16 January, 2017

Majlis Akad Nikah Mia Ahmad & Izham Tarmizi

by on January 16, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Majlis Akad Nikah Mia Ahmad & Izham Tarmizi | Syukur Alhamdulillah, akhirnya 2 hati kini bersatu sebagai suami dan isteri. Nieyl memang peminat Mia Ahmad since belum berhijab lagi dan Skuad Bola Sepak JDT walaupun no IC KL..hahaha..dari awal lagi masa izham mengorat Mia di twitter, peminat dah mula mendoakan kebahagian dieorang hingga jinjang pelamin..Alhamdulillah..

Pada hari Jumaat 13 Januari 2017, Mia dan Izham selamat bernikah, Mia menerima mas kahwin RM2,000 tetapi merahsiakan jumlah wang hantarannya. Ramai yang menonton saat-saat indah mereka di tonton.com.my yang menyiarkan majlis akad nikah mereka secara ekskusif untuk penonton tonton.

Semoga ikatan perkahwinan mereka akan terus berkekalan sehingga ke Jannah..Ameen...

Kredit Foto : project2pi
























  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Berikan ku masa

by on January 16, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Berikan ku masa|  Selamat pagi semua, apa khabar semua?Moga kalian semuanya baik² saja. Kalau ada yang rasa kurang sihat,cepat² pergi makan ubat ataupun supplement okay. 

Pernah dengar lagu Bandi Amuk tak?Tajuk dia Aku Mahu Pulang..Cuba hayati lirik dia.. 😉Malam tadi sebelum tidur, nieyl ada terbaca 1 caption someone yang juga kenalan nieyl tentang penghijrahan dari tidak berhijab kini beliau telah memaklumkan bahawa beliau kini telah berhijab sepenuhnya. Syukur Alhamdulillah. Satu perubahan yang sangat baik, semoga beliau terus istiqamah.Ameen..

Cuma,dalam IG beliau masih lagi ada beberapa gambar lama (sebelum berhijab) ,jadi beliau perlukan sedikit masa untuk mendelete semua gambar² tu, jadinya ada sesetengah haters nie terus kecam dia, dah berhijab tapi masih lagi tak delete gambar² lama. 

Pada pendapat nieyl, sesiapa sahaja yang ingin melakukan perubahan menjadi lebih baik perlukan masa untuk diri dia, kita sebagai orang luar terus memberi dorongan,sokongan supaya perubahan yang dibuat itu berterusan dan terus menjadi amalan. Tidak perlu persoalan kan apa yang dia buat sebelum berubah. 

Kadang- kala diri kita sendiri yang merasakan diri kita ini sudah perfect sebab dari kecil dah berhijab,sebenarnya diri kita juga perlukan perubahan untuk menjadi lebih baik dari apa yang kita ada hari ini. ♥

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

12 January, 2017

Istimewanya orang yang berdarah O ni

by on January 12, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Istimewanya orang yang berdarah O ni | Siapa darah jenis O?kita geng la. Kalau nak tahu, kebanyakkan dari golongan ini sering dikaitkan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi, daya tumpuan hebat dan proaktif. Tapi rasanya tidaklah semuanya kot ada sifat seperti itu sebab nieyl rasa nieyl ada beberapa je  sifat² tu..hihihi..lain orang lain la kot sifat² dia kan..sebab sifat² ini kadang² dipengaruhi oleh persekitaran kita juga kan..


Ada sesetengah negara memang amat mementingkan jenis darah tau,majikan lebih memilih calon pekerja yang mempunyai darah jenis O. Sebab mereka percaya bahawa pekerja yang berdarah jenis O ini lebih bertanggungjawab, teratur, rasional dan berdedikasi dalam melakukan tugasan. Kalau sifat-sifat ini ada dalam diri nieyl. So,memang kenalah kalau darah jenis O ni..

Tapi jangan ingat orang darah O ni tak ada kekurangannya, dikatakan bawahan prang yang berdarah O ni sangat teruk dalam mengendalikan masalah hidup dan biasanya akan hilang fokus dalam kehidupan seharian..wah!yeke?i tak pun..hihihi..so far,Alhamdulillah..masih under control..hihihi..

Dari segi penyakit pula, mereka sering kali menghadapi gangguan hormon dan kekurangan iodin dalam badan serta sering dilanda masalah pada kelenjar tiroid..dan mempunyai lebihan asid dalam perut.. eh..eh..macam betul je, sebab nieyl memang ada gangguan hormon dan asid lebih dalam perut tu yang gastrik..

Jadi,tidak kira darah apa pun kita nie, jaga diri dan pastikan kesihatan sentiasa diutamankan 👯

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Fattah Amin - Wanita Terakhir

by on January 12, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Menjelang hari-hari bahagia kita
Ku bayang wajah indahmu bersamaku
Di sisiku kau ukir senyuman manis mu

Kau masih belum milikku lagi

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini
Sendiri

Selamat malam Wanita Terakhir
Tak mungkin ku kan temu seindah ini
Sampai bila ku harus menanti
Untuk kau menjadi milikku

Ohhhh sayang
Sungguh sempurna
Tiada lain ku mahu

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini sendiri
Dan aku renangi lautan sepi
Menukil kembali bayang mu disini dalam pelukanku
Selamanya

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini sendiri

Terimalah cinta ku kekasihku
Ku impi bersamamu hingga ke syurga
Biar kita bahagia untuk selamanya
Abadi

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini sendiri

Selamat malam Wanita Terakhir
Tak mungkin ku kan temu seindah ini
Sampai bila harus ku menanti
Untuk kau menjadi milikku


*jatuh cinta dengar lagu nie 💕😗

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

11 January, 2017

Jangan Ambil Mudah Bila Anak Sakit Kepala

by on January 11, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Jangan Ambil Mudah Bila Anak Sakit Kepala | Sakit kepala biasanya yang kita tahu dialami oleh orang dewasa. Selalunya bila berada dalam keadaan yang tertekan dengan kerja atau masalah-masalah peribadi yang boleh menganggu emosi seseorang..

Namun, jika sakit kepala ini berlalu kepada anak-anak kita jangan sesekali kita beri mereka sebarang ubat kepada mereka. Ianya akan mengundang masalah yang lain di kemudian harinya. Ini kerana sistem imunisasi kanak-kanak tidak kuat seperti orang dewasa.

Jika kelakuan anak kita mencurigakan seperti menjadi pendiam,resah gelisah cara yang terbaik adalah bawa mereka berjumpa dengan doktor untuk mengetahui puncanya..


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Calendar 2017

by on January 11, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Calendar 2017 | Setiap awal tahun nieyl memang suka minta calendar dekat my sister yang kerja swasta tu, sebab calendar dieorang semuanya cantik² dan besar. Macam nieyl suka tulis apa² yang penting di area calendar tu supaya tak perlu kalau ada apa² yang urgent. Lagpun calendarkan sentiasa depan mata. sehari berkali-kali pandang so kalau lupa juga hmm..xtau la..

Biasanya nieyl akan ambil 5 or 6 calendar, untuk nieyl memang 1 jelah..yang lain biasanya nieyl akan bagi pada kawan² opis yang lain. Sebab dieorang pun suka juga sebab warna warni...kadang² siap ada quotes lagi. 
 


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

10 January, 2017

Jom Follow IG Haalthubeauty_nieyl

by on January 10, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Jom Follow IG Haalthubeauty_nieyl | mungkin ada yang sudah pun sedia maklum yang nieyl ada buat part time jobs.Nieyl pengedar untuk produk shaklee area Putrajaya, Dengkil, Cyberjaya but if nak pos pun boleh di seluruh malaysia.. So, kalau korang ada IG...meh la follow IG nieyl ni ya... KLIK SINI UNTUK FOLLOW.

Dan kalau kawan² blogger nak beli anything produk shaklee boleh PM nieyl Okay! TQ semua.. ♥
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Jangan Marah Bila Anak Tanya Soalan Berulang-ulang

by on January 10, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Jangan Marah Bila Anak Tanya Soalan Berulang-ulang | Pernah tak tengok iklan petronas yang burung murai tu?kan anak dia asyik tanya burung apa..burung apa..burung apa..banyak kali kan. tapi ayah dia masih jawab dengan lembut dan baik kan..Adakah kita pun ibu ayah yang begitu?


Mesti ada sesetengah ibu ayah yang cepat naik angin bila anak-anak asyik tanya soalan yang sama berulang-ulang kali tanpa jemu. Kebiasaanya kanak-kanak yang baru nak pandai bercakap. Mungkin bagi kita soalan yang di tanya oleh kanak-kanak ini hanyalah biasa-biasa tetapi sebenarnya bagi kanak-kanak ini ianya adalah perkara yang sangat penting untuk di ketahui, ini kerana perasaan ingin tahunya adalah sangat tinggi.

Kanak-kanak yang baru mula bercakap mungkin agak pelat dan mungkin mereka hendak belajar banyak perkara yang di lihat sebab itu juga mereka banyak tanya soalan. Soalan yang kerap kali di tanya secara berulang-ulang mungkin menreka ingin  mengenal pelbagai perkara yang berada disekeliling mereka.

Sifat ingin tahu yang tinggi membuatkan mereka sibuk meneroka keadaan persekitaran , bila terlihat sesuatu mereka akan bertanya apa?kenapa?mengapa? jadi,ibu ayah jangan jemu untuk menjawab nya kerana ianya untuk perkembangan anak-anak kita bersama.
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Shellout Di Rumah

by on January 10, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Shellout Di Rumah | Ayah yang bagi idea dan request nak bershellout dengan cucu²,anak² menantu sabtu malam ahad lepas. Seperti biasalah kalau bab masak memasak benda-benda begini memang mak akan suruh nieyl yang masak. Sebelum ni memang nieyl pernah buat dekat rumah MIL nieyl shellout ni, so adalah sedikit pengalaman nak memasak tu..ceeeehhhwwaaaahhh...

Nieyl memang tak pergi beli barang, sebab abang nieyl yang ditugaskan beli semua barang. Nieyl pun tak berapa pasti barang apa yang dia beli sampai lah dia balik dari pasar borong..Nieyl tengok ada kerang,siput sedut,kupang,ketam,jagung  pastu ada beli ayam.

So,nieyl ni pula jenis kalau masak ikut resepi sendiri je asalkan sedap je..hahaha..kerang tu nieyl masak sambal merah + serai, ketam tu nieyl masak sos + telur masin, kupang nieyl masak sos, ayam tu goreng je untuk budak²,pastu abang nieyl ada beli sate..makanan jadi banyak..



seronok sangat, makan ramai² ..itupun x cukup lengkap,2 family xdpt join... insyaÁllah nanti nak plan buat lagi...Semua orang kata sedap..wah!seronoknyaaa...Alhamdulillah..semua orang enjoy makan..😋

Lepas makan kami semua lepak dekat rumah nieyl borak² ipar duai,bergurau senda,cucu² main sambil tengok tv..memang seronok sangat,mengeratkan hubungan kekeluargaan..😉

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

09 January, 2017

Girl Day Out Katanya

by on January 09, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Girl Day Out Katanya | cerita ni minggu last cuti sekolah hari tu, biasalah anak-anak buah kalau dah meningkat dewasa ni ada je plan masing², nasib baiklah makcik dia ni muda lagi. Kitaorang keluar dalam pukul11.30 macam tu, sebab memang plan nak terjah empire steamboat cyberjaya tu untuk lunch.

 dalam handphone penuh gambar dieorang nie 

 suka lah masing² dapat jalan-jalan cari makan

 jangan terpedaya ya..nampak kosong je kan..dah beberapa trip dah pun..hahaha

 rugi betul bawa orang yg tak kuat makan macam anak buah nieyl sorang nie...
dia boleh makan meegi ngan seafood 1 pinggan..lepas tu dah...huhuhu..


 Ini time first trip..ambil mana yang nak makan je..jangan tamak..
dah abis nanti boleh ambil lagi...dont worry okay..

yang ini anak buah nieyl suka makan entah berapa kali dia ambik pun tak tahu..

Sesekali keluar dengan budak-budak ni bagus juga sebab suka layan kerenah dieorang yang mengada² dan mengedik ni..kalau bersembang, gelak ketawa tak ingat dunia betul...tapi seronok sebab dieorang membesar ada sepupu yang umur tak jauh beza...lepas tu duduk dekat² je dengan rumah...😃 Tak macam nieyl dlu, dekat rumah sorang²  ada adik tapi lelaki kan..biasalah bukan ada dekat rumah pun yg boleh dibawa bersembang. Bagus macam tu,mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan...😃 

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Kisah Kopi

by on January 09, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Selamat Pagi Semua!
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png