11 April, 2025

Ambil Alih Tanggungjawab Mak

by on April 11, 2025

 

Ambil Alih Tanggungjawab Mak | Sebelum bulan puasa, adik ipar nieyl yang paling bongsu maklumkan, raya nanti kawan lelaki dia nak hantar rombongan meminang dan bertunang sekali. Jadi kami adik beradik, ipar duit berbincang apa yang perlu disediakan dan kita memilih untuk masak sendiri untuk tetamu yang hadir.  Pada asalnya kita kiraan kita orang hanya 50-70 org tetamu sahaja. Last minit kita decide untuk masak untuk 100 org termasuk jiran-jiran sekali. 

Nieyl sebagai kakak ipar yang sulung ambil alih tanggungjawab untuk lead masak memasak ni. Actually nervous juga sebabnya tak pernah masak banyak-banyak macam nie. Tapi tawakal dan berdoa semua semuanya diperlukan..

Raya ke -7 ( sabtu) majlis pertunangannya, petang jumaat tu balik kerja nieyl dan adik2 yang lain dah sibuk dekat dapur untuk siapkan bahan-bahan masak untuk nieyl guna sabtu pagi. Hari sabtu selepas subuh nieyl dah start masak sebab nieyl setkan 9.30 pagi semua dah siap masak, sebab lepas tu nak kena bersiap-siap menyambut tetamu pula. 

Nieyl masak kari ayam + ubi kentang.
Sayur campur 
Sambal belacan resepi arwah mak mertua nieyl..
nieyl sorang yang pandai buat sama macam arwah mak..
Masa buat sambal belacan ni, nieyl sebak teringat dkt arwah mak mertua.

Kerabu ulam ni maklong bagi untuk tambah lauk 

Kuih muih  yang disediakan..apam gula hangus

Cara berlauk

Kek batik super sedap ni, kejap je habis hehehe

Alhamdulillah,makanan cukup untuk tetamu dan ada balance sikit tu adik beradik bungkus bawa balik. Syukur Alhamdulillah walaupun kami tak ramai tapi bila bekerjama semua Allah permudahkan. Nanti nieyl share gambar majlis pulak okay

10 April, 2025

Rezeki Yang Tidak Disangka

by on April 10, 2025

Rezeki Yang Tidak Disangka | Hanya satu ayat iaitu Alhamdulillah, Syukur atas rezekimu padaku Ya Allah. Tahun ini merupakan tahun pertama nieyl beraya di Bahagian Baru , sungguh nieyl tak sangka rezeki nieyl sangat murah di bahagian baru ni. Seminggu sebelum raya boleh dikatakan setiap hari akan ada je kuih raya yang diberikan. Dan sebelum bos-bos nieyl nak bercuti raya, mereka beri nieyl duit raya dan pegawai-pegawai yang lain pun ada juga yang beri nieyl duit raya. Tahun ni boleh dikatakan rezeki nieyl sampaikan nieyl terkejut bila kumpul-kumpul duit raya tu amount dia tu..Allahuakbar,,rezeki Allah beri.

Duit raya yang nieyl dapat tu, nieyl kumpulkan dan sebahagiannya nieyl buat raya untuk beli barang-barang untuk raya dan sebahagiannya nieyl beli EMAS. ha..yang ni nieyl tak share lagi dalam blog kan, nanti nieyl share yer..hihihi...



 

Kembalikan Rutin Setiap Pagi

by on April 10, 2025


Assalamualaikum..
Selamat pagi eh..eh dah nak tengah hari dah eh..
Ralit buat kerja sampai tak perasan dah nak tengah hari..
baru sempat menaip untuk entry pertama hari ini...
Sejak 1 syawal minum air manis je..
kurang betul minum air kosong..
bahaya ni..
Pagi ni start minum air kosong semula..
karang ada baju lepas raya tak muat ni kan hehehe...

Happy working..

 

09 April, 2025

Raya di Teratak kecil Nieyl

by on April 09, 2025

Raya di Teratak kecil Nieyl | Raya di rumah sudah, kali ini nieyl open pintu bilik pejabat nieyl untuk sesiapa datang beraya di teratak kecil nieyl. Tengok macam-macam jenis kuih ada atas meja nieyl. Semalam dah ada yang datang beraya dah. Cuma air jela tak ada, yang ada air mineral je hehehe, air sedap tak ada ya hehehe.

 

Anak Buah Terpaling Kecil

by on April 09, 2025

Anak Buah Terpaling Kecil | Tahun ni baju raya menjadi pilihan ada warna hijau, kebetulan anak buah nieyl yang paling kecil ni pun tema hijau, jadi moh ler kita bergambar sebab pagi raya tu mak ayah dia hantar rayhana dekat rumah nieyl sementara mak ayah dia nak bersiap-siap. 

Tahun ni tahun pertama rayhana beraya, bulan ni dah masuk 10 bulan dah dia tak lama lagi dah nak 1 tahun. Dah banyak dah akal budak sorang ni, merangkak pun dah semakin maju dah, gigi pun dah ada 4 batang dah tu. Bila nampak orang makan, dia pun nak makan juga. Dia tak nak duduk lama-lama, dia nak orang pegang dia, dukung dia..amboi kooo...hahaha..

Cuma tahun ni rayhana dapat beraya separuh jalan je,sebab cuaca panas, mengamuk lepas tu dia tidur . Rayhana balik rumah awal raya pertama. Tapi memang raya pertama tu cuaca Ya Allah panas betul, naik kereta memang tak rasa aircond langsung, mencabar betul sudahnya masing-masing lencun peluh hahaha, naik kereta semua adeh macammmmm betul hahaha.

Hari tu nieyl share gambar ni dekat Story IG, ramai yang kata Rayhana macam anak nieyl , dengan putihnya. Doakan nieyl ok masih mengharapkan rezeki dari Allah swt..Amin... Selamat hari raya Semua..



 

Good Morning

by on April 09, 2025


Assalamualaikum..
Selamat pagi..
hari ini nieyl rasa 90% semua dah kembali bekerja..
bos nieyl pun hari ini dah start kerja..


Hari ini nieyl serba pink..
Baju dan tudung, mug pun pink juga hehehe...
Semoga hari ini segala urusan kita dipermudahkan..
dan diberikan kesihatan yang baik² ok..
Selamat bekerja pada yang bekerja...




 

08 April, 2025

Kuih Raya Homemade By Nieyl

by on April 08, 2025

Kuih Raya Homemade By Nieyl | Pada asalnya nieyl memang dah cakap dengan husband tahun ni tak nak buat kuih raya. Nak beli je yang simple-simple macam kerepek, kekacang ke..Tapi bila kita ni dah biasa tahun buat kuih sejak anak dara lagi, bila tak buat tu rasa lain. Mak pun cakap buatlah sikit, oleh itu, balik kerja terus pergi kedai bakery untuk beli barang-barang nak buat kuih raya. Hanya 4 jenis kuih raya je yang nieyl buat tahun ni. Kalau dulu, lebih dari itu mampu buat tapi sekarang ni buat yang mana orang suka makan je confirm habis kan hehehe..

Yang pertama nieyl buat kuih sarang semut yang boleh dikatakan menjadi feberetlah orang-orang yang datang beraya, yang penting bila makan ia cair di mulut ya..nieyl share dekat IG story ngan status wasap ramai kawan-kawan pejabat nak rasa juga. Tapi dah habis dah, itu yang plan nak buat lagi nanti untuk dioerang. 

Kuih yang kedua adalah cookies chop chip, yang ini pun setiap tahun nieyl akan buat sebab mudah dan cepat siap. Cuma tahun ni kena buat extra banyak untuk husband nak sedekah dekat staf-staf dia. 


Biskut yang ke-3 ni nama dia cornflake crunchy yang ni first time nieyl buat sebab nak pelbagaikan cornflake yang terlebih beli tu hahaha. Tapi kuih yang ni pun sold out ya, semua makan cakap sedapp..Alhamdulillah.

Kuih raya yang terakhir adalah cornflake madu yang super simple dan paling laku 2025. 2 balang besar habis ya.. Dah tak ada stok dah dekat rumah, Bila tetamu datang rumah, semua tanya mana kuih yang nieyl buat hahaha..sebab dieorang tahu nieyl akan buat kuih raya sendiri. Dan dieorang nak rasa, nebes betul orang nak rasa kuih kita ni kan, tapi Alhamdulillah..semua sedap dan ada yang minta resepi juga tu hehehe..ala, kuih legend-legend ni memang selalu menjadi pilihan tetamu kalau datang beraya rumah nieyl. Nampaknya tahun depan kena buat lebih sikit supaya semua orang boleh rasa kan. 

Untuk resepi kuih raya nieyl ni, nanti nieyl buat entry khas okay..nieyl akan share..

Korang buat kuih raya tak tahun ni?