24 March, 2017

Senarai Bloglist Nieyl

by on March 24, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Bloglist Nieyl | Hai semua,salam jumaat dan selamat pagi. Hari ini nieyl cuti yeay..So, pagi ni nieyl just nak share beberapa blog yang wajib nieyl terjah setiap hari..insyaÁllah...tahniah korang, menjadi blog pilihan nieyl sepanjang menjadi blogger ni...Tapi ada beberapa blog yang terpilih ni,nieyl prasan nieyl juga ada dalam bloglist mereka...Tq yaaa ♥



Seperti yang dijanjikan, senarai bloglist nieyl yang baru nieyl dah pun update, tahniah semua..InsyaÁllah nieyl akan cuba untuk mengunjungi blog korang sekerap yang mungkin kalau korang ada update entry baru...Yang tak sempat join segmen bloglist nieyl hari tu,next time nieyl buat lagi okay...

take care korang ♥


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

23 March, 2017

Thank you Lecithin

by on March 23, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Thank you Lecithin | Tiada apa lagi yang menghappykan hari wanita yang mempunyai berat badan yang lebih sikit ini apabila berat makin turun dan inci pun dah banyak kurang. Macam mana tahu inci kurang? baju lama-lama yang dulunya sendat sekarang dah boleh pakai,longgar lagi..jangan jeles ya..hihihi.. 

Meh nieyl nak share sikit, bukan susah nak amalkan supplement untuk kurus atau slim ni..ingat makan ingatlah supplement ini..So, macam nieyl dekat office nieyl memang akan standby dalam bekas untuk vitamin dan letak atas meja, sebab lunch time kita berada office jadi lepas makan je terus ambil 3 biji lecithin dan telan.. Begitu juga di rumah, nieyl masih juga makan malam untuk teman husband dengan mak makan, tapi lepas makan nieyl akan ambil lagi 3 biji lecithin...mudah je kalau kita nak buat.. Jangan lupa amalkan minum air secukupnya..PENTING!

Harga Mampu Milik.. .
Antara khasiat lecithin.. .
🌺Memecahkan lemak
🌺Meningkatkan kadar metabolisma
🌺Menghalang lemak termendap,utk kesihatan jantung
🌺Membantu otak berfungsi dgn cergas
🌺Mengawal kadar kolesterol
🌺Melegakan sembelit .

Nak beli..
Boleh whatsapp nieyl Okay... 0173583792
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Secret Recipe 20 Year Anniversary

by on March 23, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Secret Recipe 20 Year Anniversary | Siapa suka makan di Secret Recipe kita geng.. Umum pun dah tahu semalam merupakan Anniversary secret recipe yang ke-20 so, ada promo 2 for RM20 . Jadinya kesempatan yang ada itu jangan disia-sia kan. Gigih tau pergi beratur dan walaupun ada tragedi yang berlaku yang tak best, so..next time please make sure service di pertingkatkan ya..


Sebelum-sebelum ni kalau pergi SR selalunya nieyl akan order TomYum la sebab itu salah sati fav nieyl but semalam nieyl tukar citarasa,kononnya nak try makanan lain pula..


Semalam try makan prawn macaroni cheese,sedap sangat memang kena dengan selera nieyl. Dan dapat kek sorry...ha..itu kek tu dari anak buah nieyl yg kerja di SR, dia say sorry sebab makanan nieyl lewat sampai..dan terpaksa take away..huhuhu...tak apa..maaf diterima :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

22 March, 2017

Souvenir from Japan

by on March 22, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Souvenir from Japan | Rasa seronok sangat bila dikelilingi dengan orang yang sentiasa ingat dekat kita kan. Kadang-kadang tidak perlu mereka yang bergelar sahabat sahaja yang ingat pada kita, kawan-kawan yang biasa pun sebenarnya ingat dekat kita. Yang paling seronok bila dapat kawan-kawan yang suka travel, kita bukan tak nak ikut atau pergi travel cuma ada perkara yang lebih memerlukan kita. 

Walaupun tidak berpeluang ke oversea lagi, Alhamdulillah selalu dapat souvenir dari kawan-kawan, boss dan kakak-kakak dekat pejabat ini...Kalau ikutkan banyak dah nieyl dapat, cuma kebanyakkannya FM so, dah lekat dekat rumah, mana yang keychain separuh ada di rumah dan separuh nieyl sangkut dekat dinding pejabat. Kalau EKSA kena cepat-cepat cabut..hahahaha...


Semalam nieyl dapat souviner dari Japan. Ya Allah look, so cute kan..aduhai..geram tengok tau nak sangkut kunci rasa sayang sangat. Ok nama patung ni Kokeshi Doll, patung ini sangat popular di Japan dan selalu dijadikan souviner untuk pulang. 




  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Hilangkan kesan deodoran

by on March 22, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Hilangkan kesan deodoran
  1. Cuka - Campurkan cuka dan air suam. Rendam kain selama beberapa jam dan bilas.
  2. Baking Soda dan Air - Campurkan baking soda dengan air.Taburkan di bahagian baju yang kotor dan bila seperti biasa.
  3. Limau Nipis- Perahkan limau nipis di tempat yang terkena deodoran dan biarkan beberapa minit, kemudia letak sabun basuh dan cuci macam biasa.


Selamat Mencubaaa!

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Menabung tanpa sengaja

by on March 22, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Menabung tanpa sengaja | eh..menabung pun boleh tanpa sengaja ya. Serius memang pun actually, nieyl jenis orang yang tak suka ada duit syiling dalam purse atau wallet. Walaupun ada ruang untuk duit syiling, selalunya nieyl akan kemaskan purse atau wallet di pejabat, so memang akan ada 2 bekas untuk duit syiling. 


1 bekas untuk duit syiling 5sen 10sen dan satu lagi untuk duit 20sen 50sen. Senang asingkan, dah selalunya duit syiling ni nieyl kumpul sebab tak nak bagi purse atau wallet berat. Dan kadang-kadang juga ada yang tanya dan nak tukar kepada duit ringgit kertas. Selalunya dieorang tukar untuk tambang bas. Berguna juga rupanya menabung duit syiling ni..hihihi.. ♥
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

21 March, 2017

Segmen Bloglist Seindahcerita by nieyl

by on March 21, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Cara Untuk Join

1. Buat entry bertajuk "Segmen Bloglist  Blog Seindahcerita"
2. Follow Blog/ FB Page / Follow IG @nieylanadia / FB Personal @nieylanadia
3. Make sure blog korang active ya
4. Linkkan entry korang di kotak komen di bawah
5. 10 Blog yang bertuah akan dipilih melalui random.org

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png