Vaseline Petroleum Jelly Kini Menjadi Teman Sejati


Vaseline Petroleum Jelly Kini Menjadi Teman Sejati | Sekarang ni bibir nieyl kerap kering sampaikan mengelupas. Ada yang kata mungkin sebab kurang minum air kosong, tapi rasanya tak mungkin la sebabnya nieyl memang minum air kosong banyak sangat. Disebabkan tak nak keadaan menjadi lebih serius. Nieyl google cara untuk mengatasi masalah bibir kering ni..

So,jawapan yang rata-rata bagi cadangan guna vaseling selalu. Jadi, nieyl beli vaseline di Watsons dengan harga RM4.13 . Vaseline ni dia macam jelly sangat lembut,ringan dan tidak meleket. Kalau nak sapu dekat bibir tu tak perlu nak banyak,sedikit sahaja apply dekat bibir tapi buat dengan kerap.InsyaÁllah masalah bibir kering macam nieyl akan berjaya di atas dengan terbaik.


Selain dari mengalami bibir yang kering, nieyl juga ada masalah tepi-tepi kuku yang kering, bila kering dia akan mengelupas dan luka. Lagi bila nieyl bekerja 8 jam dalam bilik aircond kulit semua jadi kering walaupun minum air yang banyak. Apa yang nieyl buat sekarang ini, nieyl akan apply vaseline di bahagian-bahagian kulit yang bermasalah. 

Vaseline kini menjadi teman sejati nieyl, kemana sahaja nieyl akan bawa dalam handbeg,sebab size dia yang kecil dan ringan tu memudahkan. Siapa yang ada masalah seperti nieyl terutama mereka yang bekerja di pejabat aircond,boleh amalkan juga..


4 comments:

  1. Echa pun ada benda ni. Tp selalunya mls betul nak guna huhu. Tak disiplin.

    ReplyDelete
  2. jom join give away kita

    https://makbapakkauhijau.blogspot.my/2017/08/give-away-by-makbapakkauhijau.html

    ReplyDelete
  3. akak pun dulu pakai vaseline nie..pastu dh curang pakai cetaphil punye cream..hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...