Sky Box at Menara KL
by
Nieyla Nadia
on
May 11, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sky Box at Menara KL | lagi beberapa minit je nak pukul 12 tengah hari. Tengah² berfikir ternampak artikel sinar harian. Tak sure la korang dah tahu belum pasal Sky Box dekat Menara KL tu. Nieyl pun baru je tahu, sebab terbaca tadi.
Dalam usaha meningkatkan jumlah pelancong luar datang melawat ke Malaysia. Menara KL telah memperkenalkan satu usaha baru mereka yang di beri nama Sky Box at Sky Desk . Pengunjung boleh berjalan dan berdiri di dalam kotak kaca pada aras ketinggian 300 meter dari aras tanah.. Ya Allah..tinggi nya mak ai..
Nieyl tengok gambar nie pun rasa nak termuntah sebab nieyl memang gayat tengok ketinggian boleh pitam walaupun gambar..sebab rasa macam diri ni tengah berdiri atas kaca tu..adoi...
Dijangka akan beroperasi secara rasminya pada 20 mei 2016 sempena dengan ulangtahun ke-20 menara KL. Tapi kotak kaca tu tidak boleh naik ramai²..hanya 6 orang sahaja dalam 1 masa. Jangan risau pihak menara KL sentiasa menitik beratkan soal keselamatan. Kalau korang pergi nanti, share la gambar kat blog ok..nak tahu pengalaman korang pula.. :)
