11 April, 2025

PelaminDIY dan hantaran simple

Pelamin DIY dan hantaran simple | Untuk majlis bertunang ni sebolehnya memang nak sesimple yang boleh. Untuk pelamin pun bagi syarat untuk sesi sarung cincin jadi kiteorang buat yang simple je asalkan nampak proper sikit kan.guna apa yang ada dekat rumah je. Cantik tak?

2 hari sebelum majlis, goodies untuk tetamu semua dah ready di isikan dalam beg tinggal nak kasi saja pada tetamu.

Hantaran yang riben warna biru tu dari pihak lelaki untuk pihak perempuan, dan yang warna hijau tu dari pihak perempuan untuk pihak lelaki. 5 berbalas 7 dulang. 

Cup Cake 

Sirih Junjung

Jam tangan

Jelly

Coklat

Buah-buahan

Dan satu lagi cake tapi tak ada pula gambarnya dalam folder hehehe. Bekas hantaran ni adik ipar sewa je tinggal letak barang je. Tak adala mahal sangat pun sewa dia. Untuk pertunangan biasanya kita akan bagi makanan atau manisan je yang banyak, barangan lain-lain tu masa nikah nanti. 

Gambar family next entry ya...


 

8 comments:

  1. tahniah.. semoga dipermudahkan urusan keluarga untuk majlis nikah nanti

    ReplyDelete
  2. Dulu linda dok bersimpuh je atas lantai..hihihi

    ReplyDelete
  3. Yg simple..buat sendiri tu lah meriah bagai dibuatnya.. semoga semuanya berjalan lancar.. amin..

    ReplyDelete
  4. Nice pelamin & hantaran...
    Srkg ni mudah byk benda tunang/kawin ni boleh disewa saja kan

    ReplyDelete
  5. haah betul utk mjlis tunang sarung cincin sllunya buat simple..

    ReplyDelete
  6. Cukup dah tu, sweet dan simple kan.

    ReplyDelete
  7. Tahniah buat anak buah Nieyl...bila agaknya majlis besar mereka tu

    ReplyDelete
  8. Kalo tangan kreatif memang beda lah hasilnya 😍👍👍👍. Semoga dimudahkan urusan kak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)