Nasi Lemak Diiktiraf

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Semalam nieyl dengar radio ERA. Dina ada bagitahu `nasi lemak’ yang merupakan makanan popular di negara ini diiktiraf oleh majalah antarabangsa Time sebagai salah satu daripada 10 sarapan antarabangsa yang sihat. Memetik laporan majalah antarabangsa itu, meskipun ia berlemak namun, nasi yang dimasak menggunakan santan tetap mengandungi lemak baik yang bagus untuk kesihatan. Artikel berkenaan juga menyifatkan nasi lemak sebagai ‘hidangan yang sangat sedap’.

TIME menjelaskan sarapan amat penting bagi kesihatan seseorang kerana selepas tidur selama enam jam lebih tubuh kita memerlukan nutrien (zat) bagi menjana tenaga melalui proses metabolisme untuk kembali kepada kapasiti tenaga secukupnya. Bagaimana pun, majalah itu berpendapat orang Amerika hanya mengutamakan sarapa bijirin, jus, bakon, telur goreng dan cheese yang hanya menawarkan kapasiti tenaga terhad (selain memanjangkan isu berhubung kolestrol dalam tubuh).

TIME seterusnya berkata walaupun banyak negara lain tidak berkongsi kemewahan bijirin seperti yang dimakan oleh orang Amerika, namun kebanyakan menu sarapan mereka menawarkan pilihan lebih sesuai dan sihat. Majalah itu seterusnya menyenaraikan inspirasi sarapan dari 10 negara yang lazat dan penuh nutrien. 

Selain nasi lemak, sarapan Turki yang kaya dengan buah zaitun, tomato, keju putih, telur dan sosej serta makanan Israel, shakshouka yang mengandungi telur, tomato dan sos sayur turut disenaraikan oleh Majalah TIME. 

Sumber berita : http://time.com/


Ini nasi lemak kedai mak nieyl ♥
siap mention kat fb lagi customer nie...thanks sbb sudi makan kat kedai mak niey ♥
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

8 comments:

  1. Wah.. Menu yang sihat kalau diambil secara berpatutan.. hehehe..
    Feveret nie..

    ReplyDelete
  2. ala jauh nyer nasi lemak dia! dengkil sana nun.

    ReplyDelete
  3. Kalau ada pelung kakak pun agaknya nak makan nasi lemak mak Nieyl itu.
    Nampak sedap sangat:)

    ReplyDelete
  4. sedapnya nasi lemak..kalau masak sendiri lagi bertambah selera ni..nyam nyam..hehe

    ReplyDelete
  5. nieyl sedapnye nieyl ... tak mo jual ke kat putrajaya ... ai suka nasi lemak bungkus

    ReplyDelete
  6. sedapnya tengok nasi lemak tu....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...