalah..tv je...hihihi...
Leaning Tower of Pisa
kata kakak opis nieyl, menara nie memang betul² condong...
kebanyakkannyer orang amek gambar dr luar saja...
tadaa...seperti biasa..wajib kalau melancong ke luar negara dapat FM...
en.husband lah yang paling suka kumpul FM nie...
sampai terpaksa beli papan Magnet satu lagi.. :)

Ada lagi beberapa gambar kat sana..
nanti nieyl update lagi okey..:)

-LOVE xoxo-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Diet bersama pisang

by on November 04, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Makan pisang setiap pagi boleh menghilangkan berat sehingga 5kg dalam masa seminggu ??
wow!dan lagi menarik diet cara ini tidak memerlukan sebarang usaha keras untuk hasil yang sihat dalam tabiat pemakanan anda.
Sebab itu diet ini menjadi begitu popular selepas Hitoshi Watanabe kongsi menerusi dalam bukunya "The Morning Banana Diet".

 Bagaimana?
 Pada waktu pagi anda perlu makan pisang sahaja dan minum air pada suhu bilik. Anda boleh makan apa-apa sepanjang hari. Begitu mudah, bukan? Selepas sejumlah besar percubaan yang tidak berjaya menurunkan berat badan.


Berapa banyak pisang anda perlu makan untuk sarapan pagi? 

 1. Tidak ada peraturan ketat yang perlu anda ikuti, hanya makan pisang cukup yang mana akan membuat anda rasa kenyang dan perut tidak masuk angin. 

 2. Sentiasa minum segelas air suam pada waktu pagi untuk merangsang metabolisme anda. Tunggu selama satu jam dan makan pisang. Jika anda masih lapar selepas 20 minit, makan pisang lain. Tetapi pastikan anda makan pisang mentah bukan pisang goreng atau yang dimasak cara lain. 

 3. Tak perlu ambil susu sepanjang diet dan pemakanan yang terakhir hendaklah sekurang-8 malam. Pergi tidur pada tengah malam, kerana ahli-ahli sains percaya bahawa akan lewat ke tempat tidur dikaitkan dengan obesiti. 

 4. Anda boleh makan apa-apa untuk makan tengah hari dan makan malam, dan jika anda berasa lapar di antara waktu makan anda, makan beberapa buah-buahan.


Apa yang membuat diet pisang begitu istimewa?

 1.Pisang kaya dengan serat, kalium dan meningkatkan tenaga. 

2.Pisang buah yang murah, jadi anda tidak perlu menghabiskan wang untuk membeli pelbagai produk mahal. 

3. Sarapan pagi yang kerap meningkatkan metabolisme dan mengelakkan anda daripada makan berlebihan pada waktu siang. 

4.Jika anda tidak minum kopi pada waktu pagi kamu akan mudah mengawal glukosa darah dan selera anda. 
5.Segelas air pada suhu bilik meningkatkan metabolisme.

 6.Elakkan makan selepas jam 8:00 malam dan musnahkan keinginan makan lewat malam. 

7.Mengurangkan pengambilan alkohol.









  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png