21 March, 2019

Dapatkan Bau Daun Limau Purut Yang Kuat

Daun Limau Purut | Aroma daun limau purut yang segar dapat membantu menyedapkan masakan seperti tomyam, rendang dan tumisan yang lain. Nieyl suka juga kalau masak nasi goreng letak daun limau purut ni. 

Selalunya kalau nak dapatkan bau yang kuat, kita akan koyak-koyak dan potong daun limau purut tu kan tetapi sebelum itu pilih daun yang elok, segar , warna yang hijau tua dan licin permukaan daun tu. Kalau boleh elakkan daun yang ada kesan tompok coklat, kekuningan , kering dan rosak sebab ia boleh mempengaruhi bau dan rasa dalam masakan nanti.


Petua mak nieyl kalau nak simpan sayur, daun-daun dalam peti sejuk dengan menggunakan surat khabar, kertas ataupun tisu, bungkuskan dan simpan dalam peti sejuk. InsyaÁllah lebih tahan lama daripada terdedah tanpa ditutup atau dibungkus.

Semoga ianya bermanfaat untuk semua. 

5 comments:

  1. Suka bau daun limau nie.. wangi semerbak..

    ReplyDelete
  2. Nice sharing Nieyl, akak plak tak payah simpan.. kalu nak masak, petik jea kat belakang rumah akak... hihihi

    ReplyDelete
  3. suka sangat bau daun limau purut ni,, selain daripada masakan untuk kecantikan pun boleh hii ..

    ReplyDelete
  4. suka bau daun limau. bau fresh.. kalo dalam paprik tu kena masuk ni baru ada uumph..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)