06 March, 2026

Menu Berbuka Puasa Day 14

by on March 06, 2026


Menu Berbuka Puasa Day 14 | Hampir-hampir kebuntuan idea nak masak berbuka ni dah korang. Nieyl kan suka share-share menu berbuka puasa dari day 1 lagi dekat Ig Story dan juga Status Whatsapp. Ada yang cakap "Untunglah sis pandai masak" "suka tengok macam-macam menu masak". Ala..dulu masa nieyl mula-mula kahwin pun nieyl bukan masak perfect sangat pun, tapi bila dah setiap hari masak dah 15 usia perkahwinan ni memasak untuk suami kalau tak pandai masak juga, masuk dalam selimut lah dik non. 

Kadang-kadang cemburu juga dengan orang tak fikir nak masak-masak ni. Beli je dekat kedai. Tapi suami nieyl cakap kalau sesekali tu ok je tapi kalau hari-hari baik dia kahwin dengan tukang masak dekat kedai tu senang hahaha.. Tapi apa-apa pun depends cara orang tu, kadang-kadang dia ok je tak masak. Lain orang, lain caranya kan. 

Oklah jom tengok apa nieyl masak untuk buka puasa day 14..
Nieyl masak ayam masak kicap bersama kentang. Kali ini nieyl masak jenis kicap kering . Selalu masak ayam kicap dengan kuah banyak kan. Kali ni kita buat kering sikit. 

Sayur seperti biasa, memang wajib ada. Ini yang nieyl masak ni pak choy 2 pokok je. Itupun kan korang tak habis..sebab itulah nieyl weekend kalau pergi beli lauk basah jarang dah nak beli sayur-sayur ni. Kalau beli pun, beli sayur yang tahan lama. Kalau yang daun-daun ni memang cepat rosak. 
Yang ni lawak sikit, nieyl nak masak udang salted egg. Teringin sangat nak makan kan, tapi biasalah bila first time tu memang ada je terlebih kan. Nak tahu apa yang terlebih?serbuk salted egg tu hahaha..jadinya kome masin sikit ..next time salted egg 2 sudu sahaja ya nieyl oi..

Ok ini sahaja menu berbuka puasa nieyl day 14.

Dugaan Petang Ramadan

by on March 06, 2026

Dugaan Petang Ramadan | Actually benda ni jadi rabu, yela pagi kan sampai-sampai mata memang tak pandang screen monitor tu pun, dia capture no plat dan jalan. Bila petang baru nak keluar bangunan tu, tiba-tiba screen tu scan no plat WXC..dan nieyl tak boleh nak keluar. Dah bagitahu dah budak yang jaga tu, no plat nieyl WYC bukan WXC.. dia pun ambil gambar no plat dan buka palang tu. So, ingatkan dah settel lah..

Semalam pagi, nieyl masuk lalu palang.. eh..dia scan lagi WXC. Nieyl berhenti tepi panggil staff yang jaga tu kebetulan tak ada kereta belakang nieyl tu. Nieyl cakap kenapa masih dia capture WXC. Dia pun pergi ke depan kereta nieyl tengok no plat.. dia cakap oh kak ni ha sebab ada sticker dekat huruf Y. Nieyl pun oh yeke, dia tolong buangkan sticker tu dan dia cakap nanti dia maklumkan pada supervisor dia. Dan nieyl tanya saya kena keluar balik tak, dia cakap tak payah.

Petang semalam nieyl nak keluar, palang tak nak buka dan dia tetap scan WXC.. aku lah argghhh.. Dah la balik pukul4, dia buat hal lagi. Nieyl kejar masa tak nak jem . Macam-macam pula dia tanya nieyl (staff petang) . Stress dah sebenarnya. dia dah ambil gambar , video semua dan dia buka palang. So, nieyl keluar. 

Dalam perjalanan tu, hati tengah panas kan, hahaha..nieyl pun whatsapp pegawai khidmatan pengurusan ( peg tu close dengan nieyl ) selalu tolong selesai kan masalah nieyl hehehe. Nieyl tunjukkan bukti screen parking semua, dan dia minta EO dia semak betul tak no plat nieyl tu yang dieorang hantar ke Syarikat. Semak-semak betul ke tak ada masalah. Pegawai cakap tak apa mungkin ada kotoran ke apa dekat no plat tu. Nieyl kata Ok tak apa , esok nieyl lap kasi kilat hahaha..

Alhamdulillah, pagi ni elok je dia scan dengan betul . adoi lah..Itu jela cerita petang semalam hehehe..Kalau tidak sehari RM18 tau, 2 hari dah berapa kan..hkalau boleh claim tak apa lah juga, ini apa pun tak boleh claim..jadi, sabar bulan ramadan..

Menu Berbuka Puasa Day 13

by on March 06, 2026

Menu Berbuka Puasa Day 13 | Sepanjang 12 hari berbuka puasa ni, rasanya belum ada menu sotong lagi kan, jadi hari ke-13 nieyl beli sotong untuk masak lauk berbuka puasa. Mak beli ketam nieyl sorang je yang makan, nak beli udang nieyl juga sorang yang makan. Sotong je yang semua orang makan.

Ok, nieyl masak sambal sotong tapi air sotong ni keluar banyak pula jadi sotong nieyl berkuah banyak pula. Kalau masak sotong, tak yah letak air tau..air sotong tu je dah banyak. Raisya buka rumah nieyl hari ke -13 tu, dia cakap sotong ni lagi sedap kalau letak petai hahaha.. Bulan puasa, tak yah nak petai-petau sangat ..

Sup petola campur ubi kentang, suuh dan pucuk. Ha..ini kalau ada sambal ke ikan masih ke memang ngam.

Last sekali sebab raisya buka puasa dekat rumah nieyl, nieyl masakan dia ayam goreng tepung , cendawan dan udang. Dia asyik cakap sedap nya ayam ni, dia sorang je makan 3 ketul hihihi..Ok itu sahaja menu nieyl..jumpa next menu ok.







 

Salam Jumaat

by on March 06, 2026


Assalamualaikum..
Selamat pagi..
Salam jumaat..

Pagi ni bahagian nieyl ada sesi bergambar untuk raya..
Kena buat video raya 2 minit..
lepas tu ada majlis rewang bubur lambuk juga..

Petang nieyl nak teman bos-bos nieyl pergi ambill gambar raya lagi..
yang petang untuk pengurusan..
penuh masa nieyl hari ini...
Nanti free-free nieyl BW ya...

Terima kasih kepada yang selalu tinggalkan komen..






 

05 March, 2026

Menu Berbuka Puasa Day 12

by on March 05, 2026

 

Menu Berbuka Puasa Day 12 | Masih mengorek resepi nak masak untuk berbuka puasa. Kita sama je sis, bukan hari-hari ada idea nak masak. Tak nak taip panjang-panjang jom tengok apa nieyl masak untuk berbuka puasa day 12. 

Minggu ni nieyl ada beli 3 keping ikan jenahak harga dalam RM16 macam tu. Nieyl masak kari campur dengan bendir. Kalau nak tahu, nieyl masakan yang pakai santan ni tak berapa nak mahir sangat , tapi kari nieyl masak ni, mak nieyl puji paling sedap hahaha...Alhamdulillah, bukan senang ye nak dapat pujian mak tu..mahal rasanya..

Lepas tu nieyl tumis kangkung 1 ikat sahaja. Itu pun makan tak habis. Sebab itulah kalau berbuka tu nieyl masak sikit-sikit je sebab 3 orang makan pun tak habis. 

Ha..yang ini paling nieyl nak makan, terung ikan bilis masak berlado atau cili api. Ha..kalau makan dengan nasi panas je pun dah ok dah. Sedap dah tu kan. Ok itu sahaja lah menunya, nanti tengok menu day 13 pula..

Karpet Raya Settel Dah

by on March 05, 2026


Tahun ni mak nieyl request tukar karpet..
oleh itu kita beli dekat tiktok je awak..
sebab tahun lepas pun beli dekat tiktok je..
Murah dan kalau nak tukar tahun depan pun tak ralat sangat..
harga masih boleh mampu milik lagi..
Cuma tahun ni nieyl ambil kaler biru haha..
daripada mak nak kaler merah...huhuu..
Nieyl beli dekat Abang karpet lelong , 
kalau korang nak survey bolehlah..
nieyl share SINI..

Menu Berbuka Puasa Day 11

by on March 05, 2026

 


Maaf..
Hari tu nieyl gantung kuali sehari..
sebab husband nieyl bawa nieyl buka diluar sempena birthday nieyl..

 Nieyl berbuka di Restaurant Al Omara Hadramout dekat kota warisan
Nieyl share set ramadan dia mana tahu korang nak pergi.
Kalau makan dengan family lagi best..




Bila Lagu Raya Mula Berkumandang

by on March 05, 2026


Bila Lagu Raya Mula Berkumandang | Pagi ini terasa sedikit berbeza. Dalam perjalanan macam  biasa, radio memang menjadi peneman nieyl dalam perjalanan pergi kerja. Tiba-tiba berkumandang sebuah lagu raya yang cukup familiar. Saat itu juga, hati terasa lain macam. Entah kenapa, bila lagu raya mula dimainkan di radio, terasa seperti satu isyarat bahawa bulan yang ditunggu-tunggu semakin hampir. 

Lagu-lagu lama yang sudah berkali-kali didengar setiap tahun tetap juga terasa istimewa. Ada rasa nostalgia, ada rasa tenang, dan ada juga sedikit rasa teruja. Mendengar lagu raya di awal pagi membuatkan suasana hari terasa lebih ceria. Terbayang persiapan raya yang bakal tiba — rumah yang akan dihias, kuih raya yang akan dibakar, dan tentunya momen berkumpul bersama keluarga. 

Kadang-kadang bukan kerana lagunya yang luar biasa, tetapi kerana kenangan.  Lagu raya seolah-olah membawa kita kembali kepada memori-memori raya yang lepas. Pagi ini, radio bukan sekadar memainkan lagu. Ia membawa bersama rasa rindu pada suasana raya yang bakal menjelang. Dan tiba-tiba sahaja hati terdetik… Raya dah makin dekat rupanya. Tahun ini tahun yang meriah untuk nieyl.. Walapun tak ada anak , tapi anak-anak buah yang kecil sampai lah yang paling besar sangat sayang nieyl. Bersyukur sangat..


Kuih Raya Pertama 2026

by on March 05, 2026

Kuih Raya Pertama 2026 | Mak nieyl dah banyak bila nak start buat kuih raya ni..Memang tahun ni nieyl plan nak start buat awal kuih dan biskut raya. Kalau korang nak tahu, nieyl dari tak kahwin sampai dah kahwin ni memang tak pernah beli kuih raya dan biskut raya. Bukan kedekut ke apa, sebab nieyl suka buat sendiri dan dalam kuantiti yang banyak. Rumah nieyl ni sedara mara datang sangat ramai jadi biskut raya, kuih raya dekat rumah nieyl memang menjadi tumpuan dia sebab dieorang tahu nieyl buat sendiri. 

So, kali ini nieyl mulakan buat kuih raya yang paling disukai oleh tetamu nieyl dan sangat mudah iaitu cornflakes madu. Kalau nieyl buat kuih raya yang paling excited nak tolong tu si raisya..

Raisya job skop dia buka papercup dan tabur manik, setiap hari tanya malam ni buat lagi tak kuih raya.
Untuk 1 kotak cornflakes tu boleh dapat lebih kurang 100++ pcs. Nieyl kena buat atleast 4 bekas atau 5 bekas untuk setiap jenis.. banyakkan , rasanya dah macam nak niaga pulak..hehehe..tapi seronok.. So, kalau korang nak resepi nieyl share dekat bawah ni okay..
Guna 4 bahan sahaja, boleh dapat 1 jenis kuih yang sangat sedap..Selamat mencuba semua.
 

04 March, 2026

Menu Berbuka Puasa Day 10

by on March 04, 2026

 

Menu Berbuka Puasa Day 10 | Bila bulan ramadan ni ada je tekak kita ni nak makan apa-apa kan. Yang nieyl ni teringin nak makan lauk kenduri kahwin. Sebelum ramadan aritu dah attend 2 weeding makan nasi minyak. Ini nak makan lagi tapi macam biasa nieyl selagi boleh buat sendiri, nieyl akan cuba masak dekat rumah. Nieyl masak nasi minyak guna basmathi , gambar terlupa nak ambil tapi tipsnya kalau nak masak beras basmathi jangan lupa rendam dulu ok, baru lah bila masak tu nasi kita tu cantik panjang-panjang. Ingat tau..

Nieyl pergi MBG semata-mata nak cari daging untuk buat daging masak kicap, selalu orang masak rendangkan tapi nieyl tukar sikit , ikut tekak masing-masing. 

Pajeri nanas kalau attend kenduri ini menu yang wajib nieyl akan ambil. Walaupun nieyl tak makan nanasyang mentah (buah) . Tapi kalau dah masak, memang nieyl suka. 

Acar timun , nanas mentah ini fav mak nieyl, dia suka makan nanas makan macam ni, jadi nieyl memang buat untuk mak je. Suka mak makan berselera dia.Alhamdulillah
Last minit nak buat cucur udang. Nasib baik jadi cucur nya masalahnya udang nieyl dia tak duduk tengah, bila dah masuk dalam kuali dia ke tepi hahaha..tapi tak apa lah..rupa tak menjamin kesedapan pun kan hahaha...

Ok korang, nanti nieyl share lagi menu berbuka puasa nieyl okay...semoga bermanfaat kepada mereka yang tengah mencari idea tu nak masak apa..

Selamat pagi

by on March 04, 2026


Assalamualaikum 
Selamat pagi..
Salam ramadan..

Hari ini kawan-kawan dah bertanya..
"dah tukar duit raya ke?"

Alhamdulillah..
nieyl dah tukar duit raya dah..
guna khidmat runner (family) hihihi.

kawan-kawan cakap sekarang ni susah nak tukar duit..
bank-bank macam limited sangat..
sekejap je dah habis..

Dan ikut tempat , kalau belah-belah nieyl ni macam tak ada dengar lagi 
bank-bank dah boleh tukar duit..

korang punya tempat dah open ke?

 

03 March, 2026

Berubah Kerana Allah s.w.t

by on March 03, 2026

 


Baru-baru ni nieyl ada tertengok satu video ni..
Konten dia 

"Bulan puasa ni kalau ada orang yang baru tunjuk muka di masjid,
tiba-tiba tutup aurat, biarlah dia..Sebab itu tujuan datangnya ramadan..
Ramadan ni datang bukan nak tunjuk kepada kita siapa yang paling alim, paling warak,
tapi nak didik hati kita perlahan-lahan ke arah kebaikan.
Kalau baru mula, biarlah mula.
jangan dipatahkan semangat dengan pandangan sinis
atau kata-kata yang buat orang rasa tak layak.
kerana ramadan itu bukan musim menghukum tapi musim menyambut, didik dan
ajar jiwa supaya kenal Tuhan dengan tenang..
Siapa tahu langkah kecil mereka buat ini, jadi sebab hidayahnya kekal hingga hujung usia mereka, 
InsyaÁllah kita doakan"

Sangat deep walaupun hanya perbualan antara seorang wanita muda dengan makcik yang dah berusia..
Jadi, dengan cara apa sekali pun kita tidak boleh menilai seseorang itu dengan pandangan yang sinis..
daripada kita pandang sinis lebih baik kita berubah menjadi lebih baik..





Dapat Surprise Birthday

by on March 03, 2026

 

Dapat Surprise Birthday | Semalam petang rasanya lagi 30 min nak kemas untuk balik, ada orang call , dia kata Grab nak hantar barang. Dalam hati rasanya tak ada beli apa-apa pun tapi nieyl turun je dekat lobi tu sebab kesian orang grab tunggu. Sekali tu ada satu bouquet buah bereben, ha,,sudah siapa pula yang kasi ni ..Nieyl tak buka pun kad tu sampai dekat bilik baru nieyl buka. 

Rupa-rupanya budak dua orang tu si Afika dengan si Syida. baru teringat pukul10 lebih tu syida whatsapp tanya nieyl cuti ke?bos nieyl ada tak..Masa tu memang tak terfikir pun sebab dia tanya bos nieyl dah balik ke belum dari umrah. Ha..sampai situ je..lepas tu kita buat kerja masing-masing... Pandi betul budak dua ni.. Afika still dekat batu pahat sana kerja..

Selfie semalam nieyl dah nak balik, syida baru habis meeting dan afika baru balik dari klinik sebab batuk-batuk. Lama tak lepak-lepak denganm dieorang. Nieyl cakap umur nieyl 38 tahun, syida kata tak nampak macam 38 tahun langsung, minta tips pula budak ni..hahaha..
Thanks Ai sebab buatkan gambar yang sungguh cantik dan sangat bermakna walaupun realitinya afika jauhh sana tu. Bilalah nak pergi travel lagi ni..

Selain itu, lepas solat zohor tengok atas meja ada paperbag berisi puding caramel dari kak kin.. Sweet betullah kak kin ni..♥
Ada lagi sweet ni , tahu-tahu dapat notification birthday gift dari Zus..Thank you biras a.k.a bff nieyl lagi gift..Nanti kita redeem ya..
Lepas solat maghrib, tengok telefon ada lagi terima notification Zus, kali ni dari adik PA ofis.. Thank you balqis..nantilah lepas raya nanti kita g makan-makan insyaÁllah..Inilah nasib birthday jatuh bulan puasa kan ..semua kena tunda dulu...

Bukan hadiah yang dibilangkan, tapi doa-doa yang baik dari orang keliling yang menjadi harapan. Semoga Allah sentiasa membalas apa sahaja kebaikan kita pada orang lain juga. Terima kasih semua yang wish birhtday nieyl semalam..Semoga apa sahaja yang korang doakan untuk nieyl, nieyl kembalikan doa yang sama untuk kalian semua...Aminnn....

02 March, 2026

Menu Berbuka Puasa Day 9

by on March 02, 2026



Menu Berbuka Puasa Day 9 | Moh kita sambung entry menu berbuka puasa, kalau lambat-lambat buat entry nanti dia lari track. Bila dah semingg berpuasa mulalah fikir nak masak seringkas-ringkasnya bila berbuka. Nasib baik mak nieyl dia ok je kalau nieyl tak masak masakan berlauk. Jom tengok nieyl masak apa hari jumaat hari tu.

Nieyl masak nasi goreng kampung sahaja. Sebab petang jumaat tu nieyl pergi beli bahan kuih raya yang tak cukup lagi tu. Balik rumah pun dah pukul6 petang, jadi nieyl masak apa yang sempat je.
Asalnya nieyl cari drummet jenama ayamas, sebab nieyl rasa itu je yang sedap di tekak nieyl tapi dekat pasaraya tak ada jadi, try lah brand ramly. Tengoklah hasilnya, dengan tepung tak melekat lepas tu nampak kulit ayam lagi. For nieyl ayamas lebih ok . Nantilah nak pergi cari dekat Alamanda pula minggu ni. harap ada lah, nak beli banyak sikit untuk stok raya sekali . 

Happy Birthday To Me

by on March 02, 2026

Syukur Ya Allah

Alhamdulillah, bertambah lagi usia, bertambah lagi peluang untuk jadi versi diri yang lebih baik. Terima kasih ya Allah untuk setiap nikmat, ujian, tawa dan air mata yang mematangkan jiwa.

Semoga diri ini terus kuat, tenang, dan bahagia.
Semoga impian yang disimpan satu per satu menjadi nyata.
Dan semoga hati ini sentiasa cukup — dengan syukur, dengan cinta, dengan reda.

Selamat ulang tahun untuk diri sendiri. You’ve done well, and you’re still growing 🌷💛

Good Morning..

by on March 02, 2026

Assalamualaikum...
Selamat pagi isnin..
Ramadan ke 12..
Dah menghampiri separuh perjalanan kita..

usully, sampai pejabat puku7..
nieyl akan nap sekejap..
tapi hari ni nampaknya mata tak berapa nak mengantuk..
ketika ini lah, kejap-kejap lagi tak tahu lah kan hehehe..

Hari ni tak banyak yang nak nieyl buat..
sebab bos nieyl masih bercuti , rabu nanti baru dia masuk kerja..
jadi moh ler kita menikmati masa-masa yang tak sibuk ni dengan baik hahaha..

Ok korang,happy working semua...

 

27 February, 2026

Menu Berbuka Puasa Day 8

by on February 27, 2026

 

Menu Berbuka Puasa Day 8 | Hampir terlupa nieyl nak update menu berbuka day 8 hari ini hehehe. Bila dah seminggu berterusan masak menu nasi berlauk , semalam nieyl pilih untuk masak menu yang lebih simple. Dalam pukul11 pagi kakak nieyl whatsapp bagitahu yang mak nak makan mee bandung. Dia nak nieyl masak , tak nak yang beli. 
Nieyl ok sahaja masak apa yang mak request asalkan dia berselera nak makan. Balik kerja singgah kedai aceh beli 3 barang yang tak ada dekat rumah. Beli udang, mee dengan sawi. Tadaa, jadilah mee bandung versi nieyl sumpah simple je cara nieyl. Nieyl buat lebih bagi pada kakak ipar nieyl semangkuk. 

Dan nieyl makan puding karamel yang bos nieyl bagi semalam tu, cantik nya puding dia kan. Sedap dan tak cepat muak. Ada simpan sikit lagi tu, buka hari ini nak makan lagi... Ok itu je menu berbuka nieyl semalam..Jumpa next entry...selamat berbuka puasa..

Resepi Ayam Masak Bawang Paling Mudah

by on February 27, 2026

 

Resepi Ayam Masak Bawang Paling Mudah | First sekali thank you Ai sebab buatkan gambar nieyl yang comel sangat ni. Cuma satu je tak lengkap tahi lalat manis nieyl tu tak ada hihihi..Jadi, nieyl akan guna gambar ini untuk pembukaan entry untuk resepi yang nieyl share. Satu lagi kan korang, nieyl ni bukanlah pandai sangat masak-masak ni selalunya nieyl suka ambil resepi lain juga cuma nieyl suka ikut cara dan citarasa nieyl sendiri. Ambil based resepi sahaja lepas tu olah lah ikut selera korang. 


Disebabkan PH dan Kak SA dah seru minta nieyl share resepi dan step-step yang lebih mudah. Baiklah nieyl cubanya..



Bahan-Bahan Yang Diperlukan

·       ½ Ekor Ayam
2 Biji Bawang Besar Hiris Dan Digoreng
 3 Rempah Sekawan
 Sehelai Daun Pandan (Optional)
2 Biji Bawang Besar + 5 Ulas Bawang Putih + ½ Inci Halia ( Dikisar)
3 Sudu Besar Serbuk Kari
2 Sudu Serbuk Cili
1 Sudu Besar Serbuk Jintan Manis
 Sedikit Air
1 Sudu Besar Sos Tiram
2 Sudu Besar Sos Cili
2 Sudu Besar Sos Tomato
Sedikit Garam
Sedikit Aji
Sedikit Serbuk Pati Ayam


 Cara Memasaknya

  1. Goreng bawang yang dihiris sehingga keperangan , angkat dan toskan
  2. Kemudian, Goreng ayam dengan minyak sederhana panas hingga masak dan sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak, masukkan rempah 3 sekawan, daun pandan dan bahan yang dikisar sehingga masak.
  4. Kemudian, masukkan serbuk kari, serbuk cili,serbuk jintan manis dan sedikit air, tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan air. Kacau rata.
  6. Perasakan dengan garam, serbuk Aji dan serbuka pati ayam
  7. Masukkan ayam goreng tadi, gaul sebati dengan kuah
  8. Masak 2-3 minit sehinggah kuah pekat sedikit dan taburkan bawang goreng..SIAP


Sekarangkan zaman AI kan, jadi nieyl pun nak share resepi versi AI juga hihihi..selamat Mencuba semoga resepi nieyl ni lebih mudah untuk mereka yang nak memasak. ♥