24 September, 2025

Siap Dah Bag Nak Pergi Umrah

Siap Dah Bag Nak Pergi Umrah | Isnin malam nieyl luangkan masa untuk kemas barang-barang peribadi mak dan pakaian dia untuk ke Umrah hujung minggu ni InsyaÁllah. Kalau ikutkan mak nieyl, satu almari dia nak bawa tapi bila nieyl yang kemas, Mak kena akur ya..bawa pakaian yang perlu sahaja. Untuk beg besar tu berat yang dibenarkan hanya 30kg sahaja. 

Manakala beg hand carry yang nak bawa naik atas tu 7kg. Semua pakaian dan kasut nieyl letakkan dalam beg besar dan beg hand carry nieyl hanya letak mandian , ubat-ubat dan tisu untuk kegunaan mak. Memang nieyl kosongkan beg hand carry ni supaya kalau mak nak beli apa-apa dekat sana boleh masukkan dalam beg ni. 

Malam ni baru nieyl nak timbang beg ni, harap-harap tak melebihi 30kg la..klu lebih, kena pindah ke beg hand carry ni. Untuk sling bag ni, nieyl letakkan tasbih, gula-gula, ubat untuk mak makan dalam flight nanti, mask dan juga bantal angin untuk tidur nanti. 

Nieyl pesan dekat mak, pergi 1 beg jangan balik beg beranak pula..Macam mana nieyl susun muat dalam beg besar tu, kena pastikan balik pun muat dalam beg yang sama. Risau tak muat beg waktu balik, kang selalu begitu kan hehehe...


10 comments:

  1. Wah..Mak Nieyl nak buat ibadah Umrah ye...alhamdulillah..semoga dipermudahkan buat mak...

    ReplyDelete
  2. selamat menunaikan ibadah umrah buat mak Nieyl dan di kurniakan umrah yang mabrur, aamiin

    ReplyDelete
  3. Cantik beg Andalusia. Tetap warna biru macam dulu tapi design lebih menarik.
    Selamat menubaikan umrah emak. Selamat pergi dan selamat kembali membawa umrah yang mabrur.

    ReplyDelete
  4. Biasalah mak, kalau boleh semua nak bawa hehe...
    Semoga dipermudahkan ye

    ReplyDelete
  5. mak linda masa pergi haji ritu, begnya kosong..hahaha...bukan lah kosong takde barang, tapi, bila kita angkat nak berdirikan beg tu, terasa macam baju2 dalam tu semua bergerak turun...
    semoga dipermudah segala urusan mak Nieyl, sihat tubuh badan untuk mengerjakan umrah..aamin

    ReplyDelete
  6. Moga dipermudah kan semua urusan Mak dan mendapat Umrah yang maqbul.

    ReplyDelete
  7. Sukaaaa lah warna luggage nya kak. Biru cerah 😍😍😍. Warna kuning buat makin ceria.

    Semoga Mak baik2 saja di tanah suci, bisa beribadah dengan khusyuk

    ReplyDelete
  8. siapa agaknya mutawwif Andalusia mak. Ustaz anak2 ammi mengaji masa di KL dulu salah sorang mutawif andalusia. ustaz ramlang namanya

    ReplyDelete
  9. beranak bag tu normal...kirim unta Nieyl..mcm pakcik yg viral tu.. he he

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)