Petua Hilangkan Kesan Tahi Lalat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Petua Hilangkan Kesan Tahi Lalat | Kalau baju yang lama yang jarang² kita nak guna biasanya kita akan simpan dalam almari dalam jangka masa yang lama kan,kadang² tu kita tak sedar pun dah makan tahun. Kalau simpan dalam keadaan yang baik,InsyaÁllah..ini kalau jenis yang lembab² main campak je dalam almari itulah masalahnya.. Mesti banyak tahi lalat.

Sebenarnya kan korang, kalau kita ada pakaian-pakaian yang masih cantik tapi sayang ada kesan tahi lalat yang bintik² hitam tu,jangan la korang buat dalam tong sampah. Sebabnya kesan tahi lalat tu boleh di hilangkan dengan petua yang nieyl nak share ni..

  1. Campurlah sedikit cuka ke dalam setengah liter air
  2. Rendam pakaian yang ada kesan tahi lalat tu dalam bekas yang kita dah campur cuka ngan air.
  3. Rendam tu semalaman ya..bukan sejam atau 2 jam
  4. Keesokan hari,cuci pakaian tadi dengan sabun seperti biasa.
  5. Siapkan air panas yang dicampur dengan perahan limau nipis
  6. Bilas pakaian tadi dengan air perahan limau tadi
  7. Biarkan beberapa saat dalam air panas tu
  8. kemudian cuci semula pakaian tadi dengan sabun
  9. Bilas dengan air bersih.
  10. Jika tahi lalat masih ada lagi,korang boleh ulang langkah no.5 sehingga no.9.
  11. Dan jangan lupa jemur sehingga kering.

Selamat Mencuba!

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

2 comments:

  1. informasi berguna ni. ala tapi sayang je sebab danee dah buat baju2 lama danee :( takpe kali ni dah tau petua dah ^^

    ReplyDelete
  2. Wkmsalam.
    Oooh. ingatkan taik lalat kt muka.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...