21 March, 2017

Adam dah besar

by on March 21, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Adam dah besar | Seronok rasanya bila ada anak yang membesar depan mata kita kan. Nieyl belum ada peluang itu lagi tapi tetap bersyukur sebab dikelilingi dengan anak-anak buah yang dah di anggap macam anak sendiri. Adam ini anak adik ipar nieyl, dari dia lahir sehingga kini dah setahun lebih umur dia, nieyl berpeluang melihat dia membesar.

Hari Ahad yang lepas, berkesempatan jaga ellsa sampai petang lepas tu bawa adam balik rumah sementara tunggu mummy dia balik kerja pukul9 mlm. Ya Allah rasa seronok sangat tau, sebab rumah tak pernah ada budak kan, rasa riuh la main dengan dia,pujuk dia makan. Walaupun sekejap tapi itulah nikmatnya...sekarang lagi rasa nak ada anak sendiri cepat...kena buat cepat ni..hahaha... InsyaÁllah... mudah-mudahan..doakan yaaa...Ameennn...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Harga Barang Basah Mahal

by on March 21, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Harga Barang Basah Mahal | Sekarang ini pergi lah mana-mana pun pasar pun cuba perhatikan harga-harga barang basah, sangat berbeza harga kalau dulu kita bawa RM50 pergi pasar...InsyaÁllah akan dapat ayam,ikan,sayur,udang,sotong dan lain-lain.. Tapi sekarang ini RM50 dapat ayam sekor , ikan 1 jenis, sayur itupun dah RM40 dah..

Tapi nak buat macam mana, manusia perlu makan minum untuk teruskan kehidupan, sekat macam mana sekalipun hakikatnya kita kena juga beli. Lagi pada mereka yang ada anak-anak yang sedang membesar. Bertabahlah wahai hati manusia...

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

20 March, 2017

Basuh atau tidak telur ayam tu?

by on March 20, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Basuh atau tidak telur ayam tu? | Kalau korang?korang basuh atau tidak telur ayam yang korang beli dekat kedai tu? Sejujurnya nieyl memang selalu beli telur dan buat stok di rumah setiap kali hari gaji, so..nieyl memang selalunya tidak basuh atau cuci, sebab selalunya terus susun dalam peti sejuk dan bila nak masak baru nieyl cuci tapi berbeza pula dengan kakak nieyl, dia akan cuci atau basuh dulu telur ayam tu sebelum simpan dalam peti sejuk.

Apa bezanya??

Sebenarnya terpulang pada individu tu nak basuh atau cuci dulu pun boleh, dan nak simpan terus dalam peti sejuk tanpa basuh pun tiada masalah. Tiada apa yang salah pun. Kadang-kadang ada yang jenis pentingkan kebersihan,memang akan cuci atau basuh dlu..


Syarat-syarat telur ayam
  1. Jangan cuci telur ayam,jika tidak memasak. Ini kerana ketika telur dibasuh,lapisan yang melindungi udara dan bakteria akan turut hilang.
  2. Telur yang tidak dibasuh boleh kekal segar selama 2 minggu tanpa simpan dalam peti sejuk.
  3. Telur kekal segar selama 3 bulan dan lebih di dalam peti sejuk jika tidak dibasuh
  4. Kalau nak basuh juga telur sebab ada kotoran,guna air suam dan perlu di masak dalam masa terdekat
  5. Telur ayam yang dibasuh,dan disimpan dalam peti sejuk akan bertahan selama 2 bulan namun rasanya kurang segar berbanding telur yang tidak di basuh dalam tempoh yang sama.


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Rezeki Hari Jumaat

by on March 20, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Rezeki Hari Jumaat | Korang jangan la jemu kalau tengok gambar selfie nieyl dengan cermin ajaib ni ya..walaupun latar belakang tu tidak berapa nak lawo..hihihi..sebab rasanya sudut itu yang dirasakan sesuai sebab cermin ajaib tu ada situ sahaja. Nieyl suka pula pakai baju jenis belang ni, nampak selesa dan nampak slim sikit kan..berbanding dengan baju bercorak kosong. Dan yang keduanya jarang nieyl nak pakai pergi kerja lebih daripada 2 color.So,hari ini nieyl pakai 3 color..ok x?



Alhamdulillah, rezeki pagi jumaat ni kakak office bawa kan nasi kerabu yang dia buat tau, dia tak beli..sebelum ini setiap kali dia bawa nasi kerabu, nieyl mesti bawa bekal..semalam dia dah warning awal² jangan bawa bekal, sebab dia bawa kan nasi kerabu..waaahh..nak bagitahu nie, nasi kerabu dia memang sedap sangat, memang boleh buat niaga laa..nieyl siap tanya resepi lagi..sebab manalah tahu nanti kalau ada kelapangan nak buat juga sebab nieyl memang belum pernah lagi buat nasi kerabu ni..


Nieyl dah lama sebenarnya tak makan berat time sarapan pagi, so hari ini kira dah langgar pantang dah nie sebab balut nasi kerabu, selalu nya tengah hari baru makan nasi..tapi tak apa lah rezeki orang dah bawa kan tu kita kena lah hargai betul tak..Alhamdulillah lepas makan nasi kerabu, cepat-cepat nieyl pergi makan lecithin 3 biji..untuk pembakaran lemak yang tidak diperlukan oleh badan kita. Oh ya.. best tau amalkan lecithin nie, badan akan rasa ringan dan InsyaÁllah kalau konsistem akan nampak perbezaannya...:)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

18 March, 2017

Lazada Birthday Blogger Contest

by on March 18, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Happy Birthday Lazada ke-5 | Sama pula bulan birthday lazada nie dengan nieyl. Teruja pula rasanya nak join manalah tahu kot-kot nanti boleh menang dapat hadiah sempena birthday yang ke-29 tahun ni..hehehehe..Macam mana join?ala...mudah je korang boleh klik SINI untuk join ok! Walaupun selalu dah join contest, masih belum ada rezeki nak menang,tapi tak apa..mana tahu rezeki nieyl ke ataupun korang ke kan..hadiah dia pun best-best tau...Jom join sebelum tu kena jawab beberapa soalan yang wajib dijawab..

1.What do you love about Lazada Malaysia?

Kalau tanya nieyl apa yang nieyl paling suka shopping dengan Lazada ni banyak sebabnya antaranya adalah harga barangan yang ditawarkan adalah lebih murah dari harga barangan yang kita beli di luar dan selalu buat sale yang GEMPAK! Dan yang keduanya adalah service penghantaran yang cekap,pantas dan selamat depan pintu. Dan yang paling bagus sekali adalah sebelum nieyl beli barang, Lazada akan paparkan jangkaan tarikh barang sampai. Jadi,sebelum beli tu kita boleh bajet hari apa barang kita akan sampai.

Di Lazada ni semua keperluan dan kehendak manusia ada dijual la, part yang paling nieyl suka adalah shopping perkakas dapur dan kelengkapan rumah. Kalau sebelum ini nak beli perkakas dapur 1 kena start enjin kereta, redah jem, keluarkan duit tol lagi, tapi dengan lazada semua itu tidak perlu lagi hanya klik-klik, pilih dan tunggu barang sampai depan pintu. Jimat masa dan tenaga kita dan tidak perlu lagi nak pujuk en.husband teman pergi shopping sebab segalanya boleh di lakukan di mana sahaja.

Kalau tanya sesiapa pun lah, jawapan pasti sama dengan nieyl. Lazada menawarkan cara pembayaran yang sangat fleksibel.Korang boleh guna debit ataupun cash on delivery. Cuma tidak semua barang yang boleh kita bayar secara COD..tapi korang jangan risau,setiap barang yang kita nak beli tu Lazada telah menerangkan semuanya dengan jelas. 


2. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products)

Disebabkan semakin hari semakin barang baju dalam wardrobe dekat rumah tu sampai nak termuntah, so benda pertama yang bermain di fikiran adalah wardbrode alangkah bagusnya kalau dapat wardrobe baru. Jadi, wardrobe adalah pilihan yang tersangat penting dalam hidup nieyl sekarang ini.


1. Corner Wardrobe Solano


2. Samsung Galaxy J7 Prime Pink 

Item kedua yang nieyl nak sangat adalah handphone baru, sebab sekarang ini nieyl memang memerlukan handphone baru ini kerana handphone lama nieyl dah uzur, asyik heng je..rasa sangat stress, lagipun nieyl suka ambil gambar makanan, selfie dan ia memerlukan handphone yang baru dan pantas untuk memudahkan segala urusan harian nieyl berjalan dengan lancar dan baik.


3. Evonne Red 2 Seater Classic Sofa

Rumah nieyl sememangnya tiada sofa, sebab husband tak suka habuk so,nieyl pula jenis yang suka sofa kalau nak beli memang dia tak kan bagi, tapi kalau orang bagi free dia tak boleh nak cakap apa lah kan.Kena terima sahaja la, tapi nieyl memang berkenan dengan sofa nie, dengan warnanya yang classic dan cantik lain dari yang lain.


3.How do you think Lazada Malaysia can improve?

Seharian memikirkan apa yang boleh membantu Lazada untuk tingkatkan service, yang pertamanya mungkin barang yang tiada lagi dalam stok boleh dikeluarkan dari paparan umum supaya pengguna tidak perlu lagi klik-klik untuk melihat barangan tersebut.

Yang keduanya umum tahu bilangan pelanggan Lazada saban hari meningkat dan setiap hari akan ada sahaja pengguna yang akan membeli barangan di Lazada, why not sekiranya Lazada menghargai setiap pelanggan dengan memberi hadiah tanpa terima kasih kepada pelanggan yang setia pada hari jadi mereka, maksud saya bukan dalam bentuk diskaun mungkinnya dalam bentuk 1 barangan. (pemilihan mungkin boleh diukur melalui pembelian di lazada lebih dari 10x setahun). Jika bagi code diskaun adakalanya pelanggan tidak sempat atau tiada apa barang yang hendak di beli pada tempoh code diskaun masih sah.

4. What is your birthday wish to Lazada Malaysia?

Happy Birthday Lazada Malaysia yang ke-5, bukan mudah untuk menjadi sebuah Laman Shopping Online yang sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia, semoga dengan kesusahan dan kepayahan selama ini mampu memberikan semangat baru Lazada Malaysia untuk terus berikan yang terbaik kepada semua pelanggan baru ataupun lama. Terus mencipta idea-idea baru untuk menarik minat pelanggan untuk terus shopping online di Lazada.. Dan akhir sekali, teruskan beri DISKAUN atau buat SALE yang BEST-BEST...LOVE U LAZADA.....

Ok done!
kalau korang pun nak join macam nieyl cepat klik SINI...
Mesti idea korang lagi gempak....dan bila dah up entry...jangan lupa submit okay...
Emelkan ke contest@lazada.com.my
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

17 March, 2017

Result SPM 2016

by on March 17, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Result SPM 2016 | Setelah beberapa bulan menanti keputusan SPM 2016, semalam hari yang dinanti telah tiba. Dua orang anak buah nieyl masing-masing semalam pergi ke sekolah masing-masing untuk ambil keputusan SPM. Seorang bersekolah berasrama penuh dan seorang lagi sekolah harian biasa.

Semalam pukul12 tgh hari makcik dieorang ni dah sibuk call, nak tanya result masing-masing. Tapi itulah kalau dah namanya sepupu, membesar bersama..result pun sama juga.. Alhamdulillah, masing-masing memperolehi 3A..Yang A Nabila (BM,Math,Agama) dan Hafizuddin A (Math,Sains,Akaun) .

Masing-masing masih lagi belum buat keputusan nak mohon UPU ambil jurusan apa, masih lagi berfikir-fikir. Sementara tu dieorang masih lagi kerja part time sementara nak tunggu panggilan ke U nanti..InsyaÁllah...

Tahun 2017 pula 3 orang anak buah nieyl akan menduduki peperiksaan UPSR...huhuhu...Harapnya masing-masing berjaya dalam semua peperiksaan..makin besar dah anak-anak buah nieyl...

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png