Pagi yang sihat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat pagi =)

1. Minum lemon suam 
 Perah sedikit lemon ke dalam air suam dan masukkan dua hiris lemon. Ia membantu penghadaman dan metabolisma anda.

 2. Sarapan berkhasiat 
 Nasi lemak atau roti canai merupakan sarapan ruji masyarakat Malaysia tetapi apa salahnya sekali sekala anda tukar selera. Makanlah buah-buahan atau roti bersama avokado dan telur rebus, tubuh badan anda pasti akan lebih bertenaga.

 3. Teh Hijau 
 Teh hijau kaya dengan antioksidan dan ia juga mampu membuang toksin dalam badan. Minum secawan teh hijau pada waktu rehat pagi anda dan pastikan anda minum juga beberapa cawan lagi sepanjang hari.

 4. 'Infuse water' 
 Rendamkan setengah timun dan setengah lemon yang dihiris ke dalam air. Minum sepanjang hari dan isi lagi dengan air sejuk jika sudah habis. Pastikan anda gunakan botol yang boleh digunakan semula ya~

 5. Snek sejuk beku 
 Sejuk bekukan buah-buahan seperti ceri atau strawberi untuk snek yang sihat dan enak!

 6. Rancang jadual kerja 
 Pastikan anda memulakan pagi anda dengan merancang jadual kerja anda. Tidak kira anda bekerja atau suri rumah, perancangan yang baik boleh memberi anda kawalan dan mengurangkan stress kemudian.

 7. Lakukan aktiviti positif 
 Tidak kira anda lakukan apa pun, pastikan ianya positif dan memberi anda 'sense of peace'. Membaca Al-Quran biasanya sangat membantu, ataupun mendengar motivasi pagi di radio atau internet. Bersenam atau menari juga boleh membantu anda 'de-stress' diri.


-LOVE nieyl-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

10 comments:

  1. Nak menari dah tak terlaratlah Nieyl hihi..
    Dulu kakak rajin minum teh hijau tapi sejak setahun ni kakak suka lemon dan madu - masam manis dgn aroma lemon tu buat kakak suka.

    ReplyDelete
  2. teh ijau tu kadang2 je tekak terima kalo xdak gula..
    kadang tu nak jugak ada sikit gula..

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing this! ;) positifkan diri..bagus kan.

    ReplyDelete
  4. nice tips nieyl...teh hijau mmg akak suke nieyl...akak mmg beli sekotak buat minum pagi2..... tapi kene boh gula sikit la hahahaahaha

    ReplyDelete
  5. selalu bukak blog nieyl ni baca jer, tak sempat nak tinggalkan komen. hehe.. sorry nieyl

    ReplyDelete
  6. Sekarang ni suka minum air suam + lemon + madu.. ;)

    ReplyDelete
  7. Awalan salam pembuka kalam
    salam dihulur bersama teman

    Salam :) rimba,benua dan dunia dan Salam :) kembali ke sekolah
    #Ingat #SJT-#Singgah #Jengah dan #Terjah http://selatmerah.wordpress.com
    #raikanselatmerah
    #riuhkanselatmerah
    #gempitakanselatmerah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...