09 May, 2013

| Ganti Puasa dan Fidyah |

by on May 09, 2013
Salam...
Masih pagi...so..selamat pagi..
kiri dan kanan nieyl dah 3 ari xde org...
mereka pergi kursus..
so,8 jam la nieyl dok sorang2 kat tempat...hihi~
Ha..nie dah ganti puasa belum nie?
ha..pada yg dah ganti Alhamdulillah...
pada yg belum ganti...jom cepat2 ganti nyer..
sbb nyer ramadhan bakal tibe tidak lame aje lg...

So, ade selingan sedikit dr nieyl..
hopefully, boleh berkongsi ilmu bersama k.. :)
jgn boring2 bace blog nie tau...
Nieyl nak ke depankan pasal fidyah..

Maksud
Bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat
menggantikan puasa ramadhan nyer pada sesuatu tahun sehingga tiba nyer ramadhan berikutnya.

"contohnya sekirannya pada tahun 2012 yg lalu..nieyl tinggal puasa selama 7 hari,
sepatutnyer selepas ramadhan nieyl kena ganti puasa tu tetapi nieyl tidak juga mengganti nya
sehingga la tiba nyer ramadhan 2013"

Hukum
Hukumnya adalah wajid.

Ramai yang salah faham, kalau sudah bayar fidyah tidak perlu mengganti puasa tersebut.
Puasa di bulan ramadhan adalah wajid. Jadi,walaupun sudah membayar fidyah kita perlu mengganti puasa tersebut mengikut bilangan hari yang di tinggalkan. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahu, maka kadar fidyah bilangan hari itu juga digandakan. 

Kadar Fidyah
Di kira berdasarkan kadar harga beras ( makanan asasi penduduk) semasa 
iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah-ubah mengikut kadar semasa yang 
telah di tetapkan pemerintah sesuatu tempat. 
Beras tersebut hendaklah di beri makan kepada fakir dan miskin dan bukan dalam bentuk 
tunai, pakaian atau sebagainya.

seindahcerita : selamat mengganti puasa :)




08 May, 2013

| Wow!serius ker Ashraf Muslim nak kahwin 2 nie?? |

by on May 08, 2013
Salam..
selamat petang...
ish..petang2 nie klu mate ngantok..
suke beno baca gosip..haha
Nie yg x best nyer psl Ashraf Muslim...
Semalam bace gak kisah die...
so,semua nyer no komen..
Ok la dalam ati xpela mungkin ini dugaan die kan...

tetapi arini ini baca lain lak..
haha~cobaan...hihi
.........................................................................................................................
Gadis yang mahu di’kenali sebagai Sakinah ini berkata yang beliau sudah lama mengenali Ashraf Muslim & Noor Dayana juga tahu akan kewujudan dirinya dalam hidup selebriti dan pengamal perubatan Islam itu.
“Saya kenal dia sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun mengenali saya dan kami sudah berjumpa bercakap mengenai hal ini. Cuma dia pesan, kalau boleh elakkan perkahwinan”
“Bagaimanapun, jika ianya berlaku, dia redha,” ujar Sakinah yang juga mengatakan beliau sudah melakukan solat Istiqarah dan sudah mendapat petunjuk daripada Allah SWT.
“Bagaimana pun perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Lagipun saya harus menjaga hati banyak pihak, bukan sahaja keluarga saya, tetapi juga keluarga Ashraf & isterinya,” tambah wanita berusia 28 tahun itu lagi.

petikan dari : Rotikaya

seindahcerita: Hanya mereka ngan Allah je yg tahu ape yg berlaku..



| Nak amek gambar pun curi-curi |

by on May 08, 2013
Salam...
Selamat Pagi Semua...
Sihat-sihat semua?
Alhamdulillah...arini dah pun ari rabu...
kejap kan...mau x kejap..sbb isnin berlalu ngan hepi nyer..haha

K la..mlm td nieyl saje je la..
dok intai si nieki nie...
sbb nieki nie sejak2 beranak nie...
sensitif ckit...panjang dgr bunyi sikit..terjaga...
kgd2 tuh org kate dah berjalan x de bunyi pun..
itu pun tersedar...hihi~

ish!nie nak amek gambar nie smlm punyer la susah...
(..amboi ko nieki..mengalah nak retis lak yea..)
kena amek senyap2..klu x...die wat muke..
tenungan die..peh!tajammm...hihihi..
mcm mama die..haha...
oklah nie de 1 je nieyl dpat amek..
Buat mase skrg nie nieyl x letak lagi name baby-baby tuh...
tggu nant dah 2 bulan baru letak...:)
tgh carik name lagi... (..kelassss ko nieyl..)

seindahcerita: kucing klu mase baby nie..tdoooo aje..hihi

07 May, 2013

| Pre Wedd Jehan bersama Julie Camelia |

by on May 07, 2013
Salam..
 Selamat petang semua...
dah pukul 3 lebih dah...
sejam lebih je lagi nak pulang..
rindu kat nieki ngan baby... :)
so,petang2 mcnie mate mesti nak pejam aje kan..
Jom kite cuci mate...hihi~
 Layan gambar pre wedd Jehan bersama isterinya..














Yang penting ade gambar CAT..hihi..
like seribu kali..hahaha~

sumber : ROTI KAYA

seindahcerita: Semoga mereka berbahagia hendaknya..Amin...

| kenali 2 di putrajaya |

by on May 07, 2013
Salam..
arini nieyl saje nak wat review pasal masjid..
sbb nyer ntah nape td nieyl tergerak ati nak tahu...
psl masjid..dr segi pembinaan nyer..
so,x salah kot nak berkongsi ape yg nieyl bace td kan...

Yg dah menetap di putrajaya sekian lame..
mesti la tahu akan masjid nie kan..
cantikkan bler di waktu malam..
kepada yg belum sampai ckit...
meh la terjah.. :)

Masjid Putra
Bila dan Di mana??
Masjid Putra didirikan pada 22 Zulkaedah 1419 H bersamaan 9 Mac 1999.
Pembinaan masjid ini bermula pada tahun 1997 dan siap pada tahun 1999.
Merupakan simbolik dan mercu tanda di putrajaya.
Masjid ini juga terletak bersebelahan ngan Perdana Putra, Pejabat PM dan Tasik Putrajaya.

Mengapa??Masjid ini dinama kan masjid Putra sempena Perdana Menteri kita yang pertama,
iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Konsep Reka Bentuk
Reka Bentuk masjid ini berdasarkan seni bina Parsi ketika zaman kerajaan Safawe.
Kubahnya pula, menonjolkan ciri-ciri masjid tradisi yang selalu nya di lihat di Timur Asia.

KetinggianKetinggian keseluruhan masjid nie menyamai bangunan 21 tingkat..Wow!
Mempunyai 4 aras termasuk bumbung..

PerkhidmatanAuditorium
Bilik Kuliah
Pengurusan Jenazah
Dewan Makan
Dewan Solat Utama
Perpustakaan

................................................................................................................................
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Bila dan Di Mana??
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ini terletak di Presint 3 Putrajaya.
Mula di bina April 2004 dan siap sepenuhnya pada Ogos 2009.
Bakal Menjadi mercu tanda baru Putrajaya.
Mengapa di bina?
Masjid ini dibina untuk menampung sekitar 24,000 penduduk dan penjawat kerajaan
sekitar pusat bandar serta kawasan presint 2,3,4 dan 18.

Keluasan
Mempunyai keluasan sekali ganda berbanding masjid putra.

Pembinaan
Berdasarkan 3 konsep iaitu sederhana, angin dan telus.
menggunakan kira-kira 6,000 tan keluli (70%) selebihnya menggunakan konkrit.

Keistimewaan
Tidak memasanga kipas atau penyaman udara tapi menggunakan gas penyejuk.
Turut menggunakan seni bina jaringan wayar atau anyaman Masyrabiah.
Pintu gerbang mengguna konkrit tetulang kaca untuk menjadikan masjid kelihatan putih dari jauh.
Selain dari itu,hiasan dalaman jugak ade ukiran Asma Ul Husna, ayat-ayat suci Al-Quran

Kemudahan
Ruang solat termasuk dewan utama,dewan terbuka dan dewan solat muslimah
Bilik Pameran
Bilik Jenazah
Pejabat
Bilik penyelenggaraan
Raung letak kereta

seindahcerita: Sebenar mana dan secantik mana pun Masjid tanpa umat islam memeriahkan dengan ibadat solat lima waktu berjemaah adalah tidak berguna.Ayuh ke Masjid ! :)