11 November, 2024

Aktiviti Badminton Santai Family

 

Aktiviti Badminton Santai Family | Ada dalam entry blog yang lepas-lepas, nieyl ada share perancangan nieyl nak buat aktiviti badminton dengan family tu, siapa yang ada baca tu dia mungkin tahu lah. Alhamdulillah segala perancangan yang nieyl puan mendapat sambutan dari sebahagian ahli keluarga. Nieyl suka arrangekan program-program yang boleh mengeratkan silaturahim sesama keluarga. Badminton ni adalah kali pertama nieyl buat , tak sangka juga lebih 20 orang yang join. Nieyl happy sangat. 

Ini nieyl share dalam ni je, cabaran untuk menyewa court bukanlah sesenang yang disangkakan. First tu nieyl try untuk cari yang berdekatan dengan rumah sebab tak nak jarak terlalu jauh dengan rumah. Malangnya kebanyakkan court full, nieyl terpaksa minta bantuan husband untuk pergi ke Majlis Perbandaran untuk tengok court under majlis , juga tak ada rezeki court tengah renovation. 

Tanya pula area Cyberjaya ni ada tu memang ada tapi mahal sikitlah sebab nieyl nak ambil 2 court terus. Dan last sekali pilihan yang nieyl ada di KSL Sport Puchong. Actually kalau tengok pada maps dari rumah nieyl antara 20-25 minit sahaja. Dan dari segi harga pun yang paling murah dan selesa. 

Jadi, nieyl pilih KSL Sport Puchong booking 2 court badmintan dengan harga RM104 selama 2 jam. Dari pukul9.30 - 11.30 malam. Dan apa yang bestnya KSL Sport ni dia punya court bapak banyak ya..rasanya nieyl dekat 32 court badminton. Selesa untuk bawa family sebab setiap court tu ada kerusi panjang yang disediakan. 

Malam tu nieyl dapat court nombor 7 dan 8. Masa sampai tu ada lebih kurang 5 minit lagi nak tunggu orang yang tengah main dekat court kiteorang tu habis. So, sambil-sambil tu bolehlah borak-borak bergurau senda sesama ahli keluarga. 

Orang lelaki semangat turun ke gelanggang dulu. Satu court untuk dewasa dan satu court untuk perempuan dan kanak-kanak. So, kita main bergilir-gilir. 

Sebab main badminton ni penat hahaha..Bukan penat apa, penat kena kutip bola hahaha. Bab ni lah paling malas sekali hahaha. 

Seronok tengok anak-anak buah boleh bermain dengan pakcik-pakcik dia. Lagipun aktiviti ni boleh keluarkan peluh. Kita main santai-santai je.

Gambar wajib walaupun muka nieyl togel tak ada make up, nampak parut jerawat seketul yang degil betul nak hilang-hilang hihihi..

Yang ni sementara nak tunggu turn main, boleh duduk-duduk dulu dan tidak menggangu tempat orang lain pun.

Bergambar kenangan bersama husband. Sekarang ni masing-masing sama-sama naik..entah bila nak turun entah hehehe. Next aktiviti family nieyl adalah bowling insyaÁllah. Nieyl buat tournament bowling 2024 untuk family. Kalau tak ada apa-apa halangan next month....Doakan nieyl semoga dipermudahkan ya..







5 comments:

  1. bestnya kalau ada organizer macam nieyl nie... hihihi

    ReplyDelete
  2. bowling pun kena book awal2...takut tak dapat lane

    ReplyDelete
  3. Dulu muda- muda boleh la akak layan...la ni semua sakit..hahahaha

    ReplyDelete
  4. Bagus Nieyl rajin handle aktiviti bersama keluarga... Bertambah erat silaturrahim 👍🏻

    ReplyDelete
  5. bagus nya aktiviti mcm ni.. kalau ada yg aturkan jadik je kan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)