31 January, 2020

Senarai Pemenang Giveaway Bersama Nieyl

by on January 31, 2020
Senarai Pemenang Giveaway Bersama Nieyl | Assalamualaikum..Syukur Alhamdulilah kita masih lagi diberi peluang menghirup udara yang segar pagi ni. Seperti yang telah dijanjikan, nieyl akan umumkan 2 pemenang bertuah yang akan menerima wang tunai sebanyak RM10 dan seorang lagi akan menerima Pegaga Crispy yang nieyl jual. Mesti korang tak sabar kan..Oklah jom kita lihat siapa yang kenaaa...


Tahniah!Menang Pegaga Crispy


Tahniah!Menang RM10

Tahniah kepada 2 pemenang giveaway bersama nieyl,Alhamdulillah niat nieyl nak kongsi rezeki pada orang lain Allah permudahkan, walaupun hadiah tak mahal atau banyak tapi masih ramai lagi yang sudi join dan support..Tq korang... 

Kepada pemenang, boleh emel ke nieyl.puteriimpian@gmail.com ataupun boleh komen detail di ruang komen ini ya, jangan risau nieyl tak akk publish okay..

Detail Pemenang Pegaga Crispy 

Nama:
Alamat:
No.Hp:

Detail Pemenang RM10
Nama :
No. Acc Bank :


Kepada yang lain, Insya'Allah ada masa nieyl akan kongsi rezeki lagi okay. Walaupun tak ada giveaway lagi, rajin-rajinlah singgah ke blog nieyl ya. Semoga kita berjumpa di lain giveaway atau contest. XOXO

Segalanya Dengan Pertolongan Allah

by on January 31, 2020


Assalamualaikum...
Salam jumaat...
Sebelum kita berserah pada Allah..
Kita kenalah berusaha dulu sehabis baik..
Selepas itu jangan lupa setiap kali lepas solat berdoa pada Allah..
Minta pertolongan Allah untuk permudahkan apa yg kita lakukan atau hajati..
Insya'Allah moga-moga ianya termakbul...

30 January, 2020

Resepi Nasi Ayam Simple

by on January 30, 2020
Resepi Nasi Ayam Simple | Rasanya dah lama sangat nieyl tak buat entry masakan , rindu pula tapi biasalah kalau buat entry masakan ni makan masa sikit nak siapkan satu makanan tu, yela mana nak amek vidoe, mana nak snap gambar, mana nak masak hehehe...walaupun tak perfect macam mereka-mereka yang lebih hebat, tapi nieyl cuba lah sesekali up entry resepi itupun masa turn nieyl masak la dalam seminggu tu adalah 2 ke 3 kali je nieyl memasak selebihnya mak nieyl sebab ayah nieyl nak makan. 


Hari ini nieyl nak share resepi nasi ayam yang mudah. Sesuai untuk mereka yang baru - baru nak belajar memasak ni. Nieyl pun bukanlah pandai sangat tapi kalau yang mudah-mudah tu Insya'Allah.. Ok jom nieyl share resepi nasi ayam cara nieyl. 



Bahan-Bahan Untuk Buat Air Rebusan Ayam
  • Halia
  • Bawang putih
  • Bawang besar 
  • Kayu Manis
  • Bunga Lawang
  • Air 2 liter
Cara -caranya seperti dalam vidoe, supaya lebih faham 😊





  • Sebelum air dah mendidih tu, boleh masukkan ayam-ayam yang kita nak goreng nanti, tak perlu rebus lama tau, lebih kurang 15 minit sahaja, sebab tak nak ayam tu hancur bila goreng. 
  • Selepas tu, angkat ayam-ayam tadi, di toskan 

Bahan-bahan perapan ayam 
  • Sos tiram
  • Kicap Manis

  • Selepas di toskan ayam tadi, masukkan sos tiram dan juga kicap manis dan gaul bagi mesra dan rata. 

  • Ayam yang dah kita letak sos tiram dan kicap tadi, bolehlah kita perapkan sekejap dalam 30 min -1 jam. Ok, nieyl tak letak garam pun dalam perapan ni sebabnya sos tiram dan kicap dah cukup rasa dah..sedang elok orang kataa...


  • Pastikan minyak betul-betul dah panas, baru masukkan ayam yang diperap tu okay.

  • Goreng ayam tu pun tak perlu lama-lama sangat, agak-agak dah bertukar warna tu korang terbalik kan dan angkat. Sebab ayam ni kita dah rebus, dia dah masak pun, kalau lama sangat kita goreng nanti dia jadi keras tak sedap laa..
Bahan-bahan untuk buat Sup nasi ayam
  • Air rebusan ayam
  • Ubi kentang
  • Carrot
  • Batang saderi
  • Garam
  • Serbuk pati ayam



  • Air rebusan ayam tu, korang cuma tambahkan bahan-bahan yang nieyl tulis untuk bahan sup, tapi sebenarnya itu tak wajib tu, nieyl suka tambah sebab nieyl suka makan. Kalau korang tak nak tambah pun tak apa, yang penting tambah garam dan serbuk pati ayam tu okay.

Bahan-bahan untuk masak Nasi Ayam 
  • Air rebusan ayam 
  • Daun pandan
  • Halia
  • Bawang besar
  • Serbuk kunyit sedikit


  • Beras cuci seperti biasa, kemudian masukkan air rebusan ayam secukupnya. Ikutlah korang nak masak berapa pot, sukatan air sama macam kita masak nasi putih biasa je okay
  • Kemudian masukkan bahan-bahan tadi, dan serbuk kunyit sikit nak kasi nasi tu warna kuning cantik. 
  • Sebenarnya ada vidoe tapi tak tahu kenapa tak boleh nak upload dlm ni...tak apa, masak nasi takkan la tak tahu kan..hehehe

Cara - cara buat kuah kicap nasi ayam
  • Ambil air perapan ayam tadi dan campurkan sup sedikit, daa siap
  • Dan satu lagi, korang boleh buat sambal kicap, senang je cili api + bawang putih + gula + kicap dan cuka,lepas tu korang kisarkan semua..senang kan...

Bahan-bahan sos nasi ayam
  • Cili kering
  • Bawang putih
  • Sos cili 
  • Sos cili kimballs
  • Serbuk pati ayam
  • Cuka
  • Sup ayam sedikit
  • Gula
Cara-caranya 
  • Kisar bawang putih bersama cili kering, kemudian masak dalam periuk guna api sederhana
  • Masukan sos cili, sos cili kimballs, serbuk pati ayam, cuka, sup ayam sedikt dan gula
  • Kacau sehingga sebati.
  • P/s: Sos nasi ayam ni nieyl create sendiri, ikut rasa tekak nieyl..Alhamdulillah, mereka yang makan semua kata sedap..hehehe... kalau korang boleh ikut cara korang sendiri la, ataupun boleh google resepi sos nasi ayam yang lebih sedap...


Oklah korang, itu sahaja resepi nasi ayam nieyl yang simple dan sedap..cehhwahhh..puji diri sendiri pula ya...Cumanya apa yang nieyl share ini, cara nieyl..mungkin cara korang atau orang yang baca entry ni berbeza. So, janganlah bansing-bandingkan okay...selamat mencuba





Bersyukur Is Power Full

by on January 30, 2020

Assalamualaikum dan selamat pagi uolls..sedikit perkongsian pagi untuk semua yang membaca :)

🌿Kalau ada musibah yang berlaku, tenang dan jangan marah-marah dan jangan salahkan keadaan dan jangan sesekali kita salahkan Allah na'udzubillah...
🌿Mari kita bersyukur kepada Allah swt kalau ada musibah yang menimpa kita, supaya kita boleh masuk dalam golongan yang bersyukur di saat di timpa  musibah..Setiap titsan air hujan yang jernih berasal dari awan yang gelap dan tidak akan ada pelangi jika hujan tidak turun. Allah sentiasa memberi kebaikan dalam kesulitan pada kita. 

🌿Tetap ingat !Allah selalu memberi  kebaikan disebalik kesulitan yang kita hadapi

🌿Jika kita berjaya dalam sesuatu, jangan lupa ucapkan Alhamdulillah. Jika kita di timpa masalah atau musibah ucapkan juga Alhamdulillah kerana Allah sentiasa menguji hamba yang dia sayang. 

29 January, 2020

Jom Semak Senarai Peserta Giveaway Bersama Nieyl

by on January 29, 2020
Jom Semak Senarai Peserta Giveaway Bersama Nieyl | Assalamualaikum..nieyl nak say thank you dekat semua yang sudi join giveaway bersama nieyl. Alhamdulillah ramai yang join dan support. Semalam hari terakhir giveaway sempena birthday husband nieyl. Sebelum nieyl umumkan pemenang yang bertuah. Korang semak dulu ya,ada ke tidak url korang dalam senarai di bawah ni.. Insya'Allah dalam masa terdekat nieyl akan umumkan pemenang okay...stay tuned tau...
Peserta Giveaway Bersama Nieyl 
  1. https://www.uminazrah.com/2020/01/giveaway-bersama-nieyl.html

Giveaway Bersama Nieyl

by on January 29, 2020



Syarat-syarat
  1. Like Page  SEINDAHCERITA  dan like post okay
  2. Follow Blog Nieyl okay
  3. Add Friend Facebook  NIEYL , Follow Instagram NIEYL
  4. Jangan lupa Subscribe YouTube NIEYL
  5. Buat satu entry bertajuk "Giveway bersama nieyl"
  6. Copy banner dan link kan semula ke entri ini.
  7. Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja.
  8. Pemenang akan ditentukan melalui Random Picker wheel okay