Ambil Alih Tanggungjawab Mak
by
Nieyla Nadia
on
April 11, 2025
Ambil Alih Tanggungjawab Mak | Sebelum bulan puasa, adik ipar nieyl yang paling bongsu maklumkan, raya nanti kawan lelaki dia nak hantar rombongan meminang dan bertunang sekali. Jadi kami adik beradik, ipar duit berbincang apa yang perlu disediakan dan kita memilih untuk masak sendiri untuk tetamu yang hadir. Pada asalnya kita kiraan kita orang hanya 50-70 org tetamu sahaja. Last minit kita decide untuk masak untuk 100 org termasuk jiran-jiran sekali.
Nieyl sebagai kakak ipar yang sulung ambil alih tanggungjawab untuk lead masak memasak ni. Actually nervous juga sebabnya tak pernah masak banyak-banyak macam nie. Tapi tawakal dan berdoa semua semuanya diperlukan..
Raya ke -7 ( sabtu) majlis pertunangannya, petang jumaat tu balik kerja nieyl dan adik2 yang lain dah sibuk dekat dapur untuk siapkan bahan-bahan masak untuk nieyl guna sabtu pagi. Hari sabtu selepas subuh nieyl dah start masak sebab nieyl setkan 9.30 pagi semua dah siap masak, sebab lepas tu nak kena bersiap-siap menyambut tetamu pula.
Nieyl masak kari ayam + ubi kentang.
Sayur campur
Sambal belacan resepi arwah mak mertua nieyl..
nieyl sorang yang pandai buat sama macam arwah mak..
Masa buat sambal belacan ni, nieyl sebak teringat dkt arwah mak mertua.
nieyl sorang yang pandai buat sama macam arwah mak..
Masa buat sambal belacan ni, nieyl sebak teringat dkt arwah mak mertua.
Kerabu ulam ni maklong bagi untuk tambah lauk
Kuih muih yang disediakan..apam gula hangus
Cara berlauk
Kek batik super sedap ni, kejap je habis hehehe
Alhamdulillah,makanan cukup untuk tetamu dan ada balance sikit tu adik beradik bungkus bawa balik. Syukur Alhamdulillah walaupun kami tak ramai tapi bila bekerjama semua Allah permudahkan. Nanti nieyl share gambar majlis pulak okay

.jpeg)


.jpeg)



.jpg)


.jpeg)
.jpeg)

