Showing posts with label SLOT CAT LOVERS. Show all posts
Showing posts with label SLOT CAT LOVERS. Show all posts

14 September, 2015

Terlalu manja

by on September 14, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat pagi uolls...
hari isnin yang tenang...tanpa kebizian..hihihi...
Selamat bekerja semua...:)
 Kadang² kelakar pun ada tengok si mieka nie...
Kalau nieyl duduk je nak tgk tv ke..
dia mesti datang baring dekat²....

Konon nak amek perhatian lah tuh..
8 jam mama dia pergi kerja kan...

tengoklah...manja nye mengalahkan budak kecik...
bukan main relax..suka ar tuh bila orang belai dia mcm tu...

Baru² nie pelik jugak kenapa dia asyik bergaduh je ngan si nieki tu..
rupanya smlm baru tahu...bila nieki manja² ngan papa dia...
mieka cemburu,,, amboiii...mieka..dah pandai cemburu² dah skrg nie....
tapi kalau tinggal berdua elok je main sama..
hmm...nakal betul...

-LOVE uolls-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

12 September, 2015

Kucing Hutan Norway

by on September 12, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Baka kucing ini adalah antara yang tertua didunia dan diami kawasan
yang beriklim sejuk. Memiliki bulu yang kalis air. Dikatakan sebagai
moyang kepada Maine Coon dan Manx. Kucing jantan boleh membesar
sehingga 10kg.

Kalau tak tahu macam mana rupa Maine Coon tu..
Ini dia..

Yang ini pula rupa Manx Cat..


Selamat berhujung minggu :)


-LOVE uolls-


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

18 August, 2015

Petua Buat Si Bulus Bebas Tekanan

by on August 18, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ha..siapa cakap kucing tak ada tekanan..
ada tau..nak tahu cuba tengok kucing kita tu resah gelisah
tak duduk dalam rumah?Kadang² kita tak susah nak jangka kucing tu
mengalami tekanan atau kebimbangan yang melampau atau tidak..

Lebih buruk lagi bila kucing tertekan boleh menjejaskan kesihatan
dia dan kadang² boleh jatuh sakit tau..
so, orang kata mencegah lebih baik dari merawat kan..
so,nak share beberapa petua yang boleh kita amalkan untuk
anak bulus kita kat rumah =)

1. Litter Box
Menyediakan litter box untuk si bulus merupakan perkara yang sgt penting..
bukan itu je, size bekas tu pun kena amek kira..
kalau size die besar, jgn lupa kita sediakan litter box yg kecik..
Kebersihan pun kena amek kira..sebab anak bulus yg duduk indoor nie..
jenis yang pembersih mcm mieka ngan nieki...

2. Jenis Makanan Yang berkualiti
Ada orang yang nak bela kucing,tapi bagi kucing makan makanan yg murah²..
bukan tak boleh, kita kena tengok jugak keperluan kucing tu..
Boleh rujuk ngan doktor.. Macam mieka ngan nieki banyak jenis makanan
yang dieorang tak boleh makan..contohnya pernah try bagi makanan
jenama blackwood..kita boleh tgk lepas makan tu,najis dia mcm mana..
kalau tak sesuai..biasanya dia akan cirit birit..so far, nieyl setia pakai RC,
walaupun harga dia mahal sikit dari makanan yg lain..Tapi untuk menjamin
kesihatan anak² bulus nieyl..rela kan jiwa..hihihi..

3. Sediakan Tempat Bertenggek
Kebanyakkan kucing suka duduk di tempat yang tinggi, supaya boleh
tinjau² kawasan. Kucing akan terhibur kalau kita sediakan tempat 
bertenggek dia tu dekat ngan tingkap... Macam anak² bulus nieyl,
nieyl ajar dieorang duduk atas lantai je..hihihi..
kalau boring dieorang akan sandar kat tepi dinding =)

4. Layan Kerenah Kucing
Pastikan kucing kita terangsang dan membantu mengurangkan tekanan
dieorang dengan senaman serta mainan interaktif yang mampu menarik minat
dieorang. Nieyl setiap kali pergi pet shop,nieyl akan belikan bola sebab mieka dia
suka bola yang ada loceng.. Macam nieki die dah kurang aktif sebab dah tua..
Dan cuba luangkan masa 20-30 minit bersama anak bulus kita,supaya dia rasa
dihargai..wah!jangan main² kucing pun ada perasaan tau...

5. Jangan Lupa masa berdakapan
Kucing perkara yang di nantikan adalah perhatian..
nampak je dieorang binatang macam tu je kan..
kucing walau mcm mana pun dia nak perhatian dr tuan dia..
Biasanya yang nieyl akan buat, peluk dia...dukung dia..
mieka memang cukup sukaa...sebab itu mieka nie sangat manja...

Okey lah,itu je pun nieyl nak share...
sambil share pertua...nieyl share jugak pengalaman nieyl jaga anak bulus²..
sebab itu lah kucng nie dia pada nieyl sangat istimewa...
binatang yang sangat dekat ngan manusia...
tak kisah lah kucing indoor atau outdoor pun...
Jadi,sayangilah diaaa..hargai lah diaaa...
Lelagi kalau tak kedai makan..
kalau dia mai kat kita tu..tak berdosa atau tak jatuh miskin pun kita..
kalau kita beli seekor ikan bagi dia makan...
lagi Allah gandakan rezeki kita adalah...
Jangan la sesekali kita sepak² dia bila dia datang pada kita okey...

-LOVE uolls-
 

08 August, 2015

CAT LOVERS: Penyediaan Litter Box

by on August 08, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Morning..selamat pagi sabtu semua..
bestnyer dapat cuti 2 hari ini..kalau ikutkan hati ini..
Tak nak buat apa² kerja pun..boleh?haha..
(igt kau anak raja?berangan!)
Dah² realitinya tiada istilah cuti dalam hidup kita nie..
Ada je benda kita nak buat..nak keluar rumah..
Lelagi ari cuti² nie..mood raya ada lagi..
banyak jemputan open house kan...
penuh kan tummy masing² tu...

Okey lah pagi ini nak share pasal penyediaan Litter Box..
Kalau kucing kampung atau kucing kat luar rumah..
Dieorang pandai cari pasir untuk membuang tut diaaa..

Kalau macam kucing indoor nie pun dieorang bijak asalkan..
kita kena sediakan litter box untuk dieorg...
nanti dieorg sendiri akan pergi carik..
tapi ada jugak yg jenis kena ajar..
Mcm Mieka ngan Nieki dieorg mmg sejak kecil memang pandai
cari sendiri..alir lah macam mana pun..die akan carik sampai jumpa..=)
Pastikan litter box yang akan digunakan tu bersih..
Tak nak ada sisa pasir atau najis yang lama²..
so,2 minggu sekali cuci la ye...
sebab kucing pun mcm manusia jugak,tak suka benda yang kotor² nie...
Isikan pasir dalam litter box yang dah bersih tu.
Tapi ikutlah keluasan bekas tu...kalau nak lagi mudah,
sukat dengan jari..isi pasir takat 3 or 4 inci saja..
jadinya, kita boleh jimat pasir..satu beg pasir tu boleh guna 3 or 4 kali jugak..
Benda yang paling penting sekali adalah Scooper..Untuk apa?
untuk kita buang najis² anak bulus kita.
Selepas najis tu bertukar menjadi pepejal, kais pada kawasan yang kotor tu..
buang dalam tong sampah..Kalau boleh buang hari²..
Supaya rumah kita tak berbau..kucing pun bersih selesa...
*nieyl akan buang najis anak bulus hari²..sehari 2 kali...
sebab ianya sangat menjimatkan perbelanjaan nak beli pasir kucing..
selain dari itu,rumah nieyl tak berbau langsung..
Ramai tetamu yang puji, walaupun nieyl bela 2 anak bulus..rumah still bersih dan wangi =)

Jadi,tiada alasan jaga anak bulus rumah berbau okey...
yang penting kita kena rajin..

Okey semoga tips penyediaan litter box membantu anda

-LOVE uolls-
 

07 August, 2015

Barang Penjagaan Untuk Si Bulus Sayang

by on August 07, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat Pagi Uolls..
Terima kasih masih sudi melawat..komen kat sini..
Okey hari ini nieyl nak mulakan SLOT BARU kat blog nie..
Untuk mereka yang menjaga anak bulus..=)
Nak share apa yang nieyl tahu tentang kucing..
Uolls pun boleh share sama²...

Ada 3 barang penjagaan yang asas,kita kena sediakan..
Untuk si bulus sayang kita..

Sikat Bulus ( AMY CAROL SIDED FLEA COMB)
Sebelum guna,uolls kena bersihkan dulu sikat tu.
Supaya tiada habuk terselit² kat jarum sikat tu..
Lepas guna rendam sikat dalam air sabun supaya kalau ada kutu tu yang mati tu..
dia keluar dr jarum sikat tu..
Rumput Bulus (CATIT DESIGN SENSES GRASS GARDEN KIT)
Kalau kita pergi pet shop dieorang ada jual benih rumput nie..
Biasanya untuk anak bulus yang indoor la..
Lagipun rumput ni dia mesra haiwan..
Walaupun dia duduk dalam rumah,
tapi dia still boleh rasa sifat seperti kucing yang outdoor

Pasir Bulus ( FUSSIE CAT  LITTER)
Yang ini amat lah penting dalam segala hal. Sebenarnya kalau kat pasaran,
banyak je jenama pasir untuk si bulus,tapi nieyl gunakan FUSSIE CAT LITTER.
Ada 4 pewangi,nieyl biasa ambil roses  atau lemon..
Selain dari dia murah, daya serap dia kuat,tahan lama,tahan bau..
Memang best..jimat itu penting =)

Okey ini sahaja untuk permulaan okey..
nanti kte sambung lagi =)

Happy reading

-LOVE uolls-