16 January, 2019

Majlis Birthday Ayah Yang Ke -70

Majlis untuk meraikan hari ulangtahun kelahiran ayah nieyl telah diadakan pada 30 Dis yang lepas dengan meriahnya. Alhamdulillah kali ini dapat berkumpul dengan semua ahli keluarga besar nieyl, tak sangka sehari lama bilangan ahli keluarga bertambah dari 9 adik beradik kini ahli bertambah seramai 54 org..Kalau buat family day mesti meriahkan, perancangan ke arah tu memang ada cuma masih lagi dalam perangkaan bajet. Doakan moga dipermudahkan..


Majlis dibuat di kedai makan abg nieyl, sabtu dan ahad kedai memang tutup jadi, urusan majlis semua berlangsung dekat sana,senang sebab peralatan semua dah sedia ada. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh anak buah nieyl bagi memohon keberkatan majlis pagi tu.


Selepas bacaan doa selamat, sesi mendengar ucapan khas dari ayah nieyl dalam 15min. Agak panjang ucapan dia, banyak amanat yang disampaikan untuk anak-anak, menantu, cucu cicit. Yang duduk depan tu abg sulung nieyl, mak nieyl dan mak no.2 nieyl, mak no.3 nieyl tak dapat hadir.



Nampak tak suasana kemeriahan majlis, lepas ucapan perut semua dah lapar kita mula makan. Sambil makan-makan tu boleh sembang-sembang sesama adik beradik , ipar duai..time ni la nak berkongsi macam-macam cerita bersama. 


Kemuncak majlis sesi memotong kek. Sebahagian anak-anak buah nieyl bersama-sama atok dia nyanyi lagu birthday dan potong kek ramai -ramai. 


Cantik tak kek birthday ayah nieyl yang ke-70?Nieyl tempah khas dengan kawan nieyl, deco tu nieyl pilih sebab sangat dekat dengan jiwa ayah nieyl. Dia seorang yang sangat rajin berkebun, menanam dan bertukang. Kira semua tu simbolik dengan ayah nieyl la..


Semua makanan untuk majlis ini semuanya sumbangan setiap adik beradik. Kitaorang buat potluck , di mana setiap 1 rumah kena bawa 1 jenis makanan. Seperti biasa nieyl jadi KETUA yang akan mengerakkan majlis, sebab nieyl adik perempuan paling muda..hehehe...boleh dikatakan semua majlis keluarga la nieyl yang akan jadi leader hahaha..Adik beradik lain dieorang follow je..








Antara menu yang ada pada majlis tu :-
  • Nasi goreng kampung
  • Bihun Goreng
  • Spaghetti olio
  • Mee Kari
  • Ayam masak merah
  • Buah tembikai
  • Sandwich
  • Kuih muih (3 jenis)
  • Nugget
  • Air panas
  • Air sejuk
Banyakkan makanan walaupn seorang bawa 1 jenis.Alhamdulillah, nieyl memang berterima kasih dekat semua kakak-kakak, abang-abang nieyl yang sangat sporting dan sangat memberi kerjasama tanpa banyak songeh. 


Selepas majlis selesai, yang mana anak buah yang perempuan akan uruskan bahagian makanan, kemas apa yang patut, kerusi meja di susun di tempat asal. Mana kala anak-anak buah yang dah meningkat remaja ni di bahagian basuh pinggan mangkuk. Bila buat kerja sama-sama penat tu akan jadi seronok tak adalah penat sorang-sorang kan. 


Oklah itu je nieyl nak share story majlis birthday ayah nieyl yang ke-70.. Alhamdulillah, ayah diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usianya melihat anak,menantu,cucu dan cicit dia membesar. Doakan semoga Ayah nieyl ya..





8 comments:

  1. Alhamdulillah majlis berjalan lancar.. Mengeratkan hubungan kekeluargaan.. Bagus bila buat program macam ini bersama keluarga..
    Happy birthday buat ayah Nieyl.. Kek tu memang ohsemlah..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..berkumpul sama2 merai.Syukur.Moga ayah Nieyl terus sihat,gembira dan dipermudah setiap urusan,

    ReplyDelete
  3. meriah keluarga nieyl :) selamat hari lahir buat ayah nieyl. semoga sihat selalu, dipanjangkan usia dan berbahagia disamping keluarga :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, semoga ukhwah Nieyl sekeluarga sentiasa berpanjangan. Aaaamin.

    ReplyDelete
  5. Happy Birthday Pakcik! Semoga panjang umur dan dimurahkan reeki.

    ReplyDelete
  6. Happy Birthday pakcik!

    https://adindabaizuramazlan.blogspot.com/2019/01/segmen-drop-your-link.html

    ReplyDelete
  7. wow terbaik majlis keraian ni.
    venue pun ohsem. mudah. selesa.
    moga ayah Nieyl akan terus sihat :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)