Showing posts with label Saya Prihatin. Show all posts
Showing posts with label Saya Prihatin. Show all posts

05 April, 2019

Sila Buka Pintu Kereta Untuk Anak Sekolah

by on April 05, 2019
Sila Buka Pintu Kereta Untuk Anak Sekolah | Isnin sehingga Jumaat setiap hari nieyl akan hantar anak buah nieyl (yaya) ke sekolah. Jadi nieyl sentiasa perhatikan kereta-kereta ibu bapa yang hantar anak ke sekolah. Pada memerhatian nieyl, ibu atau bapa yang menghantar anak ke sekolah yang berhentikan kereta di kawasan seberang jalan untuk  turunkan anak-anak please berhati-hati.

Jangan sesekali biarkan anak buka pintu sendiri, sebab anak- anak dia tak akan pandang kenderaan belakang sebelum membuka pintu. Dia akan main buka je dan kadang-kadang ada kereta yang lalu selepas hantar anak mereka ke sekolah. Jadi, sangat bahaya.. Ini peranan penting  ibu bapa ya. 

Kalau rasa tak nak turun buka kan pintu untuk anak-anak, ibu bapa elakkan parking atau berhentikan kereta di seberang jalan raya. Kadang-kadang sikap sesetengah manusia ni, perkara tak terjadi lagi, so..dia akan buat tak tahu je..Bila dah terjadi, mula nak salahkan orang lain.. 

Nieyl share ni sebab benda ni terjadi depan mata nieyl sendiri. Selepas ibu dia berhentikan kereta tiba-tiba anak dia buka pintu dan turun. Pada masa yang masa ada kenderaan lain sedang bergerak sebelah kereta ibu dia..Jadi, tolong la ibu bapa lebih prihatin pada keselamatan anak-anak kita okay..