02 November, 2016

Pesanan Buat Korang Yang Sukar Maafkan Orang lain

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Pesanan Buat Korang Yang Sukar Maafkan Orang lain | Ada ketikanya sememangnya ada beberapa perkara yang terjadi yang membuatkan kita sukar untuk memaafkan orang lain.. Ya..Yaa tahu itu sifat dan sikap yang tidak baik tapi kita sebagai manusia biasa ada kalanya kita sendiri buat silap dan perlukan nasihat dan bimbingan ke arah yang lebih baik.

Sifat memaafkan adalah satu sifat yang tersangat mulia.Allah SWT juga mempunyai nama-nama yang melambangkan sifat pemaaf dan ia bukan sahaja pemaaf malah Allah juga sentiasa mengalu-alukan permintaan maaf dari setiap hambanya. Sebesar atau sekecil mana pun dosa yang kita lakukan, Allah sentiasa menanti hambanya memohon maaf dengan ikhlas serta solat taubat.

Tiada rugi sebenarnya jika kita memaafkan orang lain dan melupakan segala kesilapan yang lepas. Jiwa yang memaafkan adalah jiwa yang sangat tenang. Kita tidak perlu lagi nak serabutkan kepala kita dengan amarah kita terhadap orang lain. Kehidupan kita dan kerja pun akan menjadi lebih baik dan berkualiti sebab emosi kita stabil.

Sedar atau tidak jika setiap hari ini kita melakukan pelbagai kesalahan boleh memaafkan dan melupakan kesalahan kita, tapi kenapa susah kita nak maafkan dan melupakan kesilapan orang lain pada kita??

#selfreminder

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

8 comments:

  1. MEMAAFKAN ORG LAIN MILIKI JIWA BESAR SUCI MURNI

    ReplyDelete
  2. Tapi itulah kalau tak kuat iman kadang mulut dah kata 'ok kita maafkan' tapi hati kita ni 'jahat' lupa betul nak lupa.
    Itu yg kena didik hati jadi baik..

    ReplyDelete
  3. akak jenis keras hati...susah nak terase dan marahkan org...tapi sekali org buat akak, mmg akak ingat sampai mati...maafkan pun amik masa....kepala batu akak ko ni nieyl....

    ReplyDelete
  4. sedangkan Nabi pun memaafkan umatnya, apalagi kita ni manusia biasa kan.. ALLAHU.. ty infonya

    ReplyDelete
  5. tapi bila kita dah memaafkan tapi kita masih tidak boleh melupakan perkara tu dikira macam mana ya??? adoooi

    ReplyDelete
  6. Memaafkan tu mungkin tak ada masalah.. Tapi nak melupakan perbuatan tu yg payah.. Hati keras sikit..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)