25 January, 2021

Butter Chicken Mudah dan Sedap

Butter Chicken Mudah dan Sedap | Untuk permulaan semangat dan hari yang baru, hari ini nieyl nak share dengan semua, cara mudah nieyl masak chicken butter yang korang pun boleh cuba nanti okay. Oh ya, resepi ini pun kalau korang tak nak guna ayam, boleh guna haiwan laut juga, udang ke sotong ke ketam ke okay. Untuk kali ini nieyl buat untuk pengemar ayam seperti nieyl. Dah jom kita tengok bahan-bahan apa yang diperlukan untuk masak chicken butter ini. 

Bahan (untuk perap ayam)

  • Isi ayam di potong kecil
  • Tepung gandum (2-3 sudu besar)
  • Tepung beras (1 sudu besar)
  • Serbuk kari ayam (1 sudu kecil)
  • Serbuk lada sulah (agak2)
  • Serbuk lada hitam (agak2)
  • Garam (1 sudu kecil)
  • Air sedikit
  • Telur (1 biji)
Cara-cara bancuhan
  1. Masukkan semua bahan kecuali isi ayam
  2. Gaul sebati dan masukkan ayam dan perap seketika sebelum goreng

Bahan-bahan (untuk kuah)
  • Bawang besar (potong dadu) -anggaran 1 biji
  • Bawang putih (cincang halus) - 3 ulas
  • Cili api merah/hijau (hiris)- ikut kepedasan yang korang nak
  • Daun kari 
  • Butter (anggaran 150gm) ataupun 4 sudu besar
  • Susu cair
  • Serbuk pati ayam (1 sudu kecil ) -option
  • Garam secukup rasa
Cara-cara memasak
  1. Isi ayam digoreng terlebih dahulu dan toskan
  2. Kuali yang sama, tanpa minyak
  3. Masukkan butter sehingga cair
  4. Tumis bawang merah , cili api , daun kari dan last sekali baru masukkan bawang putih
  5. Kacau sehingga naik bau, masukkan susu cair 1 tin dan kacau sebati
  6. Masukkan serbuk pati ayam dan garam secukup rasa
  7. Masak sehingga mendidih dan tutupkan api
  8. Masukkan isi ayam yang telah digoreng tadi, gaul-gaul sebati dan boleh angkat untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!

**Tips 
kenapa bawang putih dimasukkan last sekali sebab bawang putih cepat masak dan hangus, nieyl tak nak kuah butter rasa pahit.

3 comments:

  1. tengok gambar pun dah terasa2 sedapnya

    ReplyDelete
  2. Tengok resipi awak nie terasa lapar la plak..😂😂

    ReplyDelete
  3. my sis in law suka masak ni, tapi sbb i tak suka susu, so tak kena dgn tekak huhuh

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)