Karnival Terbaek Dengkil
by
Nieyla Nadia
on
May 09, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Karnival Terbaek Dengkil | 7 & 8 Mei 2016 telah berlangsungnya Karnival Terbaek Dengkil. actually nieyl tahu pun sebab anak buah nieyl ada 4 org bersekolah di sekolah lama nieyl dulu. Karvival nie lebih mudah kita kata Hari Kantin laa.. So,sesiapa sahaja boleh datang.. Berkesempatan pergi hari pertama. Sangat meriah..adalah dalam 11 tahun tinggalkan sekolah nie...
Setiap kelas buka gerai jualan bersama guru², kebanyakkannya nieyl tengok dieorang jual makanan dan minuman la, ada pentas untuk pertandingan nyanyian, ada juga slot gerai untuk orang luar berniaga, gerai persatuan ibu bapa dan ada juga beberapa pameran yang di anjurkan. Bila berjalan di area sekolah mula la teringat kenangan² lama yang masih segar dalam ingatan.. Guru² yang 11 tahun yg lalu pun ramai yang dah berpindah ke sekolah lain, so mana² yang lama saja je la yang kenal..
Pejam celik, dah 11 tahun dah meninggalkan zaman persekolahan. Kini giliran anak² buah pula meneruskan pembelajaran di sekolah lama tu.
Rindu!!

















