07 November, 2024

Majlis Birthday Mak

 


Majlis Birthday Mak |  Kalau ikutkan birthday mak nieyl jatuh pada 5 Oktober, Tapi kitaorang tak dapat nak sambut pada 5hb tu. Jadi, nieyl dan adik beradik bincang-bincang kita pilih date 30hb cuti umum Deepavali. Kebetulan semua orang cuti kan, jadi kita celebrate sekali dengan lunch. Actually decoration ni tak ada dalam list nieyl pun sebab nak buat simple je. Pagi tu nieyl pergi beli cake birthday dengan anak buah nieyl yang nabila tu, dia lah nak beli sangat nieyl layankan jela.. Balik-balik dari kedai masing-masing meniup belon sebab majlis start pukul 12 tengah hari. Dah settel tiup, susun lah dekat penjuru rumah nieyl tu..jadilaahh..

Inilah dia cake birthday mak nieyl tahun ni. Dua-dua ni nieyl beli dekat Baked Cottage je. Cheese Cake tu terpaling sedapp..licin dulu...

Yang ni sebahagian gambar di meja dessert . Memang meriah dengan makanan. Selain dessert makan untuk tengah hari (sorry gambar tak snap) Gulai Lemak Nenes Ikan masin, Sambal sotong petai, ayam goreng, sambal goreng, Sup daging, ayam masak kicap dan sambal ikan bilis. Semua makanan kita potluck sama-sama. Alhamdulillah semua memberikan kerjasama yang baikk.

Area depan rumah nieyl ni memang dijadikan tempat untuk kita berkumpul bersama. Apa-apa sahaja majlis kita buat dekat sini ataupun di kedai makan abg nieyl kebetulan 30hb tu dia buka kedai, jadi nieyl buat dekat depan rumah ni je. 

Acara memotong cake..
Gambar kenangan bersama cucu-cucu dan cicit mak kecuali nieyl dekat sini dengan opah.. Yang besar-besar tu semua anak buah nieyl, sekarang ni musim nieyl terima anak buah menantu je ni..hehehe...
Hai..nama saya Rayhana..Saya dah masuk 4 bulan dah ni..Comel tak saya hihihi.. Rayhana ni dia duduk diam je, dia pandang je semua orang. Kalau ada yang bercakap dengan dia, ha..mulalah mulut dia riuh..

Alhamdulillah..tahun ni banyak mak dapat hadiah dari anak, menantu, cucu, cicit.. Semoga Mak sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan terus berbahagia sampai akhir hayat..Aminnn...♥





8 comments:

  1. Wah..meriah ni. Anak cucu cicit semua ada.
    Mak Nieyl nampak masih muda.

    ReplyDelete
  2. gembira hati nenek bila anak cucu cicit semua berkumpul

    ReplyDelete
  3. Sanah Helwah untuk mak Nieyl..... Semoga diberi kesihatan yang baik dan berbahagia hingga ke akhir hayat......

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah ramai yg raikan bonda. Semoga sihat² selalu hendaknya 🤲🏻

    ReplyDelete
  5. Sanah helwah Mak Nieyl. Moga sihat selalu makcik dan sentiasa dalam rahmat Allah swt

    ReplyDelete
  6. Selamat ulang tahun Mak Nieyl, semoga sihat2 selalu...
    Meriah sambutannya.. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..meriah.
    happy belated bday to Mak Nieyl..semoga sentiasa sihat & happy..and semoga sentiasa dilindungi & dirahmati Allah...aamiin..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...Selamat Hari Lahir buat Mak, semoga dilimpahi kasih sayang dan kebahagiaan berpanjangan..diberikan kesihatan yang baik juga...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)