19 May, 2025

Majlis Makan Malam

Majlis Makan Malam  | Jumaat lepas nieyl ada bagitahu kan nieyl ada dinner bertemakan Princess in Enchanted Garden. Kalau dah namanya garden sinonim dengan bunga-bunga. Majlis makan malam bermula jam 8 malam sampai 10.00 malam. Dihadiri seramai 98 orang pada malam tu. Masuk je dewan, wow!40% memang pakai baju mengikut tema ya ada bunga-bunga di baju dan kepala. Selebihnya berpakaian selamat dan simple macam nie hahaha.

Disebabkan nak nampak kurus mulus, nieyl memilih baju berwarna hitam dan tas tangan pun warna hitam juga dan nieyl ada pakai bunga di atas kepala cuma tak nampak pula kalau dari depan sebab pakai terbelakang sikit hehehe..Almaklumlah make up semua sendiri ya sis..

Gambar kenangan Pengarah Bahagian nieyl yang bakal bersara pada hujung bulan ini. 

Bergambar dengan PA² bahagian nieyl dan juga pegawai bahagian nieyl..

Bersama wanie dan Lyn geng makan-makan nieyl yang turut hadir ,geram je tengok baju lyn tu..
cantikkan..

Yang ini sempat bergambar dengan kakak² bahagian lama nieyl yang join dinner..

Sambil-sambil staf lain tengah menjamu selera dalam dewan, nieyl dengan wanie ditugaskan untuk sediakan cenderahati untuk Datuk KP dan Pengerusi Puspanita.  Actually gambar-gambar yang nieyl kena tampal dalam frame tu adalah gambar fresh dari Oven ya. Lepas photographer ambil gambar, terus pergi cuci di kedai mengikut size yang kita nak.. Dan nieyl kena masukkan dalam frame, tampal susun elok-elok bagi cantik.. Cantik kan? 
 

9 comments:

  1. cantik...sempat weyh g cuci kt kedai mlm2 tu...

    ReplyDelete
  2. cantik baju Nieyl...wah semua glamour2 ni..spt yg dijangka kan.. seronok!!!

    ReplyDelete
  3. Hadiah pun ikut tema juga ya bunga2

    ReplyDelete
  4. Cantik baju Nieyl. Cantik berbunga2 semuanya. Meriahnya, tumpang seronok dapat tengok majlis dinner ni.

    ReplyDelete
  5. wahh meriah, semua cantik2! dress Nieyl lawa, nampak vibes2 crazy rich asian gitu hehehe

    ReplyDelete
  6. Bagusnya semua sporting, berpakaian ikut tema.. mesti seronok event gini kan

    ReplyDelete
  7. Seronoknya...masa ni la best melaram...cantik baju Nieyl..

    ReplyDelete
  8. Waah baguuus temanya, bunga2... Jadi tak susah pilih kostum sebenarnya baju kak nieyls pun baguuus. Simple tapi elegan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)