Showing posts with label Kedai Kopi. Show all posts
Showing posts with label Kedai Kopi. Show all posts

26 July, 2023

Watak Kopi Cyberjaya

by on July 26, 2023

Watak Kopi Cyberjaya | Lately ni kan tak tahulah kenapa suka sangat nak cari kedai kopi yang best dan try kopi dia. Baru-baru ni terjumpa satu kedai kopi area Cyberjaya ni, itupun sebab officemate nieyl ajak try kopi dia sebab nieyl pun tak tahu pun kewujudan kedai kopi ni dekat situ walaupun selalu je lalu area situu..ha..peminat kopi je yang akan jumpa kedai-kedai tersorok ni kan..hehehe

Kedai kopi ni pada nieyl klasik dia banyak pamerkan barang-barang hiasan lama-lama, tempat lepak pun ada 2 seksyen. Satu private dalam bilik kaca ada aircond dan satu lagi ruang legar kedai berkipas je. Cuma kalau pilih bilik baca yang sejuk tu, korang tak leh la sembang kuat-kuat sebab 1 ruang tu orang boleh dengar cerita korang hahaha... so, better kalau nak lepak sembang-sembang duduk jela ruang yang berkipas tu..sambil-sambil boleh menikmati pemandangan barang-barang lama di keliling kedai. 
Kalau pergi kedai kopi, pilihan nieyl hanyalah Latte..setakat ini belum curang lagi dengan air lain hahaha..dan kalau korang pergi kedai kopi ni, wajib try waffle dia okay, serius sedap, sampai hari ini masih teringat-ingat lagi rasa dan kesedapan dia.. Insya'Allah soon nak pergi lagi..

20 G, Lingkaran Cyber Point Barat
Neo Cyber, 63000 Cyberjaya, Selangor