13 March, 2015

Jaga Hati Sendiri

by on March 13, 2015
Assalamualaikum....

Sejak berpindah ke Putrajaya nie belum lagi lah punch card merah..
hari ini kira dalam sejarah, sampai depan mesin punch card 7.31 hampeh betul..

Selsema menjadi-jadi pulak hari ini..suara pun dah tak semerdu sebelum nie...(ee..perasan..)
Musim sekarang nie hujan panas hujan panas...Uolss takce care yea...

Dalam hidup kita ini mesti kita pernah terdetik di hati kita..ayat nie..
"asyik kita je nak jaga hati dia,hati kita nie siapa nak jaga"
baik punya senyum keldai ni yea...

Menghappykan diri sendiri itu terapi yang paling baik kot kan...:)
seindahcerita: doakan nieyl kembali sihat secepat yang mungkin yea...





12 March, 2015

Ibu adalah segalanya..

by on March 12, 2015
Assalamualaikum...

Setiap manusia yang dilahirkan di muka bumi ini punyai ibu kan..
Nieyl terdetik nak tulis pasal ibu nie..selepas nieyl tgk drama tanah kubur tuh...
tentang anak jaga ibu yang sedang sakit..
menitis air mata ke bumi..
Ya Allah..Engkau jauhilah diri ini dari sikap dan sifat seperti ibu...


seindahcerita: ibu tiada ganti...

11 March, 2015

Selingan pagi : Semua Wangi

by on March 11, 2015
Assalamualaikum..

kalau nak kentut mesti semua nya akan sorok-sorok kan..
lelagi kalau tengah bercinta tuh..bertahan sampai habis dating...haha..

Untung jadi baby nie...semuanya wangi...

hihi..nieyl tak ada anak lagi..tak tahu la wangi ke idak kan..:P
seindahcerita: salam ceria semua ...

10 March, 2015

Jangan jadi boss yg melupakan pekerja.

by on March 10, 2015
Assalamualaikum...

Sesiapa saja kalau berpeluang...semua nak jadi bos kan...
boleh saja nak jadi bos...tapi biar lah jadi bos yang mempunyai semua ciri-ciri pemimpin sejati..

jangan jadi macam bos dalam gambar bawah nie :)

Sama-sama kita fikirkan...:)

seindahcerita: susah zaman skrg nie nak carik bos yang enuh ngan ciri2 pemimpin..

FESTIVAL KASUT ANTARABANGSA MALAYSIA (MISF) 2015

by on March 10, 2015
Assalamualaikum..

Kepada mereka yang minat kasut tu..boleh la terjah :)


Majlis pelancaran MISF 2015 akan turut dihadiri oleh pereka fesyen terkenal Zang Toi dan juga pereka kasut antarabangsa Jimmy Choo dengan menampilkan pelbagai koleksi terbaru. Bahkan, akan turut melibatkan lebih 100 jenama kasut tempatan dan antarabangsa. #myfest2015

seindahcerita: sabar..sabar... :)

Nasi Goreng MIL

by on March 10, 2015
Assalamualaikum....

Selamat pagi semua...selamat menjalankan rutin harian :)
Malam tadi turn nieyl tidur rumah MIL..
so,pagi tadi MIL bekalkan nasi goreng..
alahai..malu nya laaaa...menantu tak tolong pun..
sbb tak sempat nak mandi lagi..iron baju lagi..bersiap je dah 30mint..haha..
Apa2 pun terima kasih mak :)

seindahcerita: cuba menceriakan diri..drpd mengantok..haha

09 March, 2015

4kg kenapa..

by on March 09, 2015
Assalamualaikum..

Macam gempak je buat tajuk macam tu kan..haha..ngada2 la sangat...
Sebenarnya kebelakangan nie mood memasak dan makan memang ke laut..
Boleh kira lah berapa kali je dapur tu berasap..

So,last perut di isi pun time lunch...
tapi tak expect pun nak turun kan berat badan nie..
tapi entah macam mana, weekend aritu tergerak hati nak timbang..
peh!kurang 4 kg dengan tidak sengaja.. terkejut nenek okkk...

Alhamdulillah..

Bila suami ada di rumah petang2..ketebalan mood malas masak tuh..
terhakis la pulak..haha..buka peti sejuk tengok ada daging kisah..
ada pula ubi kentang,bawang,cili api...ape lagi...
buat resepi sendiri la nampak nya...

Tadaa...
Cucur daging...


Sedap jugak rasanya...walaupun main campak2 je pun..
asal boleh makan je..hihihi...

seindahcerita: Kalau tak suka baca...jgn follow yea..:)












06 March, 2015

Kelebihan Perempuan

by on March 06, 2015
Assalamualaikum...



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang idak akan sia-sia".

 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

 3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

 4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

 5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

 6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

 7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

 8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

 9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

 10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

 11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

 12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah S.A.W., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W, "Ibunya".

 13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

 15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

 16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

 17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi S.A.W) di dalam syurga.

 18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

 19. Daripada Aisyah R.A. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

05 March, 2015

Kata Hati

by on March 05, 2015
Assalamualaikum..

Cerah pemandangan pagi ini dengan matahari yang tegak cantik..
Indah bukan ciptaan Allah untuk setiap hambanya :)
Setuju sangat dengan kata-kata kat atas nie..
Apabila kita kejar bayang-bayang kita sendiri..
Sampai dunia berakhir pun belum tentu kita dapat capai bayang2 tuh.. :)
Pernah tak tanya pada diri kita..penah tidak kita ada hasad dengki?
senang cerita...jeles laa...cemburu... :)
Setiap manusia di muka bumi ini kan penuh dengan perancangan..
tidak kira la dalam kerjaya ke..dalam pelajaran ke..even untuk rutin harian pun..
Tapi setiap yang kita rancang itu semuanya di tentukan oleh Allah s.w.t

seindahcerita: tengah munasabah diri...

03 March, 2015

kuih buah melaka

by on March 03, 2015
Assalamualaikum...

Mengidam mengalahkan orang mengandung..tapi tak apa la janji tak susahkan orang kan..hihi..
Nasib baik la tahu sikit2 buat kuih2 nie...kalau tak,pegi tanya kat mak..confirm kena perli kaw-kaw..

Aritu buat lagi saja je la nak buat untuk kenduri arwah ayah mertua..
Alhamdulillah..abis..tapi kecian kat mak mertua sbb dapat makan 1 biji je..
adik ipar sms kata mak soh wat lagi..huhu... rupa nya MIL nieyl suka makan kuih nie..


Bahan-bahan

1. tepung pulut
2. pewarna hijau (bancur dgn air)
3. Gula melaka
4. kepala
5. garam secukup rasa

cara-cara

1. Campurkan tepung pulut dgn air..(agak2 saje)
2. Uli sampai rasa dah sabati bersama pewarna
3. Gula melaka tuh potong kecik2..
4. Ambik sedikit tepung dah siap di uli...bulatkan..masukkan gula melaka..
5. masukkan dalam air yang mendidih..
6. tunggu sampai dia timbul..boleh angkat dan tabur kelapa


seindahcerita: Minat ada..tapi mood yg xde..

02 March, 2015

27 year Old

by on March 02, 2015
Assalamulaikum...

tik tok...tik tok...naik dah 1 angka lagi tahun nie...menjadikan nyer 27...
itulah mana ada orang kata masa nie ke belakang kan..semua ke depan..

Amboi..en.google thanks la yea...arini bagi gambar kek..:)
mcm la ingat sangat besday org..padahal...tgk detail yang kita bagi gak kan..hahaha..

Syukur Alhamdulillah...di beri peluang untuk meneruskan hidup..
kini usiaku 27thn..semoga segala impian dan harapan menjadi kenyataan...
Amin...

seindahcerita: sati hari nanti..pasti menjadi milikku...:)