Elak salah makan
by
Nieyla Nadia
on
January 05, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kita nie pantang kalau nampak makanan yang sedap²..
semuanya kita telan kan..tapi sebenarnya setiap benda yang kita makan perlu
mengikut sukatan,maksudnya tak boleh terlebih makan..
kalau terlebih akan ada penyakit yang datang..
Contohnya...
1. Sakit perut
Hindari makanan bebas gula atau gula-gula getah yang mengandungi pemanis buatan. Jenis makanan ini membuatkan makanan yang masuk ke dalam perut sukar untuk dihadam dan menambahkan lagi sakit yang dialami. Jauhkan makanan yang boleh menyebabkan angin dan kembung perut seperti bawang, epal, brokoli, kubis dan kekacang.
2. Sembelit
Sembelit mudah terjadi apabila seseorang itu kekurangan serat dalam badan. Apabila anda diserang penyakit ini, cuba elakkan dari mengambil makanan seperti coklat, produk tenusu, makanan tambahan daripada zat besi serta ubat-ubat penenang.
3. Loya
Ketika tekak berasa loya, boleh dikatakan semua makanan terasa hambar untuk dijamah. Usah ikutkan perasaan kerana masih boleh diubati dengan mengelak makanan berminyak, pedas, minuman bergas, kafein dan alkohol. Kesemua makanan ini hanya akan menggalakkan lagi rasa yang tidak selesa.
4. Sakit badan
Apabila tubuh merasa sakit, cuba elakkan makanan yang banyak menyerap air (dehidrasi) terutamanya kafein dan alkohol. Gantikan dengan minuman yang lain bagi mengurangkan rasa sakit yang ditanggung. Lagi bagus jika anda utamakan air putih.
5. Sakit kepala
Tahukah anda bahawa dehidrasi merupakan salah satu penyebab sakit kepala. Antara makanan yang dikatakan menambahkan lagi sakit ini ialah pemanis buatan, MSG dan buah-buahan yang dikeringkan. Jadi anda boleh cuba ketepikan makanan yang menjadi punca sakit kepala.
Antara 5 perkara kat atas tu..
yang selalu terjadi pada nieyl adalah no.3 dan no. 5..
So,now nieyl dah tahu lah apa puncanya...
jdi,boleh elakkan..
korang pulak macam mana??
share laa...
-LOVE nieyl-