03 July, 2025

Selesai Interview

by on July 03, 2025

 

Assalamualaikum...
Selamat petang semua...
Rasanya beberapa hari juga nieyl menghilangkan diri lagi..
Minta maaf semua..

Last week nieyl ambil tempoh untuk fokus kepada Interview yang nieyl bagitahu tu...
Alhamdulillah..
Selasa 1/7 tarikh interview nieyl..
Ini merupakan kali kedua pengalaman interview besar dalam hidup nieyl..
Nieyl rasa untuk kali kedua ini lebih cool sikit berbanding yang pertama kali..

Pukul8.30 pagi nieyl sampai dan serahkan dokumen salinan dan fail kepada pendaftar..
untuk sesi pagi ada 6 orang..Tepat pukul9 pagi, kami di bawa ke ruang menunggu di luar bilik interview..

Kemudian, nama nieyl yang pertama dan seorang lagi di panggil..
kami kena interview berdua.
Panel ada 4 orang..seram masa ni sebab sebelum ini panel hanya 2 orang sahaja..

Kalau nieyl kira adalah dalam 6 soalan semuanya yang di tanya...
Alhamdulillah, ada 2 soalan yang memang nieyl study di tanya..
tak sangka juga dia akan tanya tau..
nieyl cuba jawab sebaik mungkin..
dan interview ni ada BI dan BM ..

nieyl selesai interview lebih kurang 9.32 pagi mcm tu...
kemudian pukul12 ada ujian bertulis bahasa enggeris pula..

settel semua dalam pukul1..
keluar je dari dewan tu rasa satu masalah besar yang ditanggung berhari-hari hilang...
lepas tu nieyl memang pergi makan, shopping hahaha...

Usaha sudah..
Skrg ni doa dan tawakal..
Ada rezeki, adalah..
klu tak ada, nanti cuba lagiii...






26 June, 2025

Segmen - Apa ChatGPT kata tentang blog saya

by on June 26, 2025

 


Dah alang-alang Mummy Ayu ajak join tu..
nieyl join sekali lah hehe..

Mudah sahaja..
korang taip je macam ni..

"tulis satu rumusan tentang blog Nieyl's Life Story  dari url https://seindahcerita.blogspot.com  dan tentang penulisnya, dalam 1 rumusan pendek sebanyak 100 patah perkataan”

Dan ini lah hasilnya

Blog Seindah Cerita oleh Nieyla Nadia ialah sebuah ruang digital yang mencerminkan kehidupan peribadi penulis — kisah harian, pengalaman sebagai ibu, minat memasak, keluarga, hobi dan perjalanan penulis. Antara kandungannya ialah catatan harian, resipi makanan, cerita keluarga serta aktiviti kreatifnya. Penulis aktif menyertai segmen dan kolaborasi dengan blogger lain, menekankan interaksi melalui komen dan sokongan komuniti blog. Gaya penulisan bersahaja dan keikhlasan berkongsi kehidupan membawa seri dan kehangatan. Secara keseluruhan, blog ini menyerlahkan kehidupan seharian seorang wanita yang berdaya cipta dan mesra pembaca, dengan sentuhan ceria dan inspirasi.


Terima kasih chatgpt..

One Step Close

by on June 26, 2025

One Step Close | berdebar hati nak baca emel hari tu bila tengah-tengah buat kerja, ada emel masuk. Allahuakbar, nieyl dapat emel panggilan untuk temuduga pembantu setiausaha pejabat N1 pada 1 Julai 2025 (selasa) . 

 Ini adalah kali kedua nieyl melalui ujian temuduga untuk kerja tetap. Beberapa tahun yang lalu melalui SPA dan kali ini UPM pula. Nieyl cuba sorokkan kerisauan nieyl tu sebab nieyl masih ada kerja-kerja yang perlukan fokus nieyl dekat pejabat. Walaubagaimanapun, perasaan dup dap tu tetap ada ya..

Interview akan start pukul8-10 pagi dan pukul11-12 akan ada ujian bertulis (bahasa inggeris) yang ujian bertulis ni pun berdebar juga ni..Sebab bahasa inggeris nieyl pun bukan baik sangat pun hahaha..adoi..tawakal jela..

Nieyl share sini nak mohon kawan-kawan yang baca entry ni, doakan nieyl semoga dipermudahkan urusan nieyl dan tenangkan diri nieyl untuk menjawab semua soalan dari Panel nanti ya...terima kasih semua..

Good Morning

by on June 26, 2025

Assalamualaikum..
selamat pagi..
korang esok cuti rupanya yaaaa....
pagi tadi ayah nieyl cakap esok pergi kebun...
nieyl jawab esok kan kerja...
sekali tu ayah cakap esok kan cuti awal muharam...

Ya Ampun nieyl..
orang lain pun kerja, tak adalah sampai lupa cuti umum..hahaha...
Actually dalam kepala nieyl ni menghitung hari nak pergi interview..
yang ni nanti nieyl share...

Yok!sarapan..
nieyl bawa meggi goreng hari ni..
mak nieyl bekalkan..

Happy working semuaaa

 

25 June, 2025

Kalau macam ni punya meriah, order 1

by on June 25, 2025

 


Tadi masa tengah breakfast sebelum bunyi loceng kecemasan tu..
member lalu tengok bekal nieyl pagi ni..
dia tanya masak sendiri ke?
meriah kau dengan udang hahaha..

Kalau udang tak meriah tu, bukan nieyl laa..
Tak tahu lah kenapa kebelakangan ni nieyl suka betul makan udang..
tapi memilih pula tu , nak yang besar-besar je hahaha..

Semalam nieyl singgah kedai aceh..
beli udang besar-besar ni sekilo rm40 cmtu..
tapi nieyl biasa akan beli 10 ekor je untuk nieyl..
harga dalam RM14 cmtu..

Dalam rumah nieyl sorang je yang makan udang..
Mak tak makan, husband pun tak makan...
sayalah raja udang hahaha..




Fire Drill Pagi ni

by on June 25, 2025

 


Assalamualaikum..
selamat pagi..
tengah-tengah breakfast loceng kebakaran berbunyi..
tinggal semua terus turun ikut tangga kecemasan..

Dalam 20 minit dekat tempat berkumpul..
lepas bomba bagi penerangan..
dah boleh baik dah..
pilihan yang ada naik lif dan naik tangga..
kalau naik lif, kena tunggu turn..
kalau naik tangga mengah..

pilihan nieyl adalah naik tangga...
tingkat 5 sis..
jujur ckp pancit...
dup dap dup dap jantung ni hahahaha...

Alhamdulillah selamat sampai..
jantung pun dah degup normal...

Happy working semua...


24 June, 2025

Good Morning

by on June 24, 2025

 

Assalamualaikum..
Selamat pagi..
nieyl baru lepas makan lontong hihihi..
kekenyangan ni, aduhai..
risau pula mata ni hahaha..

Korang dah breakfast ke tu?
makan apa pagi ni..

Happy working semua...

23 June, 2025

Kenangan Coffee

by on June 23, 2025

 

Kenangan Coffee | Macam kena je dengan situasi nieyl hari ni. Actually bahagian nieyl ada buat penyusunan semula PA-PA mengikut trek. Di bahagian nieyl ada 3 trek utama, kan sebulum ni nieyl kata nieyl jaga banyak bos kan, so bermula hari ini, nieyl hanya jaga trek teknikal di mana ada 3 orang bos. #stillramai hehehe.. 

Pagi tadi ada salah seorang dari pegawai dari bahagian lama nieyl datang hantar gift coffee dan kek sempena perpisahan sebab nieyl tak tak jaga bahagian tu lagi mulai hari ini. Nieyl dah serahkan semuanya pada PA lain. 

PA ni biasalah dia takkan setia dengan seorang bos, bila sampai waktu dia akan bertukar bos. Macam sekarang ni JPA tengah buat job rotation PA, ada beberapa kawan nieyl yang kena pindah ke kementerian baru. Itulah adat resum kehidupan kan, ada pertemuan pasti ada perpisahan.

Doakan semoga nieyl sendiri boleh laksanakan kerja-kerja dengan baik dan mudahkan kerja orang lain okay