15 May, 2025

Kari Sardin Sedap

Kari Sardin Sedap | Sejak beli barang kering guna SARA ni, setiap bulan memang ada stok sardin tin dekat rumah untuk backup hari-hari malas nieyl. Cuma minggu lepas nieyl teringin nak masak kari sardin untuk makan lunch. Sebelum ni nieyl tak pernah masak kari sardin ni, rupanya masak kari sardin ni sama je dengan kita masak kari ikan tu cuma ada setengah orang kuah sardin tu dia buang dan ada juga orang yang campur. Macam nieyl nak dapatkan rasa dan bau sardin tu nieyl campurkan semua sekali dalam kari, baru lah betul rasa sardin. 

Nieyl share resepi ya kalau ada orang nak buat juga nanti, ini cicah dengan lempeng ke roti pratha ke cucur bilis ke cucur tepung ke sedapppp, cicah roti kosong pun sedap.


Bahan-bahan
  • Bawang merah ( boleh hiris atau blend)
  • Bawang putih  (boleh hiris atau blend)
  • Halia (boleh hiris atau blend)
  • Daun Kari
  • Cili kisar ( 2 sudu)
  • Halba campur
  • Serbuk rempah kari ikan
  • Asam jawa
  • Ubi Kentang ( potong 4 atau lebih)
  • Cili Api
  • Santan
  • Air
  • Garam secukup rasa
Cara Memasak
  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari, halba campur, cili kisar sampai naik bau.
  2. Bancuh serbuk rempah kari dengan air, dan masukkan tumis bersama bawang tadi sampai pecah minyak
  3. Masukkan air mengikut berapa banyak kuah yang korang nak,nieyl letak dalam 5 cawan ke 6 cawan air
  4. Masukkan ubi kentang dahulu untuk bagi empuk sedikit sebelum masukkan santan, kacau jangan sampai dia bertelur tau
  5. Kemudian masukkan sardin bersama kuah sardin ke dalam kuah kari.
  6. Mesrakan dengan asam jawa, gula dan garam secukup rasa dan last sekali masukkan cili api 
  7. Kalau kacau tu, jangan kasar sangat tau kalau tidak nanti sardin tu hancur.
  8. Kalau rasa pekat, korang boleh tambah air sikit okay..masak sehingga mendidih dan boleh tutup api dan boleh hidangkan.

Selamat Mencuba...
 

6 comments:

  1. Tak pernah lgi try kari sardin mcm ni.. blh try blik keje nanti.. huhu.. thanks sharing..

    ReplyDelete
  2. Sy suka ni..Lg suka bila kentang tu x dibuang kulitnya..Kena basuh bersih2..Lps tu mkn skali dgn ikan masin..mmg sedap =D

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi cuba sardin masak kari nie...bebila nanti nak try lah

    ReplyDelete
  4. Ada telur dadar ni memang gabungan mantap. Boleh menambah nasi.

    ReplyDelete
  5. sedapnya..lama x makan kari sardin ni..tq share resepi nya

    ReplyDelete
  6. Sedap..akak pun suka...nak tau x..suami akak kata x logik ada kari sardin and masak lemak cili api sardin...dia x rasa lagi kan...nanti akak buat..kita tgok macam mana pergi dia

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)