Welcome back nieyl | Allahuakbar..sejujurnya nieyl sendiri pun tak sangka begitu lama nieyl tak jenguk, tak update blog ni. Semuanya bermula selepas nieyl berpindah ke jabatan baru dan perlukan fokus kerja 100% almaklumlah masa tu dahlah pindah jabatan baru, lepas tu PKP pula tu kan, huru hara sekejap la nieyl, and than sibuk pula dengan biz shaklee nieyl tu dan lagi blog memang tak boleh nak access dekat pejabat baru ni. Jadi, redha jelah bila tak update lama hampir-hampir setahun.. hahaha...
Rasa rugi sangat bila setahun tak update blog yela, tujuan blog ni pun untuk simpan sebagai kenangan, sharing dengan mereka yang sudi singgah membaca blog ni walaupun kadang-kadang blog sendu ni kan. Tapi tak apalah, matlamat pertama buat blog ni dulu pun sebab nak simpan untuk kenangan diri sendiri je, kalau ada orang komen dan baca tu bonus jela kan...
Dan hari ni barulah nieyl boleh update sedikit perkembangan nieyl yang dah setahun tak bersiaran dalam blog ni. Alhamdulillah sekarang ni nieyl happy dengan kehidupan nieyl bersama keluarga tersayang dan kerja pun best di jabatan baru. Semalam nieyl baru selesai exam psikometrik untuk jawatan PPT N29, korang doakan semoga nieyl berjaya untuk ke next step tau...Insya'Allah kalau ada rezeki,kalau tak ada rezeki, tak apaaa...nieyl akan cuba lagi dan lagi...
Oklah korang, nanti ada free time nieyl update lagi okay...
take care semua...
take care semua...
welcome back! semoga lulus exam dan berjaya ke next step.. =)
ReplyDeleteYeah!! Welcome back Nieyl..
ReplyDelete