Raya Pertama 2025 | Jom kita share cerita raya. Alhamdulillah tahun ni adalah tahun yang paling lancar persiapan raya nieyl dan sekeluarga. Dari segi baju raya seawal bulan Februari nieyl dah hantar kain pasang dekat tailor yang selalu buat baju-baju nieyl. Untuk husband pun nieyl pergi beli awal juga tahun ni minggu pertama puasa kita dah pergi beli. Kalau tidak minggu ke-3 puasa baru nak pergi cari, kadang-kadang color pun susah nak cari. Tapi tahun ni, husband request nak pakai baju bulan bintang, nieyl layankan je sebab bukan duit nieyl hahahaha. Kotlah ada yang tanya kain pasang nieyl tu beli dekat mana, nieyl beli dekat TikTok je korang..ramai cakap cantikkk...
Tahun ni husband cakap dengan mak nieyl, jomlah pakai baju raya color hijau. Mak nieyl pula dia dah beli baju color lain. Kebetulan, abg sulung nieyl bagi mak nieyl kain pasang color hijau, hahaha terus nieyl pergi hantar ke tailor untuk jahit baju raya.hehehe..dan ayah pun abg nieyl belikan jubah warna hijau juga..
Tahun ni ramai yang pakai tema warna hijau family nieyl. Termasuklah baby Rayhana, kita culik dia untuk bergambar. Sedondon kami bertiga, nasib baiklah mood dia ok bergambar time tu kalau tidak adoi..mengamuk sebab mungkin panas kot. Cuaca raya pertama boleh tahan bahang panas dia , rumah nieyl pula bila ramai orang memang terasa panasnya. Itu husband cakap tak boleh jadi, tahun depan dah kena pasang aircond dah ni. ( nantilah fikir ) hahahaha
Tahun ini special sikit, sebab sepupu mak nieyl yang bangsa cina datang pagi raya pertama. Actually memang setiap tahun dia akan datang pun cuma tahun ni dia sampai rumah sebelum sesi salaman. Jadi, dia nak tengok rutin salaman kami setiap tahun. Seperti biasa rumah nieyl akan jadi rumah untuk kita berkumpul adik beradik setiap kali ada majlis. Tahun 2025 ni adik beradik nieyl yang beraya bersama ada 7 orang, sorang lagi komando tu cuti dibekukan jadi dia sekeluarga beraya di Melaka je. Dan 3 family anak buah nieyl yang dah kahwin tu pun tak ada sebab tahun ini belah mertua masing-masing. Tahun 2026 akan menjadi lebih meriah insyaÁllah...
Selepas sesi bersalaman, kitaorang bergerak untuk pergi beraya rumah jiran-jiran, rumah nenek nieyl dan pakcik, makcik belah mak dan juga ayah. Total semua dalam senarai nieyl ada 15 rumah, cuma tahun ni kita pergi 12 buah rumah je, yang lain tu tak ada orang di rumah. Jangan tanya macam mana kami boleh habiskan sehari beraya 12 buah rumah ya hehehe...Penat tapi seronokkk...
Raya Pertama korang macam mana?
waahhh meriahhhhh fmily besar! seronok habiskan raya 12 rmh dlm 1 hari! sama mcm Kak Ipar Ana kat tganu pun raya 1 kampung semua sadara mara je berbelas rumah hehehe
ReplyDeleteFull house rumahnya...seronok bila berkumpul ramai2.. Banyak rumah tu p beraya.. Memang sampai ke malam lah.
ReplyDeleteAlhamdulillah meriah!
ReplyDeleteAkk pun tema hijau tahun ni :)
Hari raya pertama saya, macam biasa ke rumah ibu angkat suami, laku ke rumah sepupu saya. Biasanya ada open house di rumah uncle , abangnya mama, tp tahun ini dia mudik pula. Agak sepi THN ini.
ReplyDeletesedondon semua warna hijau.. alhamdulillah meriah
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri .. mohon maaf zahir dan batin :D