09 October, 2026

Makluman Penting: Penutupan Sekolah Selangor Mulai Jumaat 9 Oktober 2026

by on October 09, 2026

 

Sekolah Tutup Lagi?
Ya, Kali Ni Sebab Jerebu!
Ha, kalau korang baru bangun pagi ni tengok langit kelabu je,
 korang tak salah tengok.Memang betul,
 semua sekolah di Selangor tutup mulai hari ni, Jumaat 9 Oktober 2026.
 Bacaan IPU dah lebih 180.
 Kategori Sangat Tidak Sihat dah. Patut la semalam dekat luar bau asap kuat betul.

Buat mak-mak ayah-ayah,
ni masa terbaik suruh anak duduk rumah je.
Kalau boleh tak payah keluar main.
Kalau terpaksa keluar, jangan lupa pakaikan mask.

Jaga kesihatan diri dan keluarga kita di musim jerebu ini ok..
take care semua...



Salam Jumaat

by on October 09, 2026


Assalamualaikum
Salam jumaat semua...

Semoga hari ini segala urusan kita dipermudahkan..
diberikan kesihatan yang baik musim-musim jerebu makin teruk ni..
please korang, jaga kesihatan diri dan keluarga okay...

 

08 October, 2026

Orang lain pergi Oustation, PA dapat ole-ole

by on October 08, 2026

Untung ke idak jadi PA..
Alhamdulillah di kelilingi orang yang baik-baik..
Tak pernah lupa PA di ofis ni..
Ini keropok dari Sabah..
Dri Kak Amy pegawai khas KP..

Yang ini pulak dari Kak jaja, 
dia pergi holiday dgn family dekat thai..
kak jaja salah seorang pegawai yang tak pernah miss bagi ole-ole..
Alhamdulillah...

Pencarian Bloglist 2026 by Shuhaida Saad

by on October 08, 2026

 


Join Click Banner

Syarat-Syarat Penyertaan:
  1. Follow blog ini.
  2. Buat entri bertajuk Pencarian Bloglist 2026 by Shuhaida Saad.
  3. Letak poster dan backlink ke blog ini dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.

 Hadiah & Pemilihan Pemenang: Tempoh Segmen: Berakhir pada 14 Oktober 2026.

Jom ramai-ramai support ..

Sukalah tu BTS

by on October 08, 2026

Pagi tadi sempat BW blog kak Ezna 
dia cerita pasal kad debit maybank yang baru tu..
nieyl ingatkan kawan nieyl sorang ni je yang tukar...
rupanya kak ezna pun tukar juga..

Yang member nieyl ni memang fanatik BTS yea..
Bukan main happy bila kad debit yang dinantikan tu sampai..
tapi HITAM je pon hahaha...

Korang yang ada kad maybank pun tukar juga ke?

Salam Khamis

by on October 08, 2026


Assalamualaikum...
Salam khamis..

Pagi ni sampai pejabat, 
nampak depan bilik nieyl ada 2 meja bulat dah siap berlapik..
ada shooting rancangan tumit tinggi RTM khas untuk KP nieyl hari ini..
bos nieyl pun terlibat juga, bos nieyl salah seorang yang akan di temu bual hari ini..

Pandangan dari luar bilik nieyl..

kalau korang nak tahu, depan bilik nieyl ni kawasan kosong yang lapang..
kalau nak buat perhimpunan ke event ke memang buat dekat kawasan ni..
bila ada event meriah hidup nieyl tapi kalau tak, kesunyian hidup nieyl ni hahaha...


 

07 October, 2026

Tips Rebus Kerang Cantik

by on October 07, 2026


Korang, sebelum tu nak bagitahu..
harga mini kek nieyl berli tu hanya RM13 tapi rasa dia macam kek mahal..

Kalau sebelum ini kan, 
kalau nieyl rebus kerang mesti isi melekat dekat kulit dalam tu dan tak cantik..
kalau kita nak masak sambal ke, rendang ke ataupun makan kosong..

Jadi nieyl jumpa tips ni dekat Tiktok..
selama ini kita rebuskan guna air,
rupanya kalau nak kekalkan cantik dan tak kering..
rebus tanpa air dan sekejap sahaja, klu nampak 1 dah terbuka tu..
dah masak lah tu..
hasil dia memang terbaik..

tengoklah kerang nieyl tu..
makan pun masih ada rasa manis kerang dan tak kering..
masa rebus tu letak lah garam, serai tau dan make sure korang tutup rapat periuk tu
baru dia akan masak sekata..

korang rebus kerang macam mana?




 

Beli kek Mini Birthday Mak

by on October 07, 2026

 


Assalamualaikum..
selamat pagi..

Isnin 5 Okt adalah hari ulangtahun kelahiran Mak nieyl yang ke 74..
Alhamdulillah, Allah berikan mak kesihatan yang baik..


Hari isnin ada jualan dekat lobi ofis nieyl..
jalan-jalan tengok ada jual cake mini birthday..
nieyl terus beli , at least hari tu ada cake..


nieyl dan adik beradik plan nak celebrate birthday mak pada 24 Okt nanti..
sekali nak berkumpul buat BBQ kebetulan 26 Okt selangorkan cuti hehehe..

Cuba korang teka..
berapa harga mini Cake ni?
korang cuba komen bawah...
jawapan nanti nieyl share next entry...

06 October, 2026