21 March, 2016

5 Bahaya Menjemur Pakaian Dalam Bilik

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Tahukah kita bahawa jemur pakaian di dalam bilik boleh mengundang bahaya? Hari ini nieyl share   lima (5) kesan bahaya apabila jemur pakaian dalam bilik sebab nieyl pun baru tahu akibat dan bahayanya kalau jemur pakaian dalam bilik.

1. Beracun 
Jemur pakaian di dalam bilik boleh menyebabkan udara di dalam bilik mengandungi racun. Kain jemuran yang di jemur itu berkemungkinan akan ditumbuhi cendawan beracun atau ketulan kecil di bilik kamu itu. Ia dikenali sebagai Stachybotryschartarum dan ia amat merbahaya. Jadi elakkan jemur di dalam bilik kamu! 

2. Melemahkan Anti Badan 
Wap udara yang dihidu dari pakaian jemuran di dalam bilik boleh menyebabkan tubuh badan kamu mendapat jangkitan dan membuatkan sistem kekebalan tubuh menjadi lemah. Sekiranya ini berlaku, kamu akan merasa cepat letih, batuk dan sakit pada tekak dan mata. 

3. Menyebabkan Asma 
Kadar kelembapan pada pakaian yang dijemur di dalam bilik boleh mengakibatkan pembiakan spora, kulat dan hama yang tidak elok untuk kesihatan kamu. Terutama kepada yang mengalami asma, ia amat bahaya kepada kamu! 

4. Alergi 
Jemur pakaian di dalam bilik boleh mengundang bahaya dalam diam. Terutama pada kanak-kanak yang mempunyai alahan. Apabila mereka menghirup udara yang terhasil di dalam bilik bersama kain jemuran itu, maka mereka berpotensi tinggi untuk terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan dan penafasan seperti bronkitis, sinusitis dan lain-lain. 

5.Kanser! 
Kebanyakkan orang biasa mencuci pakaian bersama pewangi atau pelembut yang mempunyai tahap Acetaldehydes yang tinggi. Apabila pakaian tersebut di jemur dalam bilik yang tidak mempunyai saluran udara yang bagus, maka ia akan boleh membawa bahaya kepada diri kamu dan boleh mengakibatkan kanser!

Jadi untuk mengelakkan 5 perkara ini terjadi, jemurlah pakaian kamu itu di luar bilik atau tempat yang mempunyai sinaran matahari. Sinaran UV dari sinar matahari dapat membunuh kuman atau bakteria yang terdapat di dalam pakaian. Sinar matahari juga boleh menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat yang ada pada pakaian yang baru cuci itu.

Semoga perkongsian ilmu ini dapat kita hindari bahaya kesihatan family kita.. :)

     Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

  1. Terima kasih pengkongsian tip tu.. :-) ... ( terkena batang hidung )

    ReplyDelete
  2. Sy jemur dlm rumah... Guna pencuci khas utk jemur dlm rumah...

    ReplyDelete
  3. aku mmg jemur kat dlm rumah ...pastu buka kipas kuat2...sidai mlm esok pagi dah kering ...buka kipas kuat2.... tak kan nak kumpul bj seminggu sekali br basuh ??

    ReplyDelete
  4. ku dah 12 taon jemur baju dalam umah. dah umah tinggi camno nak buek? huhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)