02 October, 2025

Good Morning

by on October 02, 2025


Assalamualaikum..
Selamat Pagi..
Geramnyalah blog masih tak boleh buka guna line opis..
jenuh guna hotspot je ni..
Sabar jela..

Happy working semua...

 

01 October, 2025

Platform ½ Harry Potter Ipoh – Spot Magik Ala Dunia Hogwarts

by on October 01, 2025

 

Platform ½ Harry Potter Ipoh – Spot Magik Ala Dunia Hogwarts | Makan sudah,pergi tempag sejarah pun sudah. Now, kita pergi next location untuk surprisekan seseorang. Kalau ke Ipoh, selain Castle atau street food yang terkenal, ada satu lokasi menarik yang makin viral di media sosial iaitu Platform ½ Harry Potter Ipoh.

Tempat ini diilhamkan daripada Platform 9 ¾ di King’s Cross Station London, yang menjadi pintu masuk pelajar Hogwarts dalam siri Harry Potter. Bezanya, di Ipoh ia diberi nama unik iaitu Platform ½ – seakan parodi comel untuk peminat Harry Potter.

Masuk-masuk je cafe ni dah rasa dah vibe-vibe harry potter. Keliling cafe ini dipamerkan dengan barang-barang ala-ala dalam filem harry potter. 
Dekorasi Ala Hogwarts – Hiasan dinding bata merah, papan tanda “Platform ½” dan sedikit sentuhan fantasi buat suasana jadi feel London.
Kalau korang nak tahu, costume ala-ala harry potter ni boleh disewa rm10 untuk kita pakai waktu minum dan lepak dekat cafe ni. 

Semestinyalah kitaorang ambil actually yang beria ambil ni si afika. Dia nak ber OOTD dalam cafe nanti.. Kakak-kakak dia ni layan kan aje.. 
Ada misi yang tersembunyi sebenarnya pergi cafe ni. Nieyl dan afika nak celebrate birthday Syida yang jatuh pada 17 Sept yang lepas. Gigih tau nieyl sembunyikan hadiah tu dari Syida hahaha..Bawa beg watsons pergi cafe hahaha.. untuk tahun ini nieyl dan afika hadiah kan handbeg untuk syida..

Semua kena paksa pakai costume harry potter hihihi..comel betul gambar ni kan. Semoga hubungan kita berkekalan sampai bila-bila, geng travel ..
Cafe ni memang dicipta khas untuk OOTD atau gambar gaya Harry Potter. Ramai yang datang berposing lengkap dengan skarf Hogwarts atau tongkat sihir.Jadi, kalau korang singgah cafe ni jangan lupa OOTD okay. 

Destinasi Bersejarah Kellie's Castle

by on October 01, 2025

Destinasi Bersejarah Kellie's Castle | Kalau kita tanya en. google tempat yang menarik di Perak ataupun Ipoh antara yang popular adalah Kellie's Castle. Yang ini Afika yang request nak ke sini, jadi kami follow je. Kepada yang tidak tahu, Kellie’s Castle dibina pada awal abad ke-20 oleh seorang peladang Scotland bernama William Kellie Smith. Beliau mahu menghadiahkan istana indah ini kepada isterinya, Agnes, dan menjadikannya simbol cinta serta kemewahan. Malangnya, pembinaan istana ini terhenti selepas William meninggal dunia akibat penyakit radang paru-paru di Portugal pada tahun 1926. Sejak itu, Kellie’s Castle terbengkalai dan tidak pernah siap sepenuhnya.

Walaupun tidak siap, bangunan ini cukup memukau dengan gabungan seni bina Moorish, Indo-Saracenic dan Roman. Dari jauh, kita akan nampak menara tinggi serta lorong-lorong misteri yang membuatkan ramai teruja untuk menjelajah. Ada yang kata, lorong rahsia dan terowong bawah tanah di istana ini masih belum habis diterokai.

Masa pergi tu nieyl tak adalah nak masuk semua lorong, sebab masih ada rasa seram-seram juga lagi-lagi ada lorong menuju ke bilik bawah tanah yang menyimpan arah zaman tu. Nieyl masuk kawasan-kawasan yang terang sahaja. 

Antara tarikan Kellie's Castle ini adalah port gambar yang Instagrammable. rata-rata pengunjung yang datang situ memang untuk ambil gambar sahaja. Keliling castle ni sangat cantik dengan kehijauan rumput dan pokok-pokok yang sentiasa dijaga. 

Kalau korang nak singgah dekat sini pastikan korang datang pagi atau petang sebab kalau pergi tengah hari sungguh panas ya.. Masa nieyl pergi ni pun wow..terasa panas dia ye dan kalau boleh pakai kasut yang lebih sesuai sebab dalam ni banyak anak tangga yang kita kena naik dan camera atau handphone jangan lupa bawa okay boleh berOOTD. Dalam bangunan ni banyak port yang cantik untuk berOOTD.

Bagi nieyl, Kellie’s Castle ni bukan sekadar tempat sejarah, tapi juga lokasi yang buat kita rasa teruja nak tahu lebih banyak cerita di sebaliknya. Kalau korang plan trip ke Ipoh, pastikan masukkan Killie's Castle  dalam itinerari okay..
 

Nasi Bamboo Sungai Klah

by on October 01, 2025

 

Nasi Bamboo Sungai Klah | Kalau korang melalui perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke utara melalui Lebuhraya Utara-Selatan, ada satu lokasi persinggahan yang semakin popular iaitu Nasi Bamboo Sungai Klah. Terletak berhampiran Tol Sungkai, restoran ini menjadi tumpuan ramai kerana keunikan hidangan tradisi yang dibungkus dan dimasak di dalam buluh. Untuk Lunch nieyl singgah makan sini cadangan Syida. 

Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah dibina dalam konsep santai dengan meja panjang dan ruang makan yang luas. Walaupun ramai pelanggan, sistem layan diri mereka agak teratur. Suasana kampung moden dengan elemen kayu dan buluh. 

Nieyl suka konsep restoran ni sangat tersusun dan luas. Selain menyediakan makanan masakan kampung, dia juga ada sediakan tempat menjual kerepek-kerepek , kudapan -kudapan yang menarik.  Kemudian dia ada juga sudut aiskirm dan pelbagai kek yang boleh kita beli.

Ini menu lunch yang nieyl bertiga ambil. Nasi bamboo, lala masak sambal, siput sedut , ikan pekasam, udang goreng tepung, ikan talapia bakar dan bayam brazil goreng crispy. Lepas tu ada ambil air kosong dan air manis juga..Total semua nie dalam rm77.66 ( rm25.88 seorang)

Kalau korang dalam perjalanan cuti ke utara atau balik kampung melalui Sungkai, jangan lepaskan peluang untuk singgah dan merasai sendiri keistimewaan Nasi Bamboo Sungai Klah.

📍 Alamat: Nasi Bamboo Sungai Klah, Lot 14948, Jalan Sungkai Lama, 35600 Sungkai, Perak.
🚗 Hanya beberapa minit dari Tol Sungkai (PLUS Highway).

Vacation Mode On

by on October 01, 2025


Vacation Mode On | Bulan 9 adalah bulan nieyl pergi bercuti dengan afika dan syida. Kan nieyl ada share yang nieyl plan pergi Terengganu kan, tiket flight semua dah beli seminggu sebelum flight tu kitaorang bincang semula, ambil kira dengan cuaca yang tak menentu dan paling difikirkan date kitaorang nak pergi tu kira macam dah hujung-hujung nak masuk musim tengkujuh. 

Jadi, kita nak tukar plan ke negeri lain. pilih-pilih negeri Syida kitaorang nak pergi. Syida orang Perak, jadi moh ler kita ke Perak.. Kitaorang pilih bercuti di Ipoh semalam 3 Hari 2 Malam. Kami bergerak pada hari khamis dan balik pada hari sabtu. Jadi, ahad tu sempatlah nieyl hantar mak dan kakak nieyl pergi umrah. 

Next entry nieyl share tempat-tempat menarik yang nieyl pergi selama 3 hari Okay..


 

Good Morning

by on October 01, 2025


Assalamualaikum..
Selamat Pagi..
Sehari sebelum mak nieyl pergi umrah..
Bos nieyl pun pergi ke Medinah juga ada kursus dekat sana..
2 minggu dan dia sambung 2 hari untuk buat umrah sekali..

Jadi, 2 minggu ni nieyl standby jaga 2 bos je..
Happy working semua..

 

30 September, 2025

Alhamdulillah..

by on September 30, 2025


Assalamualaikum....
Selamat pagi....
Alhamdulillah, syukur..
Ahad 28hb nieyl sekeluarga menghantar mak dan kakak pergi umrah..
Ini merupakan kali pertama untuk mak nieyl dan kali ke-2 untuk kakak...
flight pukul1 tengah hari (Waktu Malaysia)
Sampai jeddah pukul5.00 petang ( waktu arab saudi ) 

Semoga Allah berikan kekuatan , kesihatan yang baik untuk mereka berdua sepanjang di sana..
Aminn..




 

24 September, 2025

Siap Dah Bag Nak Pergi Umrah

by on September 24, 2025

Siap Dah Bag Nak Pergi Umrah | Isnin malam nieyl luangkan masa untuk kemas barang-barang peribadi mak dan pakaian dia untuk ke Umrah hujung minggu ni InsyaÁllah. Kalau ikutkan mak nieyl, satu almari dia nak bawa tapi bila nieyl yang kemas, Mak kena akur ya..bawa pakaian yang perlu sahaja. Untuk beg besar tu berat yang dibenarkan hanya 30kg sahaja. 

Manakala beg hand carry yang nak bawa naik atas tu 7kg. Semua pakaian dan kasut nieyl letakkan dalam beg besar dan beg hand carry nieyl hanya letak mandian , ubat-ubat dan tisu untuk kegunaan mak. Memang nieyl kosongkan beg hand carry ni supaya kalau mak nak beli apa-apa dekat sana boleh masukkan dalam beg ni. 

Malam ni baru nieyl nak timbang beg ni, harap-harap tak melebihi 30kg la..klu lebih, kena pindah ke beg hand carry ni. Untuk sling bag ni, nieyl letakkan tasbih, gula-gula, ubat untuk mak makan dalam flight nanti, mask dan juga bantal angin untuk tidur nanti. 

Nieyl pesan dekat mak, pergi 1 beg jangan balik beg beranak pula..Macam mana nieyl susun muat dalam beg besar tu, kena pastikan balik pun muat dalam beg yang sama. Risau tak muat beg waktu balik, kang selalu begitu kan hehehe...


Cantiknya warna warni

by on September 24, 2025

Assalamualaikum..
Selamat petang..
Cantik kan bekas atas tu,warna warni..
Kalau nak tahu, itulah bekas ubat mak nieyl..
satu bekas besar tu ada 7 unit ..
Cukup untuk ubat mak seminggu..

Untuk segala ubat mak..
nieyl yang akan siapkan..
Selalunya nieyl akan siapkan untuk 6 minggu terus..

Biasanya nieyl akan ambil masa 45- 1 jam untuk siapkan..
lama kan?sebab dia ada ubat yang kena makan separuh, jadi perlu potong..
lepas tu ubat mak nieyl ada lebih 7 jenis..

Sebelum breakfast..
Selepas breakfast..
Selepas makan tengah hari..
Malam sebelum tidur..

Nieyl kena pastikan mak makan ubat dengan betul dan tepat pada masanya..
So, far Alhamdulillah..
Mak tak pernah terlupa makan ubat yang nieyl sediakan..
lebih mudah buat bekas macam ni..
Mak tak perlu nak susah-susah cari ubat...

19 September, 2025

Rezeki Mak dah sampai

by on September 19, 2025


Assalamualaikum...
Selamat petang..
Esok family nieyl buat majlis doa selamat dan tahlil..
Majlis doa selamat sempena Mak dan kakak nieyl akan berangkat ke tanah suci 
menunaikan umrah. Alhamdulillah berkat doa, akhirnya mak diizinkan Allah untuk ke sana..

Semoga Allah permudakan urusan mak di sini dan juga di sana...
sesiapa sahaja yang baca entry nieyl, mohon doakan untuk mak nieyl ya...

Terima kasih ♥

 

11 September, 2025

Dalam kereta kena marah

by on September 11, 2025



Dalam kereta kena marah | Itulah dia konon nak buat surprise sangat kan dah sepanjang jalan kena marah. Aduhai..asalnya mak nieyl nak brisk walk dekat area rumah je tapi nieyl pula suka brisk walk yang ada taman. Nieyl cakap dengan mak jom la pergi brisk walk sama-sama, naik kereta. 

Lepas dia dah naik kereta tu, dia cakap nak pergi mana ni, dia tak suka la, dia nak jalan dekat rumah je..macam-macam ya kena marah dalam kereta, tapi sis kebal..bertahan selama 10 min sebelum sampai dekat taman. Bila dah sampai, dia yang seronok ya hahaha.. dia berjalan keliling taman, main alat-alat dekat taman tu. hehehe..

Sebelum balik, kita bawa mak makan tosei kegemaran dia. Ingatkan besar tu tak habis tau, rupanya habis..Kenyang mak..Alhamdulillah, semoga Allah berikan kesihatan yang baik untuk mak..Amin..
 

Dapat Souvenir Dari Bos Baru

by on September 11, 2025

Dapat Souvenir Dari Bos Baru | Isnin baru ni official nieyl PA kepada 3 orang bos. Sebelum ini nieyl jaga 2 orang je, seorang baru masuk jabatan nieyl dan kali ini bos lelaki. Dah lama nieyl tak dapat bos lelaki last nieyl jaga bos lelaki masa nieyl dekat JPA dulu...Lepas tu jaga bos perempuan sahaja. 

Alhamdulillah..walaupun PA sharing Alhamdulillah nieyl dapat sediakan keperluan semua dengan baik. Bos baru nieyl bagi souvenir dari Harbin . Bertambah magnet nieyl..kena beli papan magnet dah ni rasanya kan.