Showing posts with label Resepi Pes Pandan. Show all posts
Showing posts with label Resepi Pes Pandan. Show all posts

24 October, 2019

Cara Membuat Pes Pandan Yang Betul

by on October 24, 2019
Cara Membuat Pes Pandan Yang Betul | Pes pandan ni biasanya mak-mak kita suka buat homemade sendiri katanya lebih jimat dan selamat daripada kita menggunakan pewarna-pewarna ni. Kebiasaanya kalau rumah-rumah kampung setiap rumah pastinya akan tanam pokok pandan. Kalau kawasan bandar ni ada je juga yang rajin tanam dalam pasu di balkoni rumah. 

Sebenarnya nak buat pes pandan tidaklah susah sangat, bahan yang diperlukan hanya daun pandan dan juga air secukupnya. Kalau macam nieyl , tak perlu nak beli daun pandan di kedai sebab ada pokok pandan di tanam di kawasan rumah nieyl ni..



Bahan-bahan yang diperlukan

  • 30 helai daun pandan
  • 3 cawan air
Cara-caranya

  1. Basuh bersih-bersih daun pandan dan pokok kecil supaya senang nak di kisar
  2. Kisar bersama 3 cawan air dan tos serta perahkan air pandan tersebut.
  3. Disimpan dalam peti sejuk selama 3 malam 
  4. Selepas 3 malam, akan terbentuk 2 layer , bahagian atas warna jernih dan bahagian bawah warna pekat
  5. Buang air bahagian atas itu, sebab kita hanya akan guna air pekat bahagian bawah sahaja.

*pes pandan boleh digunakan untuk buat kuih ketayap, kuih buah melaka dan lain-lain kuih lagi.