Sifat Mengikut Kedudukan Dalam Adik Beradik

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Dalam keluarga pastinya perangai antara adik-beradik adalah berbeza-beza.
Kalau perasan, yang sulung biasanya keras kepala berbanding yang lain tapi ada banyak juga sifat baik yang ada padanya dan tiada pada adik beradik yang lain.

 Jom kita periksa adakah tepat apa yang dikongsikan dibawah ini mengenai sifat mengikut kedudukan dalam adik-beradik.

TANAH : Anak ke 1,5,9
Sifat tanah dikaitkan dengan jenis deria. Ia tergolong dalam sifat kewanitaan. Orang yang menghargai kebendaan, keras hati, sabar, disiplin, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya kepada benda yang boleh dicapai oleh deria, sedar mengenai hakikat diri, menilai material, tabah hati, efisyen, diberatkan oleh keperluan, kepala angin, pendiam, tidak peramah, badan kurus, kurang tidur, selalu sihat, banyak kerja.

AIR : Anak ke 6,2,10
Sifat air dikatakan jenis Perasa. Ia tergolong dalam sifat kewanitaan. Lemah lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik, mudah terluka hatinya, mudah memahami perasaan orang lain, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram, Tubuhnya tembam, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas dan agak kurang faham.


API : Anak ke 3,7,11
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intiusi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan dalam sifat kelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa bersedia menempuh sesuatu yang baru atau berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, menaruh harapan, cenderung atau tidak sensitif, agresif, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN : Anak ke 4,8,12
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. Ia digolongkan dalam sifat kelakian (masculine). Berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura, sukar dipengaruhi, mudah bergaul, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin, kreatif, sederhana.  


Nieyl ada 10 adik beradik..dan nieyl anak ke-8..
Jadi nieyl kategori ANGIN..

Boleh dikatakan hampir 80% betul seperti dinyatakan di atas tu.. :)

Sumber - girlzowey.blogspot.my/mycoretanstories.blogspot.my
Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

  1. Sally tak rasa yang kali ni betul..hihihi...satu pun tak sama...kalau tak silap last sally tgk, sally air...tapi tu ikut tarikh lahir laaa

    ReplyDelete
  2. dan yg paling lucu ever..anak 1,5,9 badan kurus!!!! haha...betul la tu agaknya....sy mkn apapun alhamdulillah berat badan xpenah over.. kelebihan jgk tu...

    ReplyDelete
  3. saya no 1 tapi tak semua betul.. dan saya tak kurus..huhu

    ReplyDelete
  4. ANAK SULUNG PENYABAR MCM SIFAT TANAH KOT

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...