Chilindo punya pasal
by
Nieyla Nadia
on
December 20, 2017
Chilindo punya pasal | Ku sangkakan yang lepas itu adalah yang terakhir rupanya tidak!!! kalah lagi dengan penangan Chilindo ni. Kali ini nasib baik buka barang-barang yang merepek nieyl menang tau. Sebab nieyl memang aim benda ni selepas abg ipar nieyl beli. So,nieyl pun bermurah hati main lah bida sampai dapat yang penting under bajet..kalau lebih,sorry tak kan beli..
Kalau yang first time main Chilindo ni nieyl gunakan kaedah pembayaran Debit tapi untuk kali kedua ini nieyl cuba guna kaedah COD iaitu Cash On Delivery di mana barang sampai depan pintu baru kita bayar, mungkin itu lebih selamat kalau harga barang lebih dari RM30..
Kotak yang di terima besar dan berat. Dalam kotak ni ada satu sahaja item iaitu Inflatable Air Bed Mat. Ianya sangat sesuai digunakan di rumah ataupun di luar rumah,mudah di bawa ke mana sahaja . Yang penting bila barang sampai,make sure barang yang korang dapat itu dalam keadaan baik.
Ini nieyl menguji tahap kelasakan tilam angin ni yela mana tahu kot² bocor ke kan,jadi bila dah isi angin..Alhamdulillah..tiada sebarang kebocoran dan selamat di gunakan. Kalau korang nak tahu, nieyl berjaya menang tilam angin ni 2x..satu untuk nieyl dan satu lagi untuk kakak nieyl. Dan sekiranya korang nak menang juga,make sure jangan bida lebih dr RM50 sebab korang boleh dapat lagi murah..Biarlah orang menang dengan harga RM80-90.. sebab nieyl boleh menang bawah RM50..korang pun mesti boleh juga..